-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 5 September 2011

ERTI SEBUAH KEJUJURAN

PEMBACA
Hai...
Bertemu lagi kita setelah masing-masing sibuk beraya bersama keluarga tercinta lagi tersayang..pastinya pelbagai karenah yang boleh kita jumpa dan lihat selepas Raya, ada yang gembira...terutama kanak-kanak kerana waktu ni mereka kaya raya..ada yang duka lara..biasanya para bapak bapak yang berhabis untuk beraya..anda pula bagaimana? Apapun kita tetap akan melaluinya..tak kira samaada kita miskin atau kaya..tak kira kita duka atau gembira..semua kena hadapi HARI RAYA..cuma cara kita memyambutnya yang berbeza..
Hari ni Nur nak kongsi cerita TENTANG ERTI SEBUAH KEJUJURAN..cerita ni Nur adaptasi dari kisah sebenar yang dilalui oleh salah seorang Bos Jomgelak iaitu ADV ALIYA..semoga dapat memberi pengajaran dan panduan pada kita BETAPA TINGGINYA NILAI SEBUAH KEJUJURAN..

" Petang itu setelah Liya beli kuih di pasar malam..tiba-tiba Liya terjumpa satu dompetduit betul-betul jatuh di tepi kereta Liya, Liya ambil dan toleh kiri dan kanan..manalah tahu kot ada lagi tuan punya dompet ni..setelah tunggu agak lama..Liya ambil keptusan untuk bawa balik saja..lagipun hari dah hampir senja..
Dirumah malam tu..Liya buka dompet duit tersebut untuk mendapatkan maklumat siapakah pemiliknya..Malangnya tidak ada satu duitpun dalam dompet tersebut, cuma maklumat dan kad-kad bank termasuk ic dan lesen memandu. Alhamdulillah memang ada maklumat yang Liya kehendaki..Liya terus hubungi tuan punya dompet tersebut dan pemiliknya berjanji akan bertemu di Ofis Liya esok hari untuk mengambilnya.
Dalam anggaran 10 pagi pemiliknya sampai..Setelah bertanya lebih kurang..Liya serahkan barang miliknya ..tapi ..alangkah sedihnya Liya bila dia bertanya "MANA DUIT RM2500 DALAM DOMPET NI? AWAK AMBIL KE? ..Bayangkanlah apa perasaan Liya waktu tu.."Encik..saya jumpa dompet ni dan serahkan pada encik pun patut bersyukur..memang tak ada duit dalam tu..mungkin sebelum saya jumpa dompet ni orang lain dah jumpa dulu..saya pula dipersalahkan"..Liya terpaksa pertahankan diri walaupun terasa AMAT TIDAK DIHARGAI..Pemiliknya dengan wajah selamber menjawab.." TERIMA KASIHLAH..TAPI SAYA TETAP TAK PUAS HATI.." ..Itulah jawapan pemiliknya sebelum dia beredar meninggalkan Liya ...

Petang tu Liya pergi ke kedai kawan Liya untuk ambil Handphone yang Liya dah order seminggu sebelum ni..macam biasalah..Liya masuk kedai tu..jumpa teman Liya yang juga tuan punya kedai handphone tersebut...sambil belek-belek handphone baru, tiba-tiba.. CELAKA..!! KO KEBAS DUIT AKU..BELI HANDPHONE BARU..memang tak guna tul betina ni ..nampak je baik.." Rupanya pemilik dompet yang Liya jumpa pagi tadi sedang perhatikan gelagat Liya..Malu sungguh Liya waktu tu..hampir semua pelanggan dalam kedai tu tertumpu pada Liya..sampai Liya tergamam...tak tahu nak berkata apa..."Awak mulut tu jaga sikit, ni kawan saya tau..jangan tuduh sebarang kalau tak ada bukti"..KAWAN (pemilik kedai ) Liya cuba pertahan Liya.."DOMPET AKU HILANG PETANG SEMALAM..BETINA NI JUMPE..DIA BAGI..TAPI DUIT TAK DE..KOSONG..MAU TAK ANGIN AKU..BUKAN SIKIT..RM3500 TUU..KO INGAT SENANG NAK DAPAT? ..Rungut pemilik dompet dengan marah.. " AIK!!! TADI AWAK KATA KAT LIYA DUIT AWAK RM2500 DALAM TU..SEKARANG DAH TAMBAH RM1000..MACAM MANA NI? Liya terus menjawab..sebab Liya ingat lagi dia sebut pagi tadi RM2500.."MANA ADA..AKU SEBUT RM3500 LA..PANDAI NAK PUSING CERITA"..Pemilik dompet tersebut terus cuba pertahankan apa yang dikatanya.."SUDAHLAH LIYA..Jangan layan orang macam ni..dah la kita tolong..marah kita pula..UNTUK MAKLUMAN AWAK ..hanphone ni kawan saya si Liya ni dah bayar habis minggu lepas...kebetulan waktu tu stok tak ada.. hari ni baru dia datang ambil..nak buktiiii!! tengok resit ni....." Beritahu kawan Liya sambil tunjuk resit pada pemilik dompet tersebut..dengan malu-malu alah..pemilik tu keluar dari kedai dengan tergesa-gesa hingga dia tertinggal hanphone dia ..(Kawan Liya masih simpan hanphone orang tu hingga kini..jika tak silap jenama Samsung ) ......

" INGATLAH PESAN NUR...Jika kita jujur..Allah balas dengan KEJUJURAN..TIDAK ADA RUGINYA.....kan..kan..kan..kan.."

PENA EDITOR NUR



BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI..
KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623
KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.