-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 7 September 2011

DRAMA SIRI 4- KERANAMU BAS CEPAT EXPRESS

PEMBACA

“Dah lama kita borak-borak ni..apa nama awak “. Tanya pemuda itu.

“ Senah Tamakninah..he..he..he”. Jawab gadis tu sambil tersenyum.

“Adeh..tul ke? Selamat kenalan Cik Senah..saya Dukun Pasir..” Pemuda itu perkenalkan diri tanpa disuruh.

“ Hissss..awak ni..tak kan tu nama awak..tidaklah..Senah tu nama FB saya, nama betul saya Siti Edayu Sulaiman..panggil Eda pun boleh”.

“OOO..Samalah, Dukun tu nama lembu saya..eh!! nama FB saya..Mohd Rmanz..hehehe”.Pemuda itu menjawab.

“Awak kata duduk KL kan, kerja apa kat sana? . Gadis itu bertanya lagi.

“ Saya keje biasa biasa je..asal halal dan sah disisi undang-undang..” Jawab pemuda itu yang agak keberatan nak beritahu apa kerjanya.

“ Iyelah..malu-malu pula..tak kisahlah kan..bukan senang nak dapat kerja sekarang ni ..” Gadis itu pun malas nak bertanya lagik.

“KITA BEREHAT DULU15 MINIT …MANA YANG NAK LEPASKAN HAJAT DIPERSILAKAN..NAK MAKAN..JANGAN LUPA BACA BISMILLAH”. Info terkini dari pemandu bas untuk pada penumpang.

“ Eh..jom makan” Pelawa pemuda itu .

“ Awak pergilah dulu..saya nak habiskan baca drama Jomgelak ni sikit lagi”. Jawab gadis tu sambil memberi ruang untuk pemuda tu keluar .

“Nak minum apa? Makan ..”Tanya pelayan kedai seorang gadis yang memakai baju Metallica serta bertopi Arnab.

“ Nescafe limau ais ..er..er tea lebih ye..makan..mee udang..tapi udang tak mo..mee saje..” Jawab pemuda itu sambil duduk.

“Lisa Like.. awak order tu..” Jawab gadis tersebut sambil berenang menuju ke dapur.

“Hati hati sayang..duduk elok-elok..” Tetiba seorang suami sedang memimpin isterinya yang sedang sarat mengandung duduk didepan pemuda tersebut.

“ Anim nak makan pe..biar abang oderkan..” Tanya suaminya sambil memanggil gadis pelayan tadi yang asyik mendengar lagu Metallicanya.

“ Sup lidah lah bang..eh!! Sup Ayam..miahahahaha~” Jawab isterinya manja.

“ Air..abang tahuuuuuuu…anim nak air anu tu kan..” Kata pula suaminya menyebabkan pemuda tadi tersembur air liurnya..adolaaaaaaaaa…hehehe

“ Mama camne? ..erm..Sue onway balik la ni Mama..tak.. Flight Sue dari JB bukan KLIA untuk ke Sarawak..Mama jangan lupa mam ubat tau..doakan Sue selamat sampai..nak makan sat ni..” Lalu seorang gadis sambil menjawab telefon sambil menuju ke tempat duduk disebelah kanan sambil menjeling kearah pemuda tersebut menyebabkan air batu dalam gelas itu terus cairr..

“ Kak Mila..buatkan Liya ayam percik perisa durian ...cepat sikit kak”. Suara dari gerai makan sebelah yang dilontarkan oleh seorang gadis (gadis lagi kan..hehehe) pada tuan punya gerai yang bernama MILA JAMILAH itu.

“ Timun dah habis la Liya..tinggal ayam je..order lainlah “. Jawab Mila Jamilah sambil kira untung….

“ Jab Kak Mila.. Awak nak makan ape?”. Tanya Liya pada rakannya Fara Snor yang kabarnya akan berkahwin bulan ni.

“ Fara tak kisah sangatlah…sebab apa pun Fara makan mesti rasanya manis saje..hehehehehe”. Jawab Fara kemalu-maluan ..

“ Yong..kita makan kat kedai depan tu sajalah..kedai ni ramai sangat orang la”. Tiba-tiba lalu pula tiga wanita sambil lenggang kangkung ditepi paya.

“ Kedai mana Nur..Yong tak nampak ni..maklumlah tak biasa pakai cermin mate itam ni..” Tanya rakannya..

“ Bonda rasa kedai hujung tulah..dulu bonda pernah makan kat situ..sebulan bonda keluar masuk tandas..asyik nak istinjak je…” Jawab pula rakan mereka.

“Nur setuju tu bonda..kedai macam tulah kita nak cari..adalah alasan Nur nak cuti panjang nanti..maklumlah semenjak jadi Editor Jomgelak ni tidur Nur pun beralaskan laptop…toink!! Toink!!. “

“ Eh!! Awak…tengok gelagat orang sampai tak sedar saya sampai”. Tiba-tiba gadis selaku watak utama muncul didepan pemuda tersebut..

SAMBUNG SIRI 5

BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI..
KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623

KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.