-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 5 September 2011

DRAMA SIRI 3- KERANAMU BAS CEPAT EXPRESS

PEMBACA

Macam biasalah..bila mendengar rungutan begitu dari Pemandu Bas, masing-masing memanjangkan leher untuk melihat apakah yang berlaku didepan hingga ada yang bangun dan bertanya sesama sendiri.

“ Ini mesti eksiden ni..jalan ni memang biasa eksiden..dulu keretapi langgar kapal selam…kat jalan ni lah..” Tiba-tiba suara makcik tersebut muncul disebelah pemandu bas..entah bila tah dia sampai kesitu sambil terjengok jengok..terteleng teleng dia memerhati keadaan didepan.

“ Nampak benor nipunyee..orang naik bas mana tahan sejuk..” Jawab pemandu Bas dengan selamber.

“ Wan..kalau ko nak tahu jalan ni lah Arwah Mat Rock eksiden ngan lori pasir..aku ingat bila tengok pondok bas kat tepi tu tadi..” Rakan didepan mula bercerita secara imbas kembali menggunakan cermin tingkap bas..

“ Isk..mana ko tahu..ko kan kat Ipoh masa eksiden tu..” Jawab rakannya yang masih memakai hemlet fullfacenye..

“ La ko ni..arwah Mat Rock yang cite dia eksiden sampai terduduk ateh kusi pondok bas tu..tak kan dia nak tipu..kan dia dah arwah time tu..mau kena libas ngan malaikat kalau dia tipu..” Jawab Rosman sambil mendengar lagu Michael JACKSON menyebabkan Wan Rocker Guitaris tergaru-garu pada helmetnya..

“Ayoyo macha..lu mana mau pigi..” Tiba-tiba Pemandu Bas marah pada Lelaki India yang cuba untuk turun dari Bas..

“ Amma..saya mau depan pigi juga..mau tengok apakah kemungkinan telah terjadi..”Jawab lelaki India dengan selamber..

“ Ah..ko jangan nak memandai..karang susah pula kami nak cari..dah la India ko sorang je dalam Bas ni..dah..pigi duduk ..” Marah lagi Pemandu bas tersebut sambil makan kuih raya bersama makcik tadi..

“ Isk..roadblock rupanya..apalah JPJ ni..tengah sesak macam ni ..tak yahlah wat sekatan jalan raya..kan dah jadi jem roti jalan ni..” Rungut Pemandu Bas yang bernama Suhaimi itu..sedangkan dulu diapun JPJ gak..Eh!! kantoiiiiii…hehehehe

“Ermm..awak pula nak kemana”..Tanya gadis tersebut pula pada Pemuda tadi yang sedang tengok tengok luar tingkap bas.

“ Saya nak balik umah ..lepas bercuti cuti ni..hehehehe” Jawab Pemuda tersebut sambil sengeh.

“OOOO..awak orang KL rupanya..cuti cuti kat mana? “ Tanya lagi Gadis tersebut.

“ Hahaha..bukan asal KL pun..menetap saja ….saja nak tengok suasana kampung..jumpa kawan-kawan lama..” Jawab pemuda tersebut sambil garu telinga kanan.

“ Mummy..rasa macam nak uk uk la ..” Anak Makcik tadi pula cuba mendatangkan kemaluan pada Maknya.

“ Isk..tahan dulu, nanti kita berenti , ko tamakninah la puas puas..tak lama dah ni..sat gi kita berenti makan.” Pesan emaknya sambil menutup muka dengan langsir bas..

“ Tak boleh tahan la mummy..” Rayu anaknya sambil terkerut-kerut muka.

“ Tahan..tahan..lagipun mana ada orang tahan teksi dalam bas..bagi Mummy fikir sat”. Jawab Mummynya sambil mencari sesuatu dibawah kusi bas.

“Adapun..nah selit batu ni kat pinggang ko..leh tahan berak dengan cara ni..” Arah Makcik tersebut sambil memberi sebiji batu pada anaknya…

“ Prutttttttttttttttttt!!!!!!!! ..” Tiba-tiba Rosman terkentut.

“ Adeh..ko ni pehal..adik sebelah tu nak terberak ko lak kentut..hampehh!! . Marah Wan Rockers Guitaris sambil menutup telinga dan hidung..

“ Adolaaaa..tu la ko tak tahu..aku pantang dengar ayat nak berak..aku mesti nak terkentut secara automatik..sib baik aku pakai helmet ko ni..” Jawab Rosman selamber sambil menjeling ke arah lelaki India disebelahnya ..seolah-olah lelaki India tu yang terkentut tadi……..

SAMBUNG SIRI 4
BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI..
KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623

KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.