-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Jumaat, 14 September 2012

Pendapat anda- VIDEO HINA ISLAM DIAM SAJA KAH?


Semua pihak yang mementingkan kesucian ISLAM pasti berminat untuk BERSAMA SAMA MEMBANTAH FILEM YANG MENGHINA ISLAM INI? DEMO DEMI DEMO TELAH DIJALANKAN DAN DISERTAI OLEH SEMUA TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK . ITU BANTAHAN DI DUNIA REALITI ATAU SEBENAR, BAGAIMANA PULA CARANYA KITA SEBAGAI WARGA MAYA HENDAK MENYOKONG BANTAHAN INI?
CUKUPKAH SEKADAR TEKAN FLAG pada VIDEO INI DAN BUAT LAPORAN ? ADAKAH YOUTUBE AKAN TERIMA ? ATAU KITA SEKADAR KOMEN MENGATAKAN BANTAHAN ?  Atau membantah melalui laman web masing masing? Memang kita WAJIB BANTAH DENGAN APA JUA CARA SEKALIPUN .......TETAPI.............
CUKUP DAN BERBALOIKAH?
KITA SAMA SAMA FIKIRKAN KERANA YAHUDI AKAN GUNAKAN PENYEBARAN VIDEO SEPERTI INI KERANA mereka TAHU  TIADA APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN  . Lagi DI BANTAH LAGI RAMAI YANG MELIHAT SEBAB VIDEO INI SUDAH BERADA DAN TERSEBAR DIALAM MAYA.....
FIKIRKAN JIKA YANG MELIHAT ITU NIFIS IMANNYA?? ATAU ANAK ANAK REMAJA KITA? DARI SATU SUDUT IANYA SATU PROMOSI untuk Filem ini, tapi APA BOLEH DIBUAT?? JIKA TIDAK DIBANTAH MAKIN MENJADI YAHUDI NI? Dan yakinlah akan ada filem filem yang lebih teruk akan dikeluarkan oleh YAHUDI? 
Boikot Youtube?? Pasti ramai yang tidak bersetuju.....Hendak tak hendak NYAWA SAM Baciler TERPAKSA DIAMBIL.....Biar yahudi tahu menghina ISLAM dan NABI ibarat menempah MAUT!! 


Photobucket
Nak Tahu...

MESTI TONTON : TERBAIK dari Cheras haiyaaaa

TADI semasa melayan Youtube, penulis terjumpa Video ni yang PALING LAWAK ....walaupun kejadian ni berlaku pada April lepas tetapi amat menarik untuk dikongsi. 
Menurut pengirim Video ni , kejadian ni berlaku di Cheras apabila Wanita Cina dalam gambar diatas ini melanggar kereta pengirim Video, tetapi Wanita Cina ni tak mengaku dan sanggup bergayut di kereta mereka hingga ke balai Polis.
KEDEGILAN dan  dengan muka selamba wanita cina ni amat MELUCUKAN ....... 
JOM TENGOK DAN PASTI TERHIBUR 
Photobucket
Nak Tahu...

Mesti Tengok - Gambar BERMAKNA Sang Puteri

ENTAH KENAPA TRiba triba rasa terharu tengok gambar ni....CANTIK MANIS DAN BERSOPAN Princess Catherine atau lebih mesra KATE Middleton ISTERI kepada PRINCE WILLIAM yang melawat MASJID AS-SYAKIRIN di KLCC . 

PERHATIKAN BETAPA BELIAU MENGHORMATI KESUCIAN RUMAH IBADAH ORANG ISLAM ......TANPA segan silu mengenakan SELENDANG PUTIH DAN SKIRT LEBIH PARAS LUTUT? ITULAH ADAT DAN BAIKNYA PASANGAN DIRAJA DARI LONDON NI.

TAPI KITA?? Sampai ada yang baling selipar dalam masjid sebab POLITIK, ada yang masuk ke mimbar Masjid dengan berkasut......lebih menyedihkan lagi ada yang berpakaian KURANG SOPAN di Masjid 

AMALKAN POLITIK SIHAT .....HIDUP SIHAT !! Tak semua benda boleh dipolitikkan . 



Photobucket
Nak Tahu...

Sabtu, 8 September 2012

PROTON vs BMW- 3 kisah 3 Iktibar

ANDA MASIH INGAT orang kuat Proton Dato Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang melepaskan jawatan nya sebagai Pengarah Urusan Proton ? Jika tak silap beliau melepaskan jawatannya secara sukarela bulan Julai lepas setelah hampir 7 tahun membangunkan Proton. 

Apa yang menarik bukanlah jawatan yang dipegang, tetapi KESEDIAAN DAN KEKUATAN BELIAU UNTUK MENJADI IMAM DI Masjid Al-Falah Subang yang harus kita fikir dan renungkan. TIDAK RAMAI orang orang kuat dan penting dalam negara kita mampu menjadi IMAM malah lebih ramai MAMPU menjadi MAKMUM ...

FAUZI baru membuka perniagaannya sendiri  dalam bidang kontraktor setelah bertahun bekerja di Syarikat orang lain. Niatnya untuk berjaya dan menjadi kaya sentiasa tinggi setinggi songkok yang dipakainya pada Raya lepas. 
Dan sebagai orang baru menjalankan perniagaan, Fauzi harus dilihat LEBIH GAYA dan lebih MESRA pengguna untuk membuktikan syarikatnya BERJAYA DAN MAMPU MENJALANKAN APA JUA PROJEK YANG DIBERIKAN PADANYA. Ialah zaman sekarang ni kalau kita datang naik Proton Saga nak ambil borang Tender nilainya JUTA, JAGA @ Pengawal Keselamatan pun tak bagi masuk dalam Pejabat ,jadi GAYA dan ketrampilan perlu ada. 
TAPI TAK RAMAI YANG TAHU KECUALI isteri dan anak Fauzi yang berumur 2 bulan, yang SETIAP PAGI FAUZI AKAN memakai topi dan berkaca mata ,mengenakan pakaian yang agak lusuh yang sekali imbas memang KITA TIDAK KENAL DIA ITU FAUZI .......Fauzi akan membawa 2 tong (Bekas tong minyak hitam) KE STESEN MINYAK BERHAMPIRAN RUMAHNYA ...... BELIAU AKAN MEMBELI MINYAK RON95 untuk diisi PENUH KEDALAM KEDUA DUA TONG YANG DIBAWANYA......Persoalannya kenapa ........

UNTUK MENJAGA IMEJ DIRI DAN KERETA BMW NYA INI ......Miahaha. Tak kan pakai BMW nak isi minyak Ron95 ?
 REALITINYA..Tak semua orang SENANG ITU SEBENARNYA SENANG!! 

KADANG KALA KITA PERLU BERLAGAK UNTUK HIDUP DAN KADANG KALA ALLAH PILIH DIRI KITA UNTUK MENJADI PEDOMAN DAN IKTIBAR UNTUK INSAN LAIN...seperti contoh Dato' Syed Zainal ini yang DIA SENDIRIPUN TAK SANGKA imej beliau menjadi LEBIH TINGGI DIMATA MASYARAKAT bukan sebab dia PERNAH MENJADI PENGARAH PROTON tetapi IMAM ........fikir


Ada seekor siput selalu memandang sinis
terhadap katak. Suatu hari, katak yang
kehilangan kesabaran akhirnya berkata
kepada siput: “Tuan siput, apakah saya telah
melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu
membenci saya?”
Siput menjawab: “Kalian kaum katak
mempunyai empat kaki dan bisa melompat
ke sana ke mari, Tapi saya mesti membawa
cangkang yang berat ini, merangkak di tanah,
jadi saya merasa sangat sedih.”
Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki
penderitaannya masing-masing, hanya saja
kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi
kamu tidak melihat penderitaan kami
(katak).”
Dan seketika, ada seekor elang besar yang
terbang ke arah mereka, siput dengan cepat
memasukan badannya ke dalam cangkang,
sedangkan katak dimangsa oleh elang.
"Nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu
dibandingkan dengan orang lain. keirian hati
kita terhadap orang lain akan membawa
lebih banyak penderitaan. Lebih baik
pikirkanlah apa yang kita miliki. Hal tersebut
akan membawakan lebih banyak rasa syukur
dan kebahagiaan bagi kita sendiri".


Photobucket
Nak Tahu...

JULIA PEREZ HINA ISLAM pulok?

Kenal Julia Perez? Ala artis Indonesia yang seksi meksi itulah ,walaupun Julia Robert tak kenal Julia Perez ,tapi Julia Robert tidaklah pula menghina ISLAM ... 

JULIA PEREZ buat Tatu dibelakang badannya ,TIDAK JADI MASALAH KAN, JIKA DIA BUKAN ISLAM ,ITU HAK DIA, TAPI TATU YANG DIA BUAT TU TULISANNYA Adalah AYAT DARI 
LAUNGAN AZAN yang kita dengar 5 kali sekali ........
HAYYA ALAL' FALAH yang maknanya -MARILAH MENUJU KEMENANGAN . 

AGAK MALANG ULAMA DI INDONESIA SENYAP AJA KAN KAN KAN KAN

Photobucket
Nak Tahu...

Rabu, 29 Ogos 2012

PANAS -IKLAN ubat kuat

JIKA DULU bila ada iklan jarnang orang nak tengok, mesti tak layan, TAPI SEJAK DIPERKENALKAN SATU TEKNIK BARU DALAM PENGIKLANAN IAITU GUNAKAN PEREMPUAN SEKSI .....Ramai pulok yang tengok -JADI HATI HATI JIKA ANAK ANDA RAJIN TENGOK IKLAN DI INTERNET 





PAKAI MACAM NI BARU LAKU haha
PETUA UNTUK BAGI ORANG TUA JADI SIHAT DAN KUAT TANPA PERLU TONGKAT ALI atau tongkat Warrant miahahaha


Photobucket
Nak Tahu...

Isnin, 13 Ogos 2012

DRAMA Rahmati Rohnya -SURAH YASIN


ALLAH MEMBERIKAN KITA PETUNJUK ....

AMRI sudah lama merantau di ibu kota dan setiap kali menjelang raya,Amri akan pastikan tiket bas dibeli awal . Cuma itu saja pengangkutan awam yang dapat menemukan Amri dengan keluarga tersayang dikampung. 
 Kini tinggal seminggu lagi menjelang raya,Amri sudah berbelanja membeli beberapa pasang pakaian untuk emak,Abah dan adik adiknya dikampung. Tetapi Amri sendiri merasakan kelainan ,tahun ni boleh dikatakan semua pakaian yang dibeli untuk ahli keluarganya  berwarna putih ,entah kenapa ...Amri tiba tiba merasakan warna putih amat cantik dan menarik pada pandangan matanya walaupun dia gemar warna hijau. Bagi baju melayu Amri sendiri pula dia memilih warna HITAM walaupun gelodak hatinya tidak menyukai warna hitam, tetapi semacam ada sesuatu yang memaksa Amri untuk menukar selera .......
Esok kemungkinan Raya, Amri sudah sedia menanti bas Express dengan segala beg yang penuh berisi pakaian baru dan lama . Tiket bas yang dibelinya 3 minggu dulu digenggam erat sambil memerhatikan orang ramai yang sudah mula berpusu pusu untuk menuju ke destinasi masing masing. 
"Nak balik  mana anak". Tiba tiba Pakcik tua menyapa Amri .
" Pasir Mas Kelantan Pakcik. " 
"Tempat orang kaya tu ,pasir pun Mas haha". Pakcik cuba buat lawak untuk menghilangkan resah menanti Bas yang masih belum tiba. 
"Hahaha,Pak cik pula" Ketawa Amri malam itu setelah sebulan dua ni jiwa dia tak tenang dan sentiasa cemas dan berdebar debar.
" Pakcik nak balik tempat penternakan Badak dalam Gua haha..Gua Badak  Lenggong Perak". Jawab Pakcik tu sambil mengeluarkan sesuatu dalam begnya. 
"Nah ! Sambil nak balik malam raya ni,kamu bacalah Yasin ni dalam bas,smoga kita SELAMAT SAMPAI ......". Pak Cik itu menyerahkan senaskah Yasin pada Amri . 
"Oh! Terima kasih Pakcik Amin!! Semoga Pakcik pun selamat sampai ". Jawab Amri sambil menyimpan surah Yasin dalam poket baju melayu yang dipakainya malam itu.Baju melayu inilah baju raya Amri tahun lepas berwarna hijau gelap. Amri memerhatikan gelagat Pakcik tadi yang terus menyapa orang ramai disitu dan menghulurkan sesuatu yang diketahuinya .SURAH YASIN!.
Dalam Bas yang dinaiki Amri, Amri melihat sekeliling para penumpang, ada yang sudah berkeluarga, ada yang sendiri dan ada juga kaum lain iaitu India yang duduk dibahagian belakang. TETAPI tidak seperti sebelumnya,suasana dalam bas itu amat mendamaikan dan sunyi sepi ,masing masing MURAH SENYUMAN tanpa perlu berkata kata untuk menyapa. Amri duduk bersebelahan dengan seorang kanak kanak yang asyik tidur sambil memeluk  erat kotak kasut. 
Perjalanan untuk pulang kekampung sudah bermula,masing masing melayan rasa BERBUNGA UNTUK PULANG BERTEMU keluarga tersayang,masing masing tak sabar nak sampai ke destinasi,masing masing membawa hati berbunga bunga .......

MALANGNYA....Allah Hu Akbar!!! 

DUMMMMMMMMMMMMM!!!!!!! Api marak dengan cepat dan memusnahkan hampir keseluruhan Bas Express . Bomba yang tiba ditempat kejadian pada pukul 2.45 pagi itu tidak mampu berbuat apa apa.....

PASIR MAS,Kelantan ..... 10 minit sebelum Azan Subuh!

"Assalamuaikum ...Mak ...buka pintu ni, Amri balik". Keheningan syahdu subuh itu menjadi ceria seketika kerana seisi keluarga menyambut kepulangan anak sulung mereka. Tangisan air mata gembira dapat dilihat pada wajah anak anak , emak dan abah. 
"Syukurlah Amri selamat pulang,dah masuk waktu ni ,mak dan abah nak solat subuh dulu...jangan makan banyak sangat dodol tu Amri,nanti tak larat nak solat ". Pesan emak pada anaknya si Amri yang asyik menikmati dodol kegemarannya..........  

Tapi HAKIKATNYA

'BEGITULAH RUTIN YANG BERLAKU PADA SETIAP SUBUH RAYA, sekeluarga cuma mampu menatap hiba, cuma mampu berkhayal yang ARWAH AMRI akan balik ke rumah dengan selamat. Beg dan beberapa bungkusan pakaian milik arwah  yang diambil dari bilik mayat setahun yang lalu masih disimpan sebagai satu KENANGAN ABADI"...... 

Hati hatilah PULANG BERAYA.........

Photobucket
Nak Tahu...

Selasa, 10 Julai 2012

SENAMAN facebook? Ko aderr?

JOMGELAKFM FANPAGE
 PERNAH KAH ANDA BERJUMPA DGN PAPAN TANDA DIATAS?????? SIGN NI BERMAKNA..." DILARANG KENTUT BERIRAMA DI KAWASAN INI " BUKAN BERENANG AJER YG ADA BERIRAMA .... WAKAKAKAKAKAKA ..FOR MORE FUNNY PICS, TERUSKAN BERSAMA FANPAGE KAMI.....TQVM ( DJKOMENTOR) .


TIPS UNTUK yang BERGIGI 


GIGI KUNING DAN BERKARAT? EEEE.. JGN RISO ATAU GUNDAH-GULANA DAN BERKELANA LAGI, KINI SAYA DAH BERJAYA MENCIPTA CARA2 BAGAIMANA HENDAK MEMUTIHKAN GIGI... Cer bace..


(6) asyik guna ubat gigi je.. Apa kat kita tukor kapur kasut..
(5) biasanya kita selalu berkumur dgn bhn pengkumur mulut tapi kalo nak kesan yg lebih cepat, kita try kumur dgn clorox ke..
(4) kita juga boleh try memutihkan gigi dgn cara mengecat. Tapi dinasihatkan jgn menggunakan cat air..
(3) liquid paper jugak boleh digunakan utk memutihkan gigi spt kita tahu ia boleh memadamkan kesan hitam atau kotoran pada kertas.
(2) chewing gum selain sedap dikunyah, ia bole gak ditepek kat gigi kita yg berkarat tu... 
(1) kalo payah sgt, cabut je semua gigi kita... Bior xde gigi.. Xyah nak pikir caner nak putih... Kan kan kan??

(EDITOR Nur
SENAMAN INTERNET UNTUK YANG PENTINGKAN KESIHATAN SEMASA ONLINE


JAWATAN KOSONG mari mari mari 
Photobucket


Nak Tahu...

Isnin, 9 Julai 2012

ISU PANAS- Bahaya KEPAK AYAM

Dalam kemajuan teknologi terutama bidang IT dan Industri ,terselit juga KEMAJUAN TEKNOLOGI dalam Industri  pemakanan yang sedikit sebanyak menguntungkan pengeluar terutama pembekal  tetapi bakal merosakkan pengguna yang akan mudah diserang penyakit kronik.Isu ini bukan mahu menyalahkan mana mana pihak kerana benda ni terjadi tanpa kita sedari, tetapi sekadar PERINGATAN supaya kita TIDAK MUDAH MATI BEGITU SAJA hahaha.

Mungkin kita pernah beli buah-buahan yang NAMPAK BESAR,CANTIK tetapi rasanya .....hampeh!! Lebih kurang begitulah isunya. Kita berbalik pada NOTIS untuk PENGGEMAR KEPAK AYAM ataupun leher ayam(Ramai ke suka makan leher ayam?)

Begini, Untuk mempercepatkan pembesaran ayam dan memenuhi permintaan sebab dalam negara kita ni ramai yang suka makan ayam, dan rata ratanya adalah PENGGEMAR KEPAK DAN PAHA AYAM, jarang sangat kita dengar orang suka makan TAHIK AYAM kecuali pokok dan haiwan ternakan miahahahaha. 

Balik semula pada topik, UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBESARAN AYAM, STEROID AKAN DISUNTIK PADA bahagian KEPAK atau leher ayam. Kenapa di kepak dan leher bukan dikaki ayam atau disuntik pada dinding reban ayam? Hahaha. Sebabnya di Kepak dan leher lah proses pembesaran ayam dapat dijayakan dengan cepat dan mudah, sinilah kepekatan cairan steroid ujud dengan majunya. 
Diantara lelaki dan Wanita, golongan wanitalah lebih mudah mendapat penyakit seperti ketumbuhan dalam  rahim  kerana wanita mempunyai hormon yang banyak.Jadi kurang kuranglah makan kepak ayam tapi lebihkan makan KEPAK LEMBU kalau berkunjung ke KFC miahahahahahahaha.    




Photobucket

Nak Tahu...

Khamis, 5 Julai 2012

TIPS beli Kereta yang BAIK GILER!

Suka lagu ni -AMAT MENDALAM UNTUK DIHAYATI 





SEPERTI biasa..nak beli apa-apapun perlukan ilmu dan kepandaian supaya tiada penipuan dapat berlaku..jadi kali ni kita nak kongsi tips atau panduan nak beli kereta..Jangan anggap beli kereta ni mudah..sebenarnya payah jika anda memang muka bermasalah..

- 1) PERGILAH KEDAI KERETA..jangan beli kereta di kedai runcit atau kedai Baja ..INGAT!!

-2) PASTIKAN ANDA KENAL KERETA..bukan se ekor lembu atau basikal

-3) Pergi Bank dulu..tanya anda layak tak buat pinjaman..kalau tidak buang masa jer..

-4) Belajar dan boleh memandu kereta..supaya kita dapat elakkan kebaziran wang anda

-5) Pilih kereta yang sihat sahaja serta tidak berpenyakit seperti penyakit panau pada badan, Lengoh-lengoh lutut mahupun sering sakit perut..sebab nanti penyakit ni akan berjangkit pada anda, isteri anda dan juga orang awam yang berhampiran dengan kereta anda dan selalu duduk sebelah anda

-6) Pilih kereta ikut kemampuan dan tahap kecergasan atau kelembapan KEWANGAN anda,kalau TAHAP KEWANGAN anda CERGAS,belilah kereta mahal sikit tapi kalau TAHAP KEWANGAN ANDA LEMBAB belilah kereta mampu milik.

TIPS JIMAT- Untuk dapat makan TENGAHARI DI KEDAI MENJUAL KERETA, BOLEH DIAMALKAN BERSAMA JIRAN JIRAN ATAU KAWAN KAWAN RAPAT.

'GUNAKAN T-SHIRT BERKOLAR yang agak jarang  PUTIH,LETAKKAN NOTE RM50 dalam poket depan baju(Biar Salesman kereta tu nampak) ,Pergi ke kedai menjual kereta sebaiknya waktu makan tengahari , LAKONLAN gaya anda seolah olah mahu membeli kereta ,KESANNYA- BIASANYA SALESMAN @PENJUAL KERETA AKAN AJAK ANDA OR RAKAN ANDA MAKAN TENGAHARI MAKLUMLAH NAK PUJUK ANDA BELI KERETA ...miahahahaha!!!

SANGAT MEN SAYAT KAN HATI kisah ini 


Di sebuah kampung yg aman damai sedamai2nya, tinggal lah sepasang suami isteri. Mereka adalah penternak yg berjaya. Suaminya bernama Encik Sulaimanz Bin Saripuddin, penduduk kampung memanggil beliau Pak Manz, isterinya pula merupakan penternak barang kemas yg amat berjaya, nama penuhnya saya tak pasti tp penduduk kampung memanggil beliau Makcik Ying. Seperti biasa Pak Manz nak pegi memotong getah. Makcik Ying akan menyediakan peralatan utk memotong. 'hati2 ye darling masa tepi jalan besar tu nanti!' pesan Makcik Ying.

Pak Manz pun berjalan kaki melalui sebuah jalanraya utk sampai ke kebun getahnya. Semasa Pak Manz berjln ditepi jalanraya tersebut, ada sebuah papan tanda yg baru dipasang betul2 di depan kebunnya.. Selepas membaca papan tanda itu, beliau pun pulang dgn hampa...

Makcik Ying heran lalu bertanya.. 'kenapa ni ling?, tak jadi motong ke?'

Dengan suara yg perlahan dan hampa Pak Manz pun menjawab... 'Sejak bila laaaaaaa kerajaan kita taki kasik kita motong getah... Diletaknya papan tanda besor2 kat tepi jalan depan kebun kita...'

'Apa papan tanda tu tulis ling??' Makcik Ying bertanya keheranan..

''DILARANG MEMOTONG'' kata Pak Manz sayu.... 

Photobucket
   
Nak Tahu...

Isnin, 25 Jun 2012

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI


Sertai pertandingan kami dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50 (Walaupun kecil tapi kalau anda sengaja minta dekat orang mesti susah nak dapat kan!).

Syarat Utama.

-MESTI TAHU MEMBACA DAN MENULIS miahahaha.

- Mesti LIKE FANPAGE kami  Klik Sini

- MESTI "Share" Link pertandingan ini pada wall anda -Tak susah Klik SHARE Button saja. 

Tak susahkan syaratnya,cuma kena usaha sikit saja,iyalah bukan mudah nak dapat RM50 dan kami pun memerlukan kerjasama anda, Anda tolong kami kami tolong anda ,adil kan?


Maklumat pertandingan 

- PERTANDINGAN INI BERMULA SEKARANG DAN AKAN TAMAT PADA : 28Jun 2012 (12malem)

-SILA ISIKAN DIALOQ @ ayat Menarik tentang gambar yang dicadangkan dibawah dengan merujuk pada suasana atau tajuk gambar diberi.

-ANDA PERLU KOMEN dan  SERTAI PERTANDINGAN INI MELALUI BLOG KAMI  bukan di laman sosial lain seperti Facebook @ Twitter . Kami akan pilih pemenang melalui Blog JomgelakFM sahaja.  JANGAN RISAU ANDA JUGA BOLEH TERUS KOMEN MENGGUNAKAN FACEBOOK ATAU TWITTER SAJA DI BLOG KAMI. Mudah saja !


-Untuk mengelakkan kesesakan trafik ,anda cuma perlu KOMEN untuk AYAT Dialog sahaja! Selain dari itu pihak kami akan padam

-PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN JUMLAH LIKE TERTINGGI (250 like minimum) DALAM KOMEN YANG DIBERI ....Jika komen atau ayat dialoq yang anda taip dapat LIKE 251 keatas.  maka anda layak sebagai pemenang dan berpeluang memenangi RM50.

-ISU BIASA, Agak susah nak dapat 250 like? Mudah saja, cuma perlu rajin sikit dan tak sampai 5 minit pun anda boleh lakukan, lagipun kena usaha sikit saja nak dapat RM50 kan kan kan hahaha. 

Pertamanya anda boleh Share link kami ini  pada wall anda yang membolehkan rakan rakan anda sertai pertandingan ini (Ajak mereka bersama) 

Kedua, Anda boleh Share di KONTI JomgelakFm kami, kerana disini KAMI ADA 100K Ahli, senang sangat nak dapat 250 like jika Ayat anda tu menarik 



DAH FAHAM KAN, Jom Sertainya ......dengan rujuk gambar dibawah.


-TAJUK- Suasana di pusat Bowling bukan dipusat bandar atau pusat perut


Contoh Dialog yang kami sediakan, UBAH DIALOG IKUT KREATIVI ANDA



Photobucket

Email kami untuk pertanyaan- Anitahubpages@gmail.com

Nak Tahu...

Ahad, 24 Jun 2012

Tips Rahsia untuk Blogger terbongkar


Kadang kala kita memerlukan code atau bahasa melayu modenya dipanggil Koding untuk mencantikkan  atau membuat penambahbaikkan pada blog masing masing. Masalah timbul apabila ada Tutorial yang "tidak seberapa real" nak berkongsi Koding tersebut, walaupun anda sudah memakai baju kod dan berada diatas kod badminton pun TETAPI MASIH tidak berjaya untuk menyalin(Copy&Paste) Koding yang mereka kongsikan pada blog atau lama web masing masing. Antara SEBAB UTAMA ANDA TIDAK BOLEH SALIN (copy) adalah kerana MEREKA DISABLEKAN "klik kanan Mouse",kita tidak boleh salahkan mereka, sebab itu HAK MEREKA tetapi peliknya KENAPA NAK KONGSI koding tersebut sedangkan kita tidak dapat menggunakannya..Tak BAIK lah buat macam tu ! 
TAK APALAH ! Jangan dimarah dan kita HUSNUZON saja  pada niat  mereka ,gunakan saja TIPS INI untuk menyelesaikan masalahnya......

Untuk menyalin atau mengCOPY Koding tersebut -Ikuti langkah dibawah tanpa perlu anda melangkah kemana mana 

- Tandakan koding yang anda mahu salin macam biasa 

- Tekan kekunci keybord  CTRL + C serentak. 

- Buka Notepad dan PASTE kan coding tersebut.

- Klik menu EDIT dalam Notepad dan SELECT ALL 

- Selepas itu salinlah macam biasa koding yang anda mahu tadi 

"Membantu biar Ikhlas" 


Photobucket

Nak Tahu...

Sabtu, 23 Jun 2012

ETIKA POSTING BERGAMBAR JOMGELAKFM



Etika Posting Bergambar JomGELAK.FM
JomGELAK.FM amat mementingkan nilai kesopanan dan kesusilaan dalam setiap imej yang dimuat naik dan dipaparkan dalam setiap posting. Oleh kerana setiap fail imej adalah pelbagai dan beragam maka pihak Admin(JomGELAK.FM) hanya membenarkan penggunaan imej-imej yang mempunyai norma-norma kesopanan dan tidak mendatangkan sensitiviti yang melampau kepada agama, masyarakat, budaya serta fahaman sosio dan politik.

Bagi merealisasikan hasrat JomGELAK.FM supaya seiring dengan etika keterbukaan bermoral dalam bidang penyampaiannya, beberapa ketetapan telah dibuat sebelumnya berkaitan pemilihan imej /fail yang baik dan berhemah mengikut nilai moral dan ketatasusilaan.



PESANAN - VIP JOMGELAKFM - Awang Prima 
https://www.facebook.com/awang.syndicate
Nak Tahu...

Jumaat, 22 Jun 2012

Awas Bahaya - KERANAMU CERMIN

Tak payah ditunjukkan rupa bentuknya,semua kenal dan tahu CERMIN kan? Kecualilah YASMIN mungkin ada yang tidak kenal hahaha. 

Kita pergi kepada Fakta dulu.

" CERMIN MATA tidak boleh digunakan untuk merakamkan rupa bentuk diri  kita bagi membolehkan kita bersolek mahupun bergaya depan cermin, tetapi cermin mata dapat mencantikkan solekan wajah dan dapat membuatkan kita bergaya"
  

FAKTA SEJARAH 

" Ada sorang Pakcik bercerita, pada zaman dahulukala tak tahulah pakcik ni tipu ke tidak, sebab Pakcik ni dapat cerita ni pun dari Pakcik dia juga hahaha Katanya,  Cermin digunakan oleh kapal kapal Perang Cina untuk menakutkan musuh dengan BERLAGAK seolah olah ASKAR MEREKA RAMAI gilerrr miahahaha"

TIPS 

- UNTUK MENCANTIKAN DAN MENGILATKAN CERMIN MATA, kita boleh gunakan minyak rambut tak kisahlah jenama apa asalkan jangan minyak masak atau minyak  kereta!. 

- UNTUK CERMIN kereta atau cermin rumah- Selalunya orang menggunakan kertas surat kabar untuk mengilat atau membersihkan cermin, cuma jarang jarang sekali orang menggunakan surat cinta,surat saman untuk membersihkan cermin hahahaha.

Tetapi TERDAPAT SATU teknik yang dapat menjadikan cermin berkilat dan tidak mudah berabuk iaitu dengan mencampurkan sedikit cuka pada air yang hendak digunakan untuk membersihkannya, JANGAN GUNAKAN KAIN YANG BERBULU kerana ini lebih menyukarkan   proses pengkilatan cermin kita. 

Untuk pengguna yang terperangkap dalam hujan dan KEBETULAN air-cond kereta pula SUDAH PENCEN  dari menjalankan tugas, kamu boleh gunakan Minyak rambut atau shampoo untuk mengelakkan kabut atau JEREBU secara semulajadi dalam kereta miahahaha!

 JIKA KAMU BOSAN, bolehlah "kenakan" seseorang terutama Tokey kedai Aksesori kereta dengan menggunakan AYAT INI 

"Tokey, kasi tintet cermin mata saya ni boleh? Tak pun ...."Tintet cermin sisi motor ni yang dapat menghalang sinar U/V .......Selepas keluarkan dialog itu, larilah selaju yang mungkin hahahahaha

ZAMAN SEMAKIN CANGGIH ....Mungkin info dibawah ni berguna untuk gadis gadis (Tiada lagi lelaki kena INTAI kalau ada pun jarang atau KAD dang Kad dang )  Aktiviti SKODENG atau intai  dan rakam banyak berlaku terutama dalam tandas Awam kecuali Bas Awam atau diatas awan. Cermin DUA ALAM biasanya akan digunakan untuk menjalankan TEBIAT nakal ini, Tips untuk KITA ELAK kan berlakunya kamu boleh lakukan begini.

1. sentuhkan  jari telunjuk anda di permukaan cermin yang ada didepanmu.
2. Amati hujung kuku jari anda dengan bayangan yang dihasilkan oleh cermin tersebut.
3. Apakah hujung kuku jari anda dengan bayangannya terdapat gap/jarak beberapa milimeter atau malah saling rapat atara satu sama lain.
4. Jika hujung kuku jari anda dengan bayangannya dipisahkan jarak beberapa millimeter (Bergantung ketebalan kacanya) bererti itu adalah cermin biasa.
5. Jika hujung kuku jari anda dengan bayangannya saling rapat antara satu sama lain bererti itu adalah cermin  pandang tembus, sebaiknya anda segera tinggalkan ruangan tersebut untuk mengelak dari mata-mata yang mengintai  anda.
Di bawah ini saya kasih contoh perbezaan cermin biasa dengan cermin pandang tembus :



Nak Tahu...

Rabu, 20 Jun 2012

Fakta bila jadi AUTA tajaan EURO2012


Fakta bila dijadikan auta beginilah jadinya.

- Perut mengeluarkan asam korosif: Dalam perut manusia ada satu jenis cairan berbahaya yang terdapat di dalam lambung. Sel dalam perut dapat mensekresikan asam klorida, yaitu senyawa korosif yang juga digunakan untuk merawat logam dalam dunia industri. Asam ini sangat kuat, tetapi lapisan mukosa dinding lambung menjaga cairan beracun ini aman dalam sistem pencernaan. Ini Fakta yang tepat terdapat juga fakta mengarut iaitu dalam tubuh kita JUGA  ada ASAM BOI ,ASAM KEPING miahaha

- Tahukah anda? Kalau xtahu.. Ni nak bagi tahu..
'IKAN EMAS AKHIRNYA BERTUKAR WARNA PUTIH JIKA DILETAKKAN DI DALAM BILIK YG GELAP' Tetapi orang yang bernama MAS tidak akan bertukar warna walau dimana dia berada melainkan dia memegang watak GABAN! 


-Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya, Tapi walaubagaimanapun org yg kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar..manakala TENGGILING tidak pernah kena tempeleng mahupun berniat nak makan lempang!


-Menghantuk kepala anda kedinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam... tetapi jika kita membakar LORI tanpa sebab kita mungkin akan dihantukkan kepala ke dinding oleh polis atau tuan punya lori ITU!


"Katak kalau dieja secara terbalik namanya tetap juga berbunyi KATAK, tetapi kalau katak tu kita terbalikkan belum tentu katak tu dapat berbunyi... SILA BERI PENDAPAT ANDA yang ini? "


USAHASAMA Editor JOMGELAK






Nak Tahu...

Jumaat, 15 Jun 2012

Naikkan trafik blog

APA? NAK TINGKATKAN TRAFIK BLOG? Nak tingkatkan tingkap rumah pun boleh! Hahaha. Berikut dicadangkan beberapa langkah dan cara untuk menaikkan trafik blog jika kamu seorang blogger tegar dan SEGAR. 

1. JUMPA POLIS TRAFIK 
Dapatkan atau jumpa Polis Trafik lebih mulia semasa mereka sedang bertugas mengawal lalu lintas dan TANYALAH MEREKA dari dalam kereta (Supaya senang nak pecut lari) " Encik? Boleh bantu naikkan trafik blog saya tak? Miahahaha

2. PERGI BALAI TRAFIK
Melawat ke balai bali trafik yang berdekatan untuk bertanya mereka dan minta pendapat mereka ADAKAH saman yang dikenakan dapat MENINGKATKAN TRAFIK? Jika jawapan mereka Ya..kumpullah koleksi saman seramai yang mungkin hahaaha



3. CARI TRAFIK LIGHT
Cuba untuk MESRA PENGGUNA dengan mana mana trafik light yang kamu temui,jika rajin sila bersihkan tiang,lampu semoga usaha kamu ini akan dapat meningkatkan trafik blog secara mendadak dan mendada dada miahahaha.


Untuk Hiburan ...

Nak Tahu...

Selasa, 12 Jun 2012

PETUA untuk Sawan


Petua ini amat berguna jika ada dikalangan anggota keluarga kita kecuali anggota badan sendiri tiba tiba diserang sawan. AMAT MUDAH DIAMALKAN DAN SENANG DIINGATI -Semoga dapat membantu .......

Petuanya ---- SEMASA SESEORANG DISERANG SAWAN,terdapat SEHELAI RAMBUT yang berpintal seakan spring di UBUN UBUN KEPALA SI MANGSA. CABUT RAMBUT TERSEBUT SAMBIL MEMBACA -"Bismillahi masya-Allah" .

Allah jualah tempat kita memohon pertolongan! 
Selamat mencuba


Nak Tahu...

Sabtu, 2 Jun 2012

Rabu, 30 Mei 2012

TIPS- Jika Skrin LCD Laptop ROSAK


Seperti juga kerosakan Keyboard atau papan kekunci yang boleh diganti tanpa mengeluarkan belanja yang besar (RUJUK DISINI ) ,Skrin LCD laptop atau notebook juga boleh menggunakan cara yang sama.

Sebelum itu serba ringkas, punca utama kerosakan pada Skrin LCD ialah kabel (Wayar) yang tercabut akibat kekerapan kita buka dan tutup laptop dengan aksi ganas ataupun terjatuh selain kerosakan pada hardware part.

NAK TAHU Skrin LCD rosak ialah apabila kamu buka laptop tetapi tiada apa apa dipaparkan, tetapi lampu pada laptop(Hard disk) berkelip kelip menandakan ianya bergerak. ATAUPUN paparan yang dipaparkan menyakitkan mata seperti GAMBAR KABUR, Ada garisan tanpa pembaris yang muncul secara suka rela, paparan imej jadi kecil kononnya nak jimat ruang miahahahaha. 

Kos untuk baiki skin LCD dianggarkan dalam RM500 KEATAS ,TETAPI JIKA KAMU NAK JIMAT boleh ikuti langkah dibawah....

- Dah pasti Skrin LCD rosak? Bukan enjim motor atau kereta yang rosak tau! Bila dah pasti kamu dapatkan sebiji Monitor lama samada yang menggunakan kabel VGA atau USB seperti gambar dibawah. 

-SAMBUNGKAN KABEL POWER CODE (rujuk Gambar) ke monitor dan plug(bukan plug motor tau)

SAMBUNGKAN KABEL DARI MONITOR ke Port VGA atau USB Laptop dan hidupkan laptop @notebook (Rujuk Gambar dibawah -).

-INILAH PORT VGA yang terdapat pada Laptop kamu(Rujuk lagi gambar dibawah) kalau tiada port ini kamu cari kabel yang dapat menggunakan fungsi USB macam contoh gambar diatas.



 Sekarang kamu dapat gunakan laptop kamu dengan MUDAH JIMAT DAN MURAH,CUMA tak lawa laaa ada sebijik monitor miahahahahaha, apapun YANG PENTING JIMAT!! 
Selamat Mencubaaa


Nak Tahu...

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.