-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-
Memaparkan catatan dengan label dramabersiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dramabersiri. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Aku tahu ko tak puasa

Aku tahu ko tak puasa bilaaaaaaaa 

- Aku tahu ko tak puasa kerana aku berbau rokok dimulut ko tadi, ketahuilah bahawa cuma perokok tegar macam aku yang dapat mengesan bau rokok ,isteri dan anak boleh la ko tipu miahahaha
 - Aku tahu ko tak puasa bila masa pergi bazar tadi ko buat dekk jer, tak ceria dan pelahap macam selalu ,biasanya tak cukup tangan kiri dan kanan, kat leher pun ko sanggup gantung makanan. 
-Aku tahu ko tak puasa bila masa berbuka tadi ko makan sikit saja dengan alasan kononnya sakit perut, padahal semalam ko yang marah Pak Bilal lewat Azan. 
-Aku tahu ko tak puasa bila ko  tiba tiba rajin membeli makanan di kedai runcit seperti roti,biskut ,meegi sedangkan sebelum ni ko tak pernah membeli cuma tunggu ORANG BELIKAN haha.
- Aku tahu ko tak puasa bila tiba tiba ko bercakap slang pelat pelat cina dan ubah penambilan diri yang menjurus kepada kecinaan dan keindiaan miahaha.  Haiya! Ini macam pun alerr..
-Aku tahu ko tak puasa sebab tiba tiba ko jadi bapa Mithali, jadi rajin bawa anak kamu yang kecil dan 4 tahun pergi bersiar siar terutama waktu tengahari dan petang. 
-Aku tahu ko tak puasa sebab setiap kali waktu pejabat rehat ko tak tahu sembahyang di Surau,ko kata nak pergi semayang di masjid Negara lebih besar pahala kononnya padahal kita ni kerja dan tinggal di negeri Pahang bukan Kuala Lumpur hahahahahahahaha.

" SESUNGGUHNYA AMAL YANG SETAHUN SEKALI ITU SUSAH NAK DIAMALKAN"
Photobucket
Nak Tahu...

Khamis, 28 Jun 2012

Betullah ! Video HANTU SEDANG on air

Kalau SIAPA TIDAK KETAWA TENGOK VIDEO NI tak tahulah nak cakap ,rupanya ada HANTU DIBELAKANG KERETA INI. Tengok dengan BERDEBAR ! Selepas itu KETAWA untuk hilangkan rasa takut miahahahaha





HANTU? Ada yang takut hantu? Ada yang pernah nampak Hantu? Macam macam cerita boleh kita baca dan dengar tentang hantu.  TETAPI PERCAYAKAH ANDA ,kalau saya kata Hantu dah susah NAK KELUAR DAN JARANG JARANG ADA SEKARANG NI? 

Alasan saya? Rujuk kisah ni 

" Engkau dari mana ni Arwah Rosli ,sampai berdarah darah ni?" Tanya Arwah Samad sambil membetulkan ikatan kain kapan.
" HUH! Aku kena kejar dengan Seeker si penjejak hantu,sampai terjatuh dari pokok aku dibuatnya tadi ". Jawab Arwah Rosli sambil gam tulang kakinya yang patah maklumlah dia dah meninggal hampir 30 tahun. 
"Itulah sekarang ni susah ! Dulu kalau orang nampak kita semua lari, sekarang mereka sibuk NAK DAPATKAN KITA, tak selesa dan selera betul sekarang ni nak kemana mana  " Arwah Samad membebel sambil mengambil sedikit Gam Arwah Rosli untuk digamkan pada kainnya.
" Eh! Cantik gelang you Sal? Baru beli ke, wah! Dah ada Henpon jugaa haha." Tanya Arwah Rosli tiba tiba pada Arwah Salmiah yang sedari tadi sibuk membaca buku yang dipercayai skrip lakonan 
"Miahahahauuu ! Itulah You, dulu i ajak u berlakon tak mahu, sekarang ni HANTU HANTU semua ada harga tau! Banyak tawaran BERLAKON yang i terima baik dalam negara mahupun luar negara, Pasaran filem sekarang kalau cerita hantu boleh meletop! Masa tengah ada HARGA nilah kita jangan lepaskan peluang Arwah Rosli, ekekekekeke!" 

SO SEKARANG KAMU PERCAYA KEMANA HILANG SEMUA HANTU KAN, tengoklah sekumpulan Hantu dalam gambar dibawah ni terpaksa berhijrah ....hahaha




Photobucket

 
Nak Tahu...

Rabu, 27 Jun 2012

INTERNET LEMBAB?-Satu Sudut Sketsa

Dalam Artikel JomgelakFm sebelum ini,banyak Tips Tips berkenaan cara cara yang boleh digunakan untuk kita tingkatkan kelajuan Internet yang semakin lembab hari ke hari ,banyak juga respon yang diterima baik positif mahupun negatif. Kesimpulannya MARI KITA LIHAT SEBAB DAN PUNCANYA MELALUI SEBUAH SKETSA ....Harap dapat difahami maksudnya secara MENDALAM ................

" Talian Internet ini kita ibaratkan sebagai SATU SAJA jalan yang ADA dan terpaksa digunakan. Jalan BERTOL ini dibina dan dikawal  oleh Syarikat bernama Tererkom sebagai peneraju utama,manakala CelTom dan DOGO    adalah jalan perintis tetapi tetap  menggunakan laluan jalan yang sama.
kita gunakan jalan  ini untuk ke Ke Pusat Bandar yang dikenali sebagai GoGAP yang berkampung dengan Yehaa dan Matzila. Kita perlu kesini  kerana  di pusat bandar inilah  terdapat segala benda Bak kata seorang Pokcik Astro  " Macem macem Aderr" antaranya Ampehbuk,Sengetter,Bongger,akusepeh dan sebagainya.

Pada awal tahun 80an,90an tak ramai orang yang gunakan jalan BERTOL ini kerana masa itu kita tidak terdedah sangat tentang kehebatan GoGAP, jadi  semua perjalanan dapat bergerak dengan pantas dan cepat sampai ke Destinasi tanpa sebarang masalah. TETAPI zaman telah berubah, kita semua telah didedahkan dengan kelebihan GOGAP ditambah pula dengan keglameran Ampehbuk dan Sengetter maka ramailah berminat nak kesana. Keadaan diburuk dan disesakkan lagi dengan kemampuan orang memiliki pelbagai KENDERAAN jenama Sembabmyx yang menggunakan   enjin "Tupai" ,Kenderaan Mamatband yang menggunakan enjin Cilikun dan DAGU ,termasuk juga kenderaan baru yang canggih jenama i-KOPAK@ i-pin  berenjinkan Samdoll ataupun Soni Eksen. 

Semua kenderaan ini pastilah akan berada di atas jalan tadi  untuk sampai ke destinasi ke bandar raya hebat "GoGap dan saudara maranya". Bila ini berlaku pastilah sesak teruk nak nak pula ada kenderaan tadi ada yang masih mengekalkan bentuk badan  "Wendor klasik Wendud 98 yang memang kurang aksesorinya dari segi memberikan gaya persembahan yang canggih dan serba takboleh!. Perkara perkara inilah yang menyesakkan laluan diatas jalan yang semakin sempit dan semakin terhimpit hingga ada yang BERASAP di kenderaan dan berasap "DIBADAN SENDIRI" sebab punyaaalah bosan duduk dalam kenderaan untuk sampai ke destinasinyaaa.

Masalah kesesakan ini tidak timbul jika ada KESEDARAN dan KEINSAFAN  oleh pihak pengendali jalan BERTOL Tererkom yang boleh MEMBESARKAN JALAN ataupun menambah lorong laluan yang kita gunakan, lebih lebih lagi cuma DIALAH YANG SATUUU syarikat pembekal jalan yang ada dalam Negara kita ni kan kan kan kan kan.... ibarat rungutan dan SENGATAN dari  kata-kata Makcik Sepiah (Pembekal alat memancing dan penternak sayur) yang selalu menggunakan jalan ini untuk berniaga " TAK KAN MAKCIK NAK GUNA JALAN JIN Karat milik TOKSIN di Thailand ataupun TEMASUK di Singapura,nanti mokcik dituduh MENYOKONG AGENDA asing pula kan kan kan kan "...... 

Kesimpulannya bila INTERNET LEMBAB! Banyakkan bersabar dan berzikir untungnya KITA SERING DAPAT PAHALA dari masalah ini miahahaha. 

Photobucket
Nak Tahu...

Selasa, 26 Jun 2012

Sketsa hiburan bernasi


SKETSA 1.
Suatu hari, seorg makcik menyewakan salah satu biliknya utk seorg pemuda penyelidik yg hendak membuat kajian kat kampungnya.. Nama glamer pemuda itu Toman (bukan Tomok ye) Toman yg dah bersetuju itu pun menyewa la bilik makcik tu.. Satu mlm, ketika Toman nak mandi.. (maklum le bilik air kampung) dah tu dia tu hensem pulok... Makcik tu pun 'semacam' jer tgk si Toman tu... Makcik ni pun berhasrat nak pegi ngendap si Toman ni mandi.. Makcik ni kantoi sekali oleh Toman... Kali kedua pun kantoi.. Nak juga dia ngendap kali ketiga.. Toman pun naik bengang dan bagi last warning yg terakhir kat makcik tu... 'Makcik! Kalau makcik ngendap saya sekali lagi... Saya rogol makcik!!' kata Toman dgn amarahnya...

Kemudian, makcik tu pun keluarkan jari kelingkingnya dan dgn senyuman yg paling manis dia berkata 'JANJI TAU!'...

Adolaaaaa miahahaha!

SEKSA 2

Seorg lelaki telah pergi kesebuah kedai kek utk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya.. 'Apa yg hendak ditulis pd kek ini encik?' tnya sigadis manis yg bertugas di kaunter kpd lelaki itu.. 'mmmm, tulis 'Sayang tidak bertambah tua' dibahagian atas, kemudian sambung dgn 'Sayang cuma bertambah cantik' dibahagian bawah'.. Kata lelaki itu dgn penuh tamakninah... Esoknya lelaki itu dtg utk mengambil kek yg ditempahnya dan terus membawa pulang kerumah utk dipersembahkan kpd isterinya yg tersayang di hadapan tetamu2 yg lain... Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yg lain.. Lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yg tertera di atas kek itu: ''SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DIBAHAGIAN ATAS... SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH...'' miahahahaha!! Toink toink!...

SEKSA 3

STRESS!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikan seorg gadis cantik di tengah jalan.Tiba tiba gadis itu pengsan di dalam teksinya dan segera membawa gadis itu ke hospital.
Pak Mat sedikit stress!
Sampai di hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah pada Pak Mat namun Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah kepada bayi itu.Tetapi gadis berkenaan bermati matian mendakwa bahawa Pak Mat la ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah stress!!
Pak Mat di minta test DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau pun bukan dan Pak Mat di tahan sementara menunggu hasil ujiannya.
Pak Mat semakin stress!!!
Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir.Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.Ketika dalam perjalanan pulang dia memikirkan 3 anaknya di rumah.SIAPA BAPA KEPADA 3 ANAKNYA ITU?"
SEKARANG PAK MAT BENAR BENAR STRESSSSS!!!!!!!!!

Adekah anda pun turut stress?miahahahahahaaa

SEKSA 4

‎'SEPASANG KEKASIH SEDANG BERSIAR SIAR DENGAN MENUNGGANG MOTOSIKAL'

PAKWE :"SAYANG...PEGANG KUAT KUAT NANTI JATUH!"(berkata dgn nada seyes lagi prihatin)

MAKWE :"KENAPA? U TAKUT KAN KEHILANGAN I"(menjawab dgn muka bangganye)

PAKWE :"BUKAN SEBAB TU LAH SAYANG..."

MAKWE :"ABES TU APE?"(muka dah cuak gilerr)

PAKWE :"KALAU U JATUH....I TAK NAK DI TUDUH BUANG SAMPAH SEMBARANGAN LAGI!"

MAKWE :"GRRRRRRRRR...!!!!" 

Nurkilan- VIP Shanim 


SERAM punya Seksi ah! Sketsalah haha


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca
budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum
ini....

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih
besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat
bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang
sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba
-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya
meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung
sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya
berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya
beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang
kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya
apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain
dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat
dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)



Nurkilan - VIP Azura


FAKTA 


Tahukah anda???
Anai2 terangsang dgn muzik. Jika anda memasang muzik, anai2 akan memakan rumah anda 2 kalu lebih pantas.. tetapi apa akan jadi kalau MUZIK pula teransang pada Anai anai miahahaha



Photobucket
Nak Tahu...

Isnin, 25 Jun 2012

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI


Sertai pertandingan kami dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50 (Walaupun kecil tapi kalau anda sengaja minta dekat orang mesti susah nak dapat kan!).

Syarat Utama.

-MESTI TAHU MEMBACA DAN MENULIS miahahaha.

- Mesti LIKE FANPAGE kami  Klik Sini

- MESTI "Share" Link pertandingan ini pada wall anda -Tak susah Klik SHARE Button saja. 

Tak susahkan syaratnya,cuma kena usaha sikit saja,iyalah bukan mudah nak dapat RM50 dan kami pun memerlukan kerjasama anda, Anda tolong kami kami tolong anda ,adil kan?


Maklumat pertandingan 

- PERTANDINGAN INI BERMULA SEKARANG DAN AKAN TAMAT PADA : 28Jun 2012 (12malem)

-SILA ISIKAN DIALOQ @ ayat Menarik tentang gambar yang dicadangkan dibawah dengan merujuk pada suasana atau tajuk gambar diberi.

-ANDA PERLU KOMEN dan  SERTAI PERTANDINGAN INI MELALUI BLOG KAMI  bukan di laman sosial lain seperti Facebook @ Twitter . Kami akan pilih pemenang melalui Blog JomgelakFM sahaja.  JANGAN RISAU ANDA JUGA BOLEH TERUS KOMEN MENGGUNAKAN FACEBOOK ATAU TWITTER SAJA DI BLOG KAMI. Mudah saja !


-Untuk mengelakkan kesesakan trafik ,anda cuma perlu KOMEN untuk AYAT Dialog sahaja! Selain dari itu pihak kami akan padam

-PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN JUMLAH LIKE TERTINGGI (250 like minimum) DALAM KOMEN YANG DIBERI ....Jika komen atau ayat dialoq yang anda taip dapat LIKE 251 keatas.  maka anda layak sebagai pemenang dan berpeluang memenangi RM50.

-ISU BIASA, Agak susah nak dapat 250 like? Mudah saja, cuma perlu rajin sikit dan tak sampai 5 minit pun anda boleh lakukan, lagipun kena usaha sikit saja nak dapat RM50 kan kan kan hahaha. 

Pertamanya anda boleh Share link kami ini  pada wall anda yang membolehkan rakan rakan anda sertai pertandingan ini (Ajak mereka bersama) 

Kedua, Anda boleh Share di KONTI JomgelakFm kami, kerana disini KAMI ADA 100K Ahli, senang sangat nak dapat 250 like jika Ayat anda tu menarik 



DAH FAHAM KAN, Jom Sertainya ......dengan rujuk gambar dibawah.


-TAJUK- Suasana di pusat Bowling bukan dipusat bandar atau pusat perut


Contoh Dialog yang kami sediakan, UBAH DIALOG IKUT KREATIVI ANDA



Photobucket

Email kami untuk pertanyaan- Anitahubpages@gmail.com

Nak Tahu...

SKETSA KANTOI 3 dalam 1



Sketsa 1. 
Pak Muis ialah seorang (bukan duaorang) Ketua Kampung yang suka menternak burung dan menyapu halaman rumah. Setiap hari sebelum beliau melawat kampung, mesti Pak Muis akan bermain main dengan burung kesayangannya untuk mendapatkan KETENANGAN MINDA terutama dengan seekor burung kesayangan Pak Muis ialah - "Jiblato" iaitu sejenis burung Tekukur yang asalnya dari kukur kelapa miahaha. Nak dibuat cerita satu pagi Jiblato hilang ,yang tinggal cuma kukur kelapa dengan sebijik kelapa sahaja. Pak Muis amat sedih dan mula syak wasangka mesti Jiblato telah dicuri orang dan Pak Muis amat yakin Jiblato memang dicuri orang mustahil BUAYA yang mencuri burungnya. 
Puas mencari disegenap pelusuk dan rusuk kampung,tak juga Pak Muis jumpa burungnya, Seminggu selepas itu satu Mes surat Tergempar  diadakan didewan orang ramai kerana Pak Muis mahu memberi Duit RM500 kepada sesiapa yang berjaya dapatkan burung kesayanganya .
Maka kerkatalah Pak Muis kepada penduduk kampungnya - "Tuan puan, burung kesayangan aku telah hilang pagi semalam ,jika siapa pernah lihat burung aku sila berdiri".
TIDAK SEMENA MENA MAKA BANGUNLAH ISTERI Pak Muis dan Cik Kiah Bondon serentak sambil tunduk maluuu ! Miahahahaha, KANTOI PAk MUIS kali niiiiiiiii 

Sketsa 2.

Pada suatu pagi yg indah, bertanya si isteri pd si suami, ''Abang cuba u tgk jiran kita si Sam tu yg baru pindah?'' ''kenapa lak?'' suami bertanya.. ''yelah saya tgk tetiap pagi sebelum pergi kerja dia akan cium isterinya... Bila balik kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar.. Loving kapel betullah mereka.. Kenapa u tak buat cenggitu?'' dengan selamba gadak si suami berkata.. ''Nak mampus...! Mana I kenal isteri dia?'' 
ehh! Pulok!! Ahaks!

Sketsa 3.

Suatu hari sdg Rmanz dan Zura (bukan nama samaran) minum teh dan milo es tabo serta roti canai berperisa kuehteow tomyam kegemaran mereka digerai Mamak Hasan Rani yg biasa dikunjunginya, tiba2 mamak gerai tersebut bersorak gumbira dan terus dtg kpd mereka.. 'apa yg kamu suka sgt ni mamak?' Tnya Rmanz.. 'saya bini juga sura yindia mari' kata mamak yg bernama krish khan.. Erk... 'apa dia ckp? Tentu gud news..' Zura plak tetiba menyampok.. 'Dlm dia punya surat ada shakap sudah beranak.. New baby! Ayo.. Saya byk shuka hati la... Saya belanja awak free minum jugak!' dgn tersengih2 badak sebab dpt mkn free haritu, Rmanz mengucapkan tahniah kdp mamak itu.. 'Ini kena balik India cepat ni' mamak tu dgn riang ria mcm Astro Ria menjawab.. 'ya la, saya sudah 3 tahun tara balik juga'... Rmanz dan Zura terkejut beruk.. Beruk pon tak terkejut cenggitu... 'Lerrrrr..?? Kalau 3 taun tarak balik itu anak sape juga???? Adeh...'
miahahahaha! Toink toink!

FAKTA MENARIK

-Tahukah anda??
Cengkadak hanya mempunyai satu telinga?Tetapi cucur badak memang tiada telinga miahahaha.

- Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya, Tapi walaubagaimanapun org yg kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar..dan YAKINLAH BAHAWA TENGGILING TIDAK PERNAH KENA TEMPELENG MAHUPUN MAKAN LEMPENG miahaha

By- Editor Nur 


Photobucket
Nak Tahu...

Ahad, 24 Jun 2012

TIPS Rahsia Facebook BERJAYA diselerakkan


Miahahaha! Jangan terkejut dengan posting diatas ! Tips yang ingin dikongsi ini sangat sesuai digunakan oleh

-PENGGUNA FACEBOOK TEGAR, Segar dan bugar

- Sentiasa nak cepat kerana sibuk melayan Komen 

Jika Anda tergolong dari kalangan diatas, boleh cuba tips dibawah yang digunakan UNTUK MEMUDAHKAN DAN MEMPERCEPATKAN PERGERAKAN KITA MENGAWAL FACEBOOK ,bahasa mudahnya kita gunakan "SHORTCUT" dengan mengurangkan pergerakan Mouse miahahaha.

Berikut disediakan beberapa Tips atau Note yang perlu anda HAFAL dan gunakan secara maksima hahaha. Oleh kerana Koding ini dikongsi dari rakan di Indonesia,anda buat buat faham sajalah maknanya haha.

Terdapat 3 Browser Internet yang membezakan setiap Shortcut diberi, contohnya jika anda menggunakan browser GOOGLE CHROME dan anda nak cepat balik ke HOME dalam facebook anda tekan kekunci ALT+1 serentak tetapi jika anda menggunakan Firefox anda perlu gunakan kekunci Shift + Alt +1 untuk kembali ke Home....

Ini Tipsnya, hafal jangan tak hafal hahaha

Mozzilla Firefox
Internet Explorer
Google Chrome
shift + alt + 0 = Pusat bantuan
shift + alt + 1 = Home
shift + alt + 2 = Profile
shift + alt + 3 = Permintaan pertemanan
shift + alt + 4 = Pesan
shift + alt + 5 = Pemberitahuan
shift + alt + 6 = Edit account
shift + alt + 7 = Settings privasi
shift + alt + 8 = Penggemar facebook
shift + alt + 9 = Statement of rights and responsibilities
shift + alt + m = Membuat pesan baru
shift + alt + ? atau shift + Alt+ / = Kursor berada pada kolom pencarianShortcut keyboard
alt + 0 lalu Enter = Pusat bantuan
alt + 1 lalu Enter = Home
alt + 2 lalu Enter = Profile
alt + 3 lalu Enter = Permintaan pertemanan
alt + 4 lalu Enter = Pesan
alt + 5 lalu Enter = Pemberitahuan
alt + 6 lalu Enter = Edit account
alt + 7 lalu Enter = Settings privasi
alt + 8 lalu Enter = Penggemar facebook
alt + 9 lalu Enter = Statement of rights and responsibilities
alt + m lalu Enter = Membuat pesan baru
alt + ? lalu Enter atau alt+ / lalu Enter = Kursor berada pada kolom pencarianShortcut keyboard
alt + 0 = Pusat bantuan
alt + 1 = Home
alt + 2 = Profile
alt + 3 = Permintaan pertemanan
alt + 4 = Pesan
alt + 5 = Pemberitahuan
alt + 6 = Edit account
alt + 7 = Settings privasi
alt + 8 = Penggemar facebook
alt + 9 = Statement of rights and responsibilities
alt + m = Membuat pesan baru
alt + ? atau alt+ / = Kursor berada pada kolom pencarian

Photobucket
Nak Tahu...

Selasa, 13 September 2011

DRAMA BAB AKHIR- KERANAMU BAS CEPAT EXPRESS.....


Menggunakan ayat SAMBIL..bukan sambal..hehe..


“Jauh juga kan perjalanan kita nak ke kelompu tu” Jawab gadis itu sambil gerakkan hidung dan telinga serentak..toink!!toink!
“ Memang la..sengaja dijauhkan untuk panjangkan drama ni..siap la ko Fazrin!! adeh!! “ Jawab pemuda itu pula sambil kelip-kelip mata.
“ U dapat kerja kat mana sebenarnya..manalah tahu I terjalan ketempat u..leh juga jumpa kan.” Tanya pemuda tu sambil cucuk jarum..nak ayat le tu
“ KEKOMSYAZONE Computer Sdn Bhd..kat jalan Jomgelak..you tau ke”. Tanya gadis itu pula sambil tunjukkan surat tawaran.
“ Oooo..pernah dengar nama syarikat tu..Hahahaha” Jawab pemuda tu sambil tengok dan hafal surat tawaran tersebut.
“ Gelak pulak..u pula kerja kat mana sebenarnya..” Tanya pula gadis tersebut sambil simpan surat tawaran.
“TAHNIAH!! Suka sebenarnya..ala..i keje biasa je..kat sekitar KL gak la..nanti u tau lah” Jawab pemuda tu sambil bangun untuk menggeliat..adeh!
“ Terima kasih..itupun nak rahsia..yelah..” Jawab gadis tu sambil merajuk .
“ Hahaha”. Pemuda itu cuma ketawa sambil senyum.
“Pak cik kenapa tak berenti masa Mamat tu tahan bas tadi”. Tiba-tiba budak yang demam tu bertanya pada pemandu Bas sambil jeling ibunya yang tidur ditutupi langsir bas.
“ Isk..mana boleh berenti dik..ni bas express ..mana boleh berenti sebarangan”. Jawab pemandu bas itu sambil makan coki-coki .
“ OOO..cenggitu rupanye..” Jawab budak itu sambil tutup idung kerana menahan bau kentut emaknya yang berjaya kentut sambil tidur tanpa gula.

Suasana dalam bas kembali sunyi apabila masing-masing tidur dengan gaya tersendiri kecuali pemandu bas ..hehehe.
“ KRING!! KRING!! KECEBUM!! DUSHH!!DUSH!!TOINK!!TOINK!! Tiba tiba bunyi panggilan telefon yang menyebabkan hampir semua penumpang melihat telefon masing-masing dalam keadaaan mamai..
“ Iskkkkkkkk..sapa pulak telefon aku ni..tk pernah tengok la nombor ni..cuba ko tengok ni Man? Tanya Wan Rockers Guitaris sambil tunjuk pada Rosman yang masih tidur-tidur mimpi ayam.
“Adola..dari pada ko dok tertanya-tanya sapa ni..sapa ni..baik ko jawab Wan..peh tu barulah ko tanya siapa!”..Marah Rosman sambil sambung dengar lagi Michael Jackon.
 “ Hello..hello..apalah orang ni telefon tak mo cakap”. Tiba-tiba Makcik tadi marah-marah sambil tidur tanpa disedari bukan telefonnya yang berbunyi..

“Selamat sampai pun kita kan..Alhamdulillah..TERIMA KASIH PADA SEMUA PENUMPANG ..SILA PASTIKAN TIADA BARANGAN ANDA DITINGGALKAN DALAM BAS..SAMPAH TU KUTIP SEKALI TAU..INGATLAH..KEBERSIHAN ITU BERMULA DARI HATI YANG LUHUR..INGAT TU..ingattttttttttttttttlahh!! “ TIBA-TIBA SUARA PEMANDU BAS KEDENGARAN UNTUK KALI TERAKHIR..

“ Dah sampai pun kita ni kan..banyak kisah menarik sepanjang perjalanan hari ni kan..sedih pula rasanya..” Sambil memegang beg gadis tersebut berkata pada pemuda itu dengan senyum-senyum.
“Jalan pelan-pelan nak..jangan asyik nak berlari je..karang kantoi pula mak tipu kata ko demam tadi..” Pesan  Makcik itu pada anaknya sambil menjeling pada gadis dan pemuda itu.
“ Kami dah sampai KL Kak Long..suspek sedang berbual dengan mesra tu..Farah masih memantau ni” Beritahu Farah Hanis pada kakaknya sambil menggunakan telefon berbentuk cermin mata gelap..bukan cermin kete tau!
“ Awak mula bertugas bila? “ Tanya pemuda itu sambil memerhati gelagat Rosman dan Wan Rockers sedang menyanyi lagu Nano nano ditepi tayar bas.
“ Isnin ni ..Oklah Wak..saya minta diri dulu..terima kasih sudi temankan saya sepanjang perjalanan ni..Ada rezeki kita jumpa lagi..” Gadis itu berkata sambil menahan sebak dan berdebor-debor..kuat beno power dukun pasir ni..
“ Nanti jumpa lah tu..saya pun..maaflah jika ada terkasar ye..pergilah ..tu macam sedara awak dah tunggu tu” Kata pemuda itu sambil senyum..cit!!
“ Okies..saya pun sama..saya pergi dulu ye..bye”.. Kata gadis itu sambil berlalu pergi meninggalkan pemuda itu KESEORANGAN …tanpa teman..tanpa siapa disisi…walau hakikatnya dia ramai kawan...adeh..tersedih lak… Setelah agak lama..pemuda itupun berlalu pergi ke destinasinya sambil jalan tunduk kebawah..(mana de orang tunduk ke atas..ye tak? Hehehehe)

PAGI ISNIN….Tepat 10 pagi..
“SELAMAT PAGI TUAN..SAYA SITI EDAYU SULAIMAN MELAPORKAN DIRI UNTUK MULA BERTUGAS” ..Kata gadis itu dengan sopan pada bos barunya yang berselindung disebalik kerusi …..
“KAN SAYA DAH KATA..KITA JUMPA JUGA EDA..WELCOME TO MY OFFICE..” KATA PEMUDA ITU SAMBIL SENYUM…..
“AWAKK……….Ya Allah!! ”Gadis itu kembali teringat pada PEMUDA yang bersamanya DALAM BAS CEPAT EXPRESSS…….

TAMAT!!. 


BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI..
 

KLIK SINI UNTUK DAFTAR
 

KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARA
Nak Tahu...

Ahad, 11 September 2011

DRAMA SIRI 6- KERANAMU BAS CEPAT EXPRESS



“ Wan..adeh..aku tertinggal helmet la..camne eh!! Pemandu bas tu nak pusing balik tak? Ce ko gi tanya..aku tengok misai dia pun dah ngeri..” Tiba-tiba Rosman mengadu pada rakannya dengan wajah sedih .
“ Ko la punya pasal tadi..Handphone aku pun tertinggal sekali kat dalam helmet ko tu..tu la sibuk ngat nak bukak Facebook..adola..” Rungut pula Wan Rockers Guitaris sambil memetik gitar lagu Awan Nano..neno..neno..neno..
“ Adeh..abis tu camner ni? Mahai helmet aku tu..baru beli lak tu..” Rintih Rosman sambil turut menyanyi lagu Awan Nano..Neno..Neno…Neno..
“ Jab..ce ko cuba telefon helmet ko tu..kan handphone aku de situ..Nano..nano..” Cadang Wan sambil terus sambung nyanyi ..
“ Huh..” Marah Rosman terus berenti menyanyi tanda merajuk ..
“ Ala..pe benda nak kisah..kan kita lepak kedai Jomgelak tadi..mestilah dorang simpan.. lagipun tu kan kedai kita..Nano..Neno..Nano..” Jawab Wan .
“Ramai juga kawan-kawan awak ye”..Tanya pemuda itu tiba-tiba
“ Emm..tu semua rakan-rakan Facebook saya..sejak saja join Kedai Jomgelak tu ramai kengkawan baru saya dapat…sonok tau” Jawab gadis tu selamber
“Oooo…betul tu..ramai kawan..banyak ilmu awak dapat..banyak benda awak boleh tahu ..heheheh”. Jawab pemuda tersebut sambil menguap..buruk!!
“ Isk..menguap tak tutup mulut..nanti setan masuk tau…” Perli gadis itu.
“ Adeh..kena doh..tak per ade sekor setan je tak lepas masuk..” Jawab pemuda tu selamber nak cover kemaluan.
“ Isk..ade gak ke setan tak lepas..” Tanya gadis tersebut ingin tahu..
“ Ade..setan BONTOT BESAU…Hahahhaha”..Jawab Pemuda tu malu-malu.
“ Menyampah!! “….Marah gadis tu sambil terus menyambung ketip kuku tangan dan kaki..er..er..termasuklah kuku pemuda tu..ampun bos..hehehe.
“Sayang..kuih raya ada lagik tak? Lapor pulak..nyesal pulak tak makan tadi..” Tanya seorang suami kepada isterinya yang sarat mengandung .
“ Isk..mana de lagi bang..semua anim dah poskan kat Pejabat Bos Jomgelak hingga menyebabkan jadinya “ Kuih kontroversi” ..miahahaha..”.Jawab isterinya sambil membetulkan baju dalam..eh!! silap..baju kebaya Nyonya jenama ibu-ibu mengandung..adeh!!
“ La..semua ke awak pos sayang..kuih paberet tu pun awak pos gak ke? “ Tanya suaminya inginkan kepastian dalam pengertian..waduh..ayat best ni..
“ Isk..kuih batang buruk tu mana anim pos..tu kan tok kita-kita jer..miahahhahahha” Jawab isterinya sambil menoleh ke penumpang-penumpang bahagian belakang untuk cover kemaluan..
“Emm..ramai gak penumpang baru naik bas kita ni ye..memacam cite ade”. Kata pemuda itu sambil melihat gambar Dukun Pasir yang dirinduinya…
“ Biar ramai ..baru meriah..tak la bosan perjalanan kita..dah la pemandu tu asyik dok pasang video “ KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA JPJ “ saje..taulah bang Mie tu bekas Pegawai JPJ..bosan dah..”. Jawab gadis tu sambil melihat seorang gadis  dikerusi belakang tempat duduknya yang sedari tadi asyik mengekori dan memerhatikan gelagat dia dengan pemuda itu ala-ala penyiasat persendirian gitu..jeng..jeng..jeng..
“Er..er..kak Long..Farah rasa gadis tu dah macam curiga la..Farah kena tukar imej jadi “Suria perkasa itam” nampaknya ni..”. Tanya Farah Hanis pada kakaknya menggunakan telefon berbentuk pensil 2B..
“ Eh..Jangan…tak glamer..tukau jadi “ Doraemon”..pemuda tu suka tau Doraemon..senang sikit nak siasat nanti”. Jawab pula kakaknya dari Pejabat Editor Jomgelak cawangan Johor Baharu.
“ Okeh..arahan diterima ..over..Farah pantau keadaan semasa..” Jawab gadis itu sambil buat muka selamber bila diperhatikan oleh gadis tersebut.. 
“ Tak lama lagi sampai la kita ..tak jauh dah ni kan..” Pemuda itu memecah kebentuan menggunakan suara saja tanpa perlu mengetuk menggunakan tangan atau tukul besi  untuk memecah kebentuan.
“ Itulah..dah dekat mana kita ni ..saya ni tak biasa pergi KL..”. Tanya gadis itu sambil terintai-intai keluar bas.
“ Erm..rasanya dah kat Kuala Pilah ni..sebab nampak cam Milah tunggu teksi tepi tu tadi..” Jawab pemuda itu dengan pasti dan yakin boleh.
‘Ooooo..tak jauh lagi kot” Jawab Gadis itu pula.
“ Selepas ni kita sampai Alor Star..peh tu Muar..peh tu Kuching Sarawak ..peh tu..Segamat..peh tu.. Kota Kinabalu rasanya..last Kota tinggi.. barulah sampai KL..”. Terang pemuda itu tentang perjalanan mereka yang bermula dari Rompin menuju ke Kuala Lumpur…hehehehe




SAMBUNG BAB 7
BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI.. 
KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623
KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN
Nak Tahu...

Jumaat, 9 September 2011

DRAMA SIRI 5- KERANAMU BAS CEPAT EXPRESS


“ Eh! …Tak lah sangat..duduklah…” Pelawa pemuda itu sambil makan mee.

“ Terima kasih…ermm…ramai juga orang kedai ni ye”. Gadis itu duduk bersila diatas kerusi dengan sopan santun.

“ Gitulah..dik..!! Dik!! Nak order..” Jawab pemuda tu sambil panggil lagi sekali gadis pelayan yang asyik makan coki-coki dengan pakwenya seorang rakyat kelahiran Kedah..Toink!!Toink!!.

“ Nak Oder lagik ke..”Tanya gadis tersebut sambil dengar lagi lagu Metallicanya menggunakan radio Hifi yang disandar pada bahu.

“ Awak nak order ape …silalah..” Tanya pemuda itu pada gadis tersebut.

“Bagi saya Milo ais taboo je lah ..Makan tak ada selera” Jawab gadis itu sambil merenung seorang lagi gadis yang berdiri ditepi tiang kedai itu.

“ Selera memang kami tak jual..lagipun belum ada lagi orang order Selera..ngeee”. Jawab gadis pelayan itu sambil berlari laju menuju ke dapur.

“Eh!! Awak tunggu jab eh! “ Tiba-tiba gadis itu minta diri dan terus pergi mendapatkan gadis yang berdiri ditepi tiang.

“ Masnita ke ni?..lama tak jumpa awak..tak sangka kita jumpa sini”. Tanya gadis itu sambil ukir senyuman.

“ Edaaaaaaaa…iyalah..ini Mas..waduh! Kapan nya dimana..sapa meninggel..mau kemana kamuk” Jawab gadis tersebut dengan riang gembira.

“ Tak sangka jumpa awak..tak kerja ke hari ni?..tunggu siapa disini..mari minum”. Pelawa gadis tersebut sambil tarik tangan.

“ Waduh..kerja malem Eda..kebetulan aku mahu ke Kelumper..ambil barang niaga ku..waduh..jualan ku laris sekali dong..tunggu temen ku mengemas dalam bas itu..dia muntah..maklumlah enggak bisa naik bas” Jawab gadis itu dengan panjang lebar dan ramah tamah.

“ Perkenalkan kawan lama sama ..Masnita”. Kata gadis tersebut pada pemuda tadi yang sudah siap makan.

“Ooo..ye ker..sila-sila duduk bersila..” Jawab pemuda itu dengan mesra.

“ Macam ku kenal pemuda ini..tapi dimana ya..” Berkata dalam hati gadis bernama Masnita sambil duduk bersila.

“ Dah lama ke kenal..” Tanya pemuda itu untuk merancakkan jalan cerita.

‘”Eh!! Mas..ko tinggal aku sorang kemas bas tadi..sampai hati..” Tiba-tiba datang pula seorang wanita dan merungut pada Masnita.

“ Enggak dong..aku baru saja ketemu kawan lama ku..eh..mari kita minum sama-sama Izah..kamu kan masih penin lagi dong..” Kata Masnita pada temannya sambil kelip-kelip mata.

“ Hi ..salam kenal..saya Rohaizah Hussain salah seorang Officer Jomgelak!! Eh! Silap lapor pula..hehehe..”. Katanya terus duduk dengan tamakninah.

Setelah selesai upacara makan-makan..maka para penumpang pun kembali pada bas masing-masing untuk meneruskan destinasi….

“ Haiya..tatak muleh naik lo..manyak menyesal lo wa pakai skirt ketat ini hali..” Seorang Amoi merungut-rungut didepan tangga bas kerana tak boleh nak pijak tangga kerana skirtnye terlalu sendat dan ketat.

“ Ayak..kasi longgar sikit ma..” Bisik amoi itu sambil longgarkan zip skirtnya.

“ Haiya..tatak muleh juga lo…Ayak..!! Rungut lagi Amoi tersebut sambil longgarkan lagi mini skirtnya keparas bahaya..

“ Haiya..apa pasat tatak muleh jugakk..” Terasa mau menjerit saja Amoi tu sambil marah dalam hati.

Tiba-tiba seorang pemuda pegang dan tolak Amoi tu naik ke atas bas..

“ Manyak cilakak ini olang..belani lu pigang wa punye muntut..amat bedose tau itu macam..gatai..” Marah Amoi tu pada pemuda yang tolaknya ke atas.

“Eh!! Sapa gatai..yang hang bukak zip seluaq aku pat lima kali tu pasai pa..hang la gatai”. Marah pemuda itu pula sambil cari-cari tempat duduknya dalam bas menyebabkan Amoi itu seperti mahu terjun ikut tingkap bas.

“ Semua dah ada kan..kita nak mulakan perjalanan kita dah ni..baca bismillah semua..” Kata Pemandu Bas dengan berhemah sambil ditemani cik Salmah ditempat duduk belakang.

“ Haiya..sikijab..sikijab..haiyaaaaaaa..mau bertanyer..ini bas pi mana ma” Tanya Amoi tadi sambil tergaru-garu .

“ Kuala Lumpur Amoi..apa pasat..” Jawab pemandu bas dengan pelik.

“ Haiya..wa SULAH SALAH NAIK BAS LO..PASAT LU OLANG KASIK CAT SELUPER HA INI BAS ..HAIYA..MALU KALI KEDUA WAA..HAIYAA” Jawab Amoi tersebut sambil terjun lompat ikut pintu..berlari tanpa menoleh kebelakang lagi…..

SAMBUNG BAB 6

BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI..
KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623

KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN
Nak Tahu...

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.