-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-
Memaparkan catatan dengan label DRAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DRAMA. Papar semua catatan

Khamis, 18 Oktober 2012

DRAMA IKLAN - JOM SOLAT

SEBUAH kereta berhenti ditepi simpang jalan.....

"Sham....aku dah sampai kat simpang tiga yang ko cakap tu, masuk mana pula". Fauzi bertanya rakannya dalam telefon.

" Aku masih kat klinik lagi ni....orang ramai pulok ...Susah juga ni......karang aku takut ko silap masuk simpang..ok begini .....ko nampak tak Surau kat depan tu ....tunggu situ boleh"? Jawab rakannya .

" Surau Al- Raudah tu ker? Nampak ! Ok aku tunggu kat situ sajalah .....Hak hak hak..banyak betul simpang nak masuk rumah ko ni ...boleh sesat !".  Fauzi berkata sambil melihat jam tangannya..dah pukul 7.10 petang. 

" Haha....aku baru pindah rumah taman tu 2 bulan lepas , waktu macam ni memang sesak sikit orang balik kerja.....itulah yang  mampu aku beli .....ko lainlah anak orang kaya balik dari Oversea saja ayah dah belikan banglo.."   Jawab Sham pula yang menanti giliran untuk berjumpa doktor kerana anaknya tiba tiba pitam dirumah tadi. 

"Kesitu pulokkkk!! Hak hak hak..tak per tak per you uruskan hal anak you dulu..aku tunggu kat surau !' Jawab Fauzi sambil menggerakkan keretanya menuju ke arah surau Al-Raudah.

"Dah sampai mana kawan abang tu..nanti kita belilah apa apa sikit..segan pula orang datang rumah kita tak ada apa apa nak makan.." Tanya isterinya sambil memangku anaknya yang kelihatan masih lemah.. 

" Abang suruh dia tunggu kat Surau ..tak kan nak masak dalam keadaan kecemasan macam ni". Sahut Sham sambil melihat no giliran ..emmm..baru no 17..kita punya no 32..lambat lagi ni..bisiknya dalam hati..

Sementara itu.........

"Ah! Penuh pulok parking kat luar ni..dalam surau tak penuh pulak parking..' Fauzi merungut dalam hati sambil menggerakkan keretanya masuk kedalam surau.

Laungan Azan yang merdu kedegaran tanda masuknya waktu Magrib.



Fauzi masih lagi dalam kereta sambil memerhati para jemaah yang masuk ..ada yang bermotor..ada yang berjalan kaki..Fauzi hidupkan radio untuk hilangkan bosan menunggu....Ah!! Tak sedap pula hidupkan radio dalam surau ni.....Radio dimatikan oleh Fauzi....Senyap..yang kedengaran suara azan yang sudah sampai penghujungnya.  

Triba tiba suasana yang agak kecoh dengan kehadiran para jemaah tadi bertukar jadi sunyi sepi.....semua bersedia untuk sujud dan mengadap yang Esa....Fauzi masih dalam kereta....baringkan kerusi kebelakang sedikit untuk berehat....matanya hampir terlelap .....fikirannya melayang...

Ya Allahhhhhh!! 

FAUZI TERSENTAK!! TERSEDAR DARI LAMUNAN TAK KALA MENDENGAR AL-FATIHAH yang dibacakan  ...Amat merdu......amat menyentuh jiwa nya...sedih dan sebak menguasai jiwanya....matanya berair...betapa dia TERLUPA PADA YANG ESA....Tergesa-gesa Fauzi keluar dari kereta berlari menuju ke tempat Wuduk.....DIA MAHU SOLAT!!  

Photobucket
Nak Tahu...

Drama: SOLAT SELAMATKAN NYAWANYA


"PIN PIN!! " . Imran segera bunyikan hon kereta kerana lama menanti dalam kereta didepan rumah rakan niaganya. Hatinya mula resah takut lewat untuk bertemu pelanggan pukul 3 petang ini. Ikutkan hati mahu saja Imran telefon lagi sekali Fahmi rakannya itu....AH!! Sabar ..sabar... bisik hatinya yang mula panas itu.

" Sori Im...aku solat dulu nanti dah sampai sana tak sempat " Fahmi segera masuk kedalam kereta .....Imran cuma diam.....tak berani nak berbeta walaupun nak marah kerana lama menanti.. Imran sedar dia selalu tak solat. Kereta dipecut laju menuju ke destinasi....

"Fail fail termasuk geran semua you dah bawak Mie". Imran cuba mengalih tajuk untuk LARI tanggungjawabnya kepada Allah!  

"Ada ...semua ada," Jawab Fahmi ringkas sambil meneliti semua dokumen yang diperlukan.

"Itu kot rumah Haji Ali ...." Kereta mereka menghampiri rumah sederhana besar milik Haji Ali. Kelihatan Haji Ali dah sedia menanti kehadiran mereka berdua......

Perbincangan untuk urusan beli tanah bergerak mesra ....semesra Haji Ali melayan dua orang usahawan muda yang punya cita cita tinggi.

"Alhamdulillah....selesai juga semuanya, terima kasih Tuan Haji sudi berurusan dengan kami. " Fahmi tersenyum puas sambil bersalam erat dengan Haji Ali ...

" Lain lain urusan nanti kami uruskan, baki bayaran pun kami akan uruskan secepat mungkin". Imran ketawa sambil turut bersalam dengan Haji Ali tanda setuju semuanya berjalan lancar. 

"Eh! Jemputlah minum dulu...penat Mak Aji kamu masakkan tadi..." Pelawa Haji Ali mengajak mereka ke meja makan....

"Haha ..baik baik, tapi kami TAK BOLEH lama sangat ni, saya nak ke Putrajaya selepas ni..kawan dah tunggu kat sana.". Imran berkata sambil menuju ke meja makan diikuti Fahmi yang cuma tersenyum.

Seelok mereka melangkah untuk keluar rumah, Azan ASAR kedegaran!! 

"Dah masuk Asar pun....alang alang jom kita solat jemaah dulu,nanti balik tak risau dah nak uruskan lain lain urusan" .Haji Ali berkata sambil menuju ke paip di depan rumahnya......FAHMI MEMANDANG IMRAN...Tahu sangat dia perangai rakan niaganya ini yang tidak pentingkan solat..tetapi AMAT TETAPI WAKTU JIKA BERJANJI !! .... Sebab itulah Fahmi cuma diam , tunggu apa jawapan Imran.......

" Er...betul juga tuuu...". Jawab Imran ringkas, Fahmi TERSENTAK! Adakah Imran Ikhlas nak solat? atau semata mata nak menjaga hati Haji Ali...Ah!! Husnozon sajalah ..moga moga Imran benar benar berubah! Kata hati Fahmi sambil turuti langkah Imran menuju ke paip untuk mengambil air sembahyang. 

Dalam perjalanan mereka untuk balik, Fahmi dapat rasakan Imran mungkin tidak ikhlas solat tadi....matanya asyik melihat Jam ditangan .....Imran sudah lewat....Imran lewat sebab terpaksa SOLAT .....tapi Fahmi diam saja dengan gelagat Imran. 

PUTRAJAYA ........Imran sudah sampai untuk menyelesaikan urusan kerja kedua nya hari ini...... Imran segera masuk bangunan Alamanda didepannya....matanya asyik memerhatikan jam....memang lewat ni..selalunya dia akan tunggu orang....pantang sangat Imran kalau ORANG TERPAKSA TUNGGU DIA ! 

Sampai di depan pintu kedai emas milik rakannya......dua orang polis sedang berlalu keluar....Eh! bukan dua saja, tapi ramai polis dan orang ramai dalam kedai emas ini....matanya mencari rakannya....matanya ternampak salah seorang pekerja yang dikenalinya disitu. 

"Kenapa ni Mas'ah". Apa berlaku ni...." Imran mula resah dan tak sedap hati dengan situasi yang agak kalut dalam kedai ini. 

"Kedai kami kena rompak sebentar tadi....En. Rahmat cedera kena tembak ....dah dibawa ke Hospital ......". IMRAN  TERSANDAR DIDINDING SAMPAI TERDUDUK LEMAH....bukan memikirkan kedai dirompak tetapi MEMIKIRKAN ............

KERANA SOLAT LAH DIA MASIH BERNYAWA....Jika tidak mungkin Imran  juga salah seorang mangsa dalam kejadian rompakan bersenjata ini yang boleh meragut nyawanya. 

JOM SHARE sebagai PEDOMAN 

Photobucket
Nak Tahu...

Sabtu, 13 Oktober 2012

KORBAN ......Aku seksi ko peduli apa!!

" I pakai seksi ke telanjang ke you peduli apa? U pun tengok dan teringin jugak kan..Esok kalau i mati pun tak SUSAHKAN U LA..APA U RISAU DAN KECOH SANGAT!!" Marah betul Alisya pada Rashid yang cuba menegurnya. Maklumlah semasa disekolah dulu Rashid kagum dengan Alisya yang cantik dan manis bertudung ..memang Rashid menaruh hati pada Alisya tapi kerana sedar akan kemampuan diri Rashid hanya diam kan diri ......
"Janganlah marah Lisya...i kan kawan lama , apa salahnya i tegur you, lagipun dah lama kita tak jumpa ,maaflah jika kata kata i tadi buat you terasa". Rashid berlembut walaupun masih terkejut dengan perubahan Alisya sejak bekerja dibandar ni. 
"Emmm....kenapa beriya sangat nak jumpa i ni ?" . Bengang dan bengkek dengan teguran Rashid masih dirasai oleh Alisya.
" Mak u minta tolong i tengok tengok kan u, dia kirim salam ". 
" Alah! I pandailah jaga diri ... u pulak risau kan i kenapa?? Sudahlah Sid, janganlah menaruh harapan pada i, kita berkawan kampung saja....lebih dari tu TAK MUNGKIN! Jangan ingat u baik dengan mak i , i boleh terima u ". Alisya membuatkan Rashid tersentak dari lamunan ....masih keras hati gadis idamannya ini ! Dan memang tiada ruang untuk Alisya dihatinya. ...
" Eh! Kesitu pula u fikir ....jadi macam mana kerja u sekarang" Rashid cuba bertenang  menahan sedih dan pedih . 
" Cam biasa saja ....raya haji ni i balik kampung ..u jangan nak cerita kat mak i pulak i pakai macam ni.....toooooooooolong jangan sibuk......KUBUR U ..KUBUR U..KUBUR I KUBUR I...." Alisya memberikan Rashid amaran dengan wajah yang amat serius.
" Tak kanlah.....I tak pernah buat cerita buruk ..semua baik baik saja, percayalah." Pujuk Rashid walaupun sudah tersentak kali ke 2 dengan amaran Alisya,memang Rashid tiada dihati Alisya.
"Oklah..i ada janji dengan kawan ni ......jumpa lagi ". Sedih dan sayu Rashid melihat Alisya berlalu pergi sambil ditemani seseorang yang agak bergaya berkereta. Rashid juga berlalu pergi mendapatkan motor Yamaha Rxz yang baru berjaya dimilikinya ...itupun bayaran ansuran RM135 sebulan.....Rashid mula sedar dan insaf.......

Sudah hampir 2 minggu berlalu pertemuan Rashid dan Alisya... tapi Rashid masih INGAT semua kata kata Alisya padanya.....masih terngiang ngiang ditelinga nya ..

Tapi hari ini LAIN....Jiwanya resah...Hatinya tiba tiba berdebar debar ,niatnya untuk ke pasar mencari daging untuk menyambut raya korban esok dibatalkan. Segera dia memecut motornya kekampung sebelah menuju ke rumah emak Alisya.....

"Ah! Bole sesak dengan kereta pula jalan hari ni....selalu raya haji tak ramai balik kampung...."Bisik hati Rashid sambil memintas satu persatu kenderaan yang bergerak perlahan lahan mengikut lorong tengah, dia mahu cepat sampai kerumah Alisya walaupun tanpa TUJUAN APA APA ..sekadar untuk melepaskan KERESAHAN JIWANYA....
"Allah! Ada eksiden ....patutlah jalan jem".Rashid tersentak bila melihat ada kemalangan didepan nya...motornya diperlahankan dan segera memintas ke tepi ....Rashid perlahankan motornya...matanya terlihat 2 nyawa yang TERKORBAN ditutup dengan surat kabar dan kain hitam ....dia RASA.....RASHID RASAAAA...

Dirumah IBU Alisya...Rashidlah yang MEMBANTU MENGURUSKAN JENAZAH ALISYA   HINGGA KE LIANG LAHAT ... Insan yang dicintainya dalam diam..

INGATLAH!! Kita tak tahu BILA  kita akan PERGI mengadap yang ESA......Kita tak tahu DIMANA KITA akan pergi .....dan kita juga tak tahu SIAPA yang akan MENGURUSKAN JENAZAH KITA.....

Mungkin orang yang kita MARAH DAN KERANA DITEGUR DAN DINASIHATI ..ORANG YANG KITA ZALIMI DAN ANIAYA .... SERTA MUNGKIN JUGA  ORANG YANG PERNAH KITA TOHMAH! CACI ! HINA DAN MAKI itulah yang akan mengurus  JENAZAH KITA.....terutama ahli ahli politik dari kedua belah pihak KERANA
-Al Fatihah yang dia SEDEKAHKAN pada kita itu amat besar maknanya untuk kita disana..

Al-Fatihah untuk yang telah tiada....
Photobucket
Nak Tahu...

Khamis, 30 Ogos 2012

RUMAH MERDEKA -Hinanya kita disisi NABI


Renung dan cuba menungkan pada gambar dibawah,inilah RUMAH NABI BESAR KITA Muhammad S.A.W 





JADI MERDEKAKANLAH DIRI KITA JADI SEBAIK BAIK UMATNYA...... 
Photobucket
Nak Tahu...

Isnin, 13 Ogos 2012

DRAMA Rahmati Rohnya -SURAH YASIN


ALLAH MEMBERIKAN KITA PETUNJUK ....

AMRI sudah lama merantau di ibu kota dan setiap kali menjelang raya,Amri akan pastikan tiket bas dibeli awal . Cuma itu saja pengangkutan awam yang dapat menemukan Amri dengan keluarga tersayang dikampung. 
 Kini tinggal seminggu lagi menjelang raya,Amri sudah berbelanja membeli beberapa pasang pakaian untuk emak,Abah dan adik adiknya dikampung. Tetapi Amri sendiri merasakan kelainan ,tahun ni boleh dikatakan semua pakaian yang dibeli untuk ahli keluarganya  berwarna putih ,entah kenapa ...Amri tiba tiba merasakan warna putih amat cantik dan menarik pada pandangan matanya walaupun dia gemar warna hijau. Bagi baju melayu Amri sendiri pula dia memilih warna HITAM walaupun gelodak hatinya tidak menyukai warna hitam, tetapi semacam ada sesuatu yang memaksa Amri untuk menukar selera .......
Esok kemungkinan Raya, Amri sudah sedia menanti bas Express dengan segala beg yang penuh berisi pakaian baru dan lama . Tiket bas yang dibelinya 3 minggu dulu digenggam erat sambil memerhatikan orang ramai yang sudah mula berpusu pusu untuk menuju ke destinasi masing masing. 
"Nak balik  mana anak". Tiba tiba Pakcik tua menyapa Amri .
" Pasir Mas Kelantan Pakcik. " 
"Tempat orang kaya tu ,pasir pun Mas haha". Pakcik cuba buat lawak untuk menghilangkan resah menanti Bas yang masih belum tiba. 
"Hahaha,Pak cik pula" Ketawa Amri malam itu setelah sebulan dua ni jiwa dia tak tenang dan sentiasa cemas dan berdebar debar.
" Pakcik nak balik tempat penternakan Badak dalam Gua haha..Gua Badak  Lenggong Perak". Jawab Pakcik tu sambil mengeluarkan sesuatu dalam begnya. 
"Nah ! Sambil nak balik malam raya ni,kamu bacalah Yasin ni dalam bas,smoga kita SELAMAT SAMPAI ......". Pak Cik itu menyerahkan senaskah Yasin pada Amri . 
"Oh! Terima kasih Pakcik Amin!! Semoga Pakcik pun selamat sampai ". Jawab Amri sambil menyimpan surah Yasin dalam poket baju melayu yang dipakainya malam itu.Baju melayu inilah baju raya Amri tahun lepas berwarna hijau gelap. Amri memerhatikan gelagat Pakcik tadi yang terus menyapa orang ramai disitu dan menghulurkan sesuatu yang diketahuinya .SURAH YASIN!.
Dalam Bas yang dinaiki Amri, Amri melihat sekeliling para penumpang, ada yang sudah berkeluarga, ada yang sendiri dan ada juga kaum lain iaitu India yang duduk dibahagian belakang. TETAPI tidak seperti sebelumnya,suasana dalam bas itu amat mendamaikan dan sunyi sepi ,masing masing MURAH SENYUMAN tanpa perlu berkata kata untuk menyapa. Amri duduk bersebelahan dengan seorang kanak kanak yang asyik tidur sambil memeluk  erat kotak kasut. 
Perjalanan untuk pulang kekampung sudah bermula,masing masing melayan rasa BERBUNGA UNTUK PULANG BERTEMU keluarga tersayang,masing masing tak sabar nak sampai ke destinasi,masing masing membawa hati berbunga bunga .......

MALANGNYA....Allah Hu Akbar!!! 

DUMMMMMMMMMMMMM!!!!!!! Api marak dengan cepat dan memusnahkan hampir keseluruhan Bas Express . Bomba yang tiba ditempat kejadian pada pukul 2.45 pagi itu tidak mampu berbuat apa apa.....

PASIR MAS,Kelantan ..... 10 minit sebelum Azan Subuh!

"Assalamuaikum ...Mak ...buka pintu ni, Amri balik". Keheningan syahdu subuh itu menjadi ceria seketika kerana seisi keluarga menyambut kepulangan anak sulung mereka. Tangisan air mata gembira dapat dilihat pada wajah anak anak , emak dan abah. 
"Syukurlah Amri selamat pulang,dah masuk waktu ni ,mak dan abah nak solat subuh dulu...jangan makan banyak sangat dodol tu Amri,nanti tak larat nak solat ". Pesan emak pada anaknya si Amri yang asyik menikmati dodol kegemarannya..........  

Tapi HAKIKATNYA

'BEGITULAH RUTIN YANG BERLAKU PADA SETIAP SUBUH RAYA, sekeluarga cuma mampu menatap hiba, cuma mampu berkhayal yang ARWAH AMRI akan balik ke rumah dengan selamat. Beg dan beberapa bungkusan pakaian milik arwah  yang diambil dari bilik mayat setahun yang lalu masih disimpan sebagai satu KENANGAN ABADI"...... 

Hati hatilah PULANG BERAYA.........

Photobucket
Nak Tahu...

Sabtu, 11 Ogos 2012

DRAMA RAYA -RAHMATI Rohnya

IKLAN PENAJA



Lancaster London (Moneral Memories Home ) 


"Seminggu lagi kita nak raya, Sue tengok abang asyik termenung saja kenapa ya". Soal Isterinya runsing memikirkan keadaan suaminya yang lebih banyak bermenung dari merenung  sejak bermula ramadan. 
" Saya rindu pada keluarga....." Balas suami sedih sungul dan monggol.
" Sue pun rindu mereka ,DAH HAMPIR 3 tahun kita disini,mesti Abi dan Umie rindukan kita bang. " Pujuk Isteri sambil membuang taik mata dipagi buta itu lalu diselitkan pada baju suaminya,nasib baik suaminya tak prasan.
" Kita balik nak sayang?". Soal Suaminya penuh harapan.
"Sue ikut saja lagipun Sue kesian pada kedua anak kita, Mira dan Afiq yang masih belum kenal atuk dan opah mereka". Luahan si isteri sedih.
" Tak sabar rasanya nak balik Sue, dah 3 tahun kita beraya disini ,beraya dalam keadaan sedih hambar dan hampa . Petang ni juga balik dari ofis abang beli tiket bas ". Jawab suami dengan girang cemerlang dan terbilang
" Abangggg....Sempat lagi nak buat lawak, tak kan nak balik Malaysia  naik bas  cepat Express " Marah isteri dengan geram.
"Miahahaha....Ingatkan boleh ".

Tiga hari sebelum raya.

" Mama, kemas kemas ni kita nak pergi kemana". Tanya Mira anak sulung mereka sambil melayan adiknya bermain congkak dalam rumah.
" Kita nak balik Malaysia,jumpa Atuk dan Opah " Isteri menerangkan sambil melipat baju kurung dan baju melayu yang dibeli khas untuk mertuanya.
" Ha! Atuk dan Opah tu siapa Mama, kawan Papa ke?". Tanya si anak menyebabkan isteri tiba tiba sebak dan hampir terdiam.
"Bukan sayang, Atuk dan Opah tu Ayah dan  ibu yang melahirkan  Papa macam mama lahirkan kamu berdua". Isteri menerangkan dengan tenang
" AIKkkkk....Nenek dan Atuk yang kita selalu jumpa di Sarawak tu siapa pula ,tak sama ke Mama" Soal anak lagi mahukan kepastian .
" Itu Ayah dan ibu Mama sayang...cepat tolong mama kemas barang ni ".

Dua hari sebelum raya.

"Alhamdulillah sayang, pagi tadi i sempat bercakap dengan Umie ,mereka benar benar rindukan keluarga kita ,Umie tak marah lagi ,terharu campur gembira abang dengan semua ni...lama abang namtikan saat ni, abang nak mohon ampun dan maaf pada Umie dan Abi ...." Suami menangis sedih.
"Syukurlah bang.. Sue pun rindukan semua tu, memang hidup kita KOSONG selama ni ,walaupun kita ada segalanya  tapi tetap juga kosong ,kita perlukan keberkatan Abi dan Umie untuk perkahwinan kita". Isteri turut menangis secara berjemaah bersama suami .
" Itulah sayang,nasib baik En. Aman Damai Sentosa sudi uruskan segalanya disana ,walaupun dia bekas bos jahat Abang tapi dia tetap baik..rupanya Boss banyak bantu Umie tunjukkan gambar keluarga kita dalam diam diam". Suami menerangkan .
"Syukur bang, Sue pun nak minta maaf pada Abang Long ". 
" Tak sabar abang nak rasa KETUPAT RENDANG Umie, pergi solat raya pimpin tangan Abi ....benar benar tak sabar Sue".   


SEHARI SEBELUM RAYA

PENERBANGAN DARI LONDON HEATHROW TERMINAL 4 MENUJU KE  KLIA MALAYSIA 


PAGI RAYA.......

SEMOGA ROH MEREKA DIRAHMATI 


Photobucket
Nak Tahu...

Selasa, 24 Julai 2012

SEKEBUN lawak bulan puasa


SEKEBUN CINTA YANG BERBUNGA.. tengok jenis gelak 

1. Ketawa orang kaya :- Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak :- Hark hark hark
3. Ketwa kebaratan :- Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut :- Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah :- Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak :- Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen :- Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar :- Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang :- Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit :- Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut :- Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum :-
13: Ketawa Double :-
14. Sengih :-
15. Ketawa kuat :- LOL
16. Ketawa bergolek-golek :- LOLROTFL
17. Ketawakan dia :- He he he he he
18. Kekkekekekek :- ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. Ketawa jimat cermat :- ahakz
20. Ketawa tak ikhlas :- hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
21. Hampir-hampir ketawa :- heheh
22. Ketawa sambil batuk :- kui kui kui
23. Ketawa dalam mabuk :- hik hik hik
24. Ketawa ngada-ngada :- hek hek hek
25. Ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring :- wakakakkakaka
26. Ketawa sindir :- eh heh
27. Ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal) :- huargh huargh huargh!!
28. Ketawa sengih - ngee ngee ngee
29. Ketawa sambil lewa :- kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh
30. ketawa perli :- ahe ahe ahe ahe....


Dari kebun Mak Piah. 

Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam adalah yang paling hebat! Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah Negro Sejati! Ada 3 orang budak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapa mereka.

Budak 1 : " Bapak aku kelmarin sedang mengupas epal, tangannya terluka, DARAH nya HITAM!!!!...

Budak 2 : " Ayah aku semalam sedang betulkan antena, dia terjatuh sampai patah tulang, TULANG nya HITAM !!!"

Budak 3, tak mahu mengalah : "Hm.. itu belum seberapa, malam tadi waktu kami sedang menonton TV diruang keluarga, tiba-tiba bapak aku KENTUT, tiba tiba seluruh ruangan tu jadi GELAP !!!!!!" ekekekekkeke 


Budak 4:'bapak aku lagi terror..nama dia HITAM BIN LEGAM...seumur hidup dia memang hitam..ape cite...


Budak 5:bapak aku terpaling la sbb dia blacklist.....hehehe


BELAKANG KEBUN Mak Cik Jenah


Situasi: kedai runcit kampung...

Ada seorang budak mahu beli gula.
Budak : Auntie!! ada gula kah?¿
Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam sama belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari
rak yang bertulis Garam..) ..
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu
semut tidak nampak..!




Photobucket

Nak Tahu...

Selasa, 10 Julai 2012

SENAMAN facebook? Ko aderr?

JOMGELAKFM FANPAGE
 PERNAH KAH ANDA BERJUMPA DGN PAPAN TANDA DIATAS?????? SIGN NI BERMAKNA..." DILARANG KENTUT BERIRAMA DI KAWASAN INI " BUKAN BERENANG AJER YG ADA BERIRAMA .... WAKAKAKAKAKAKA ..FOR MORE FUNNY PICS, TERUSKAN BERSAMA FANPAGE KAMI.....TQVM ( DJKOMENTOR) .


TIPS UNTUK yang BERGIGI 


GIGI KUNING DAN BERKARAT? EEEE.. JGN RISO ATAU GUNDAH-GULANA DAN BERKELANA LAGI, KINI SAYA DAH BERJAYA MENCIPTA CARA2 BAGAIMANA HENDAK MEMUTIHKAN GIGI... Cer bace..


(6) asyik guna ubat gigi je.. Apa kat kita tukor kapur kasut..
(5) biasanya kita selalu berkumur dgn bhn pengkumur mulut tapi kalo nak kesan yg lebih cepat, kita try kumur dgn clorox ke..
(4) kita juga boleh try memutihkan gigi dgn cara mengecat. Tapi dinasihatkan jgn menggunakan cat air..
(3) liquid paper jugak boleh digunakan utk memutihkan gigi spt kita tahu ia boleh memadamkan kesan hitam atau kotoran pada kertas.
(2) chewing gum selain sedap dikunyah, ia bole gak ditepek kat gigi kita yg berkarat tu... 
(1) kalo payah sgt, cabut je semua gigi kita... Bior xde gigi.. Xyah nak pikir caner nak putih... Kan kan kan??

(EDITOR Nur) 
SENAMAN INTERNET UNTUK YANG PENTINGKAN KESIHATAN SEMASA ONLINE


JAWATAN KOSONG mari mari mari 
Photobucket


Nak Tahu...

Selasa, 26 Jun 2012

Sketsa hiburan bernasi


SKETSA 1.
Suatu hari, seorg makcik menyewakan salah satu biliknya utk seorg pemuda penyelidik yg hendak membuat kajian kat kampungnya.. Nama glamer pemuda itu Toman (bukan Tomok ye) Toman yg dah bersetuju itu pun menyewa la bilik makcik tu.. Satu mlm, ketika Toman nak mandi.. (maklum le bilik air kampung) dah tu dia tu hensem pulok... Makcik tu pun 'semacam' jer tgk si Toman tu... Makcik ni pun berhasrat nak pegi ngendap si Toman ni mandi.. Makcik ni kantoi sekali oleh Toman... Kali kedua pun kantoi.. Nak juga dia ngendap kali ketiga.. Toman pun naik bengang dan bagi last warning yg terakhir kat makcik tu... 'Makcik! Kalau makcik ngendap saya sekali lagi... Saya rogol makcik!!' kata Toman dgn amarahnya...

Kemudian, makcik tu pun keluarkan jari kelingkingnya dan dgn senyuman yg paling manis dia berkata 'JANJI TAU!'...

Adolaaaaa miahahaha!

SEKSA 2

Seorg lelaki telah pergi kesebuah kedai kek utk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya.. 'Apa yg hendak ditulis pd kek ini encik?' tnya sigadis manis yg bertugas di kaunter kpd lelaki itu.. 'mmmm, tulis 'Sayang tidak bertambah tua' dibahagian atas, kemudian sambung dgn 'Sayang cuma bertambah cantik' dibahagian bawah'.. Kata lelaki itu dgn penuh tamakninah... Esoknya lelaki itu dtg utk mengambil kek yg ditempahnya dan terus membawa pulang kerumah utk dipersembahkan kpd isterinya yg tersayang di hadapan tetamu2 yg lain... Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yg lain.. Lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yg tertera di atas kek itu: ''SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DIBAHAGIAN ATAS... SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH...'' miahahahaha!! Toink toink!...

SEKSA 3

STRESS!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikan seorg gadis cantik di tengah jalan.Tiba tiba gadis itu pengsan di dalam teksinya dan segera membawa gadis itu ke hospital.
Pak Mat sedikit stress!
Sampai di hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah pada Pak Mat namun Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah kepada bayi itu.Tetapi gadis berkenaan bermati matian mendakwa bahawa Pak Mat la ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah stress!!
Pak Mat di minta test DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau pun bukan dan Pak Mat di tahan sementara menunggu hasil ujiannya.
Pak Mat semakin stress!!!
Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir.Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.Ketika dalam perjalanan pulang dia memikirkan 3 anaknya di rumah.SIAPA BAPA KEPADA 3 ANAKNYA ITU?"
SEKARANG PAK MAT BENAR BENAR STRESSSSS!!!!!!!!!

Adekah anda pun turut stress?miahahahahahaaa

SEKSA 4

‎'SEPASANG KEKASIH SEDANG BERSIAR SIAR DENGAN MENUNGGANG MOTOSIKAL'

PAKWE :"SAYANG...PEGANG KUAT KUAT NANTI JATUH!"(berkata dgn nada seyes lagi prihatin)

MAKWE :"KENAPA? U TAKUT KAN KEHILANGAN I"(menjawab dgn muka bangganye)

PAKWE :"BUKAN SEBAB TU LAH SAYANG..."

MAKWE :"ABES TU APE?"(muka dah cuak gilerr)

PAKWE :"KALAU U JATUH....I TAK NAK DI TUDUH BUANG SAMPAH SEMBARANGAN LAGI!"

MAKWE :"GRRRRRRRRR...!!!!" 

Nurkilan- VIP Shanim 


SERAM punya Seksi ah! Sketsalah haha


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca
budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum
ini....

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih
besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat
bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang
sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba
-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya
meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung
sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya
berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya
beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang
kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya
apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain
dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat
dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)



Nurkilan - VIP Azura


FAKTA 


Tahukah anda???
Anai2 terangsang dgn muzik. Jika anda memasang muzik, anai2 akan memakan rumah anda 2 kalu lebih pantas.. tetapi apa akan jadi kalau MUZIK pula teransang pada Anai anai miahahaha



Photobucket
Nak Tahu...

Isnin, 25 Jun 2012

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI


Sertai pertandingan kami dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50 (Walaupun kecil tapi kalau anda sengaja minta dekat orang mesti susah nak dapat kan!).

Syarat Utama.

-MESTI TAHU MEMBACA DAN MENULIS miahahaha.

- Mesti LIKE FANPAGE kami  Klik Sini

- MESTI "Share" Link pertandingan ini pada wall anda -Tak susah Klik SHARE Button saja. 

Tak susahkan syaratnya,cuma kena usaha sikit saja,iyalah bukan mudah nak dapat RM50 dan kami pun memerlukan kerjasama anda, Anda tolong kami kami tolong anda ,adil kan?


Maklumat pertandingan 

- PERTANDINGAN INI BERMULA SEKARANG DAN AKAN TAMAT PADA : 28Jun 2012 (12malem)

-SILA ISIKAN DIALOQ @ ayat Menarik tentang gambar yang dicadangkan dibawah dengan merujuk pada suasana atau tajuk gambar diberi.

-ANDA PERLU KOMEN dan  SERTAI PERTANDINGAN INI MELALUI BLOG KAMI  bukan di laman sosial lain seperti Facebook @ Twitter . Kami akan pilih pemenang melalui Blog JomgelakFM sahaja.  JANGAN RISAU ANDA JUGA BOLEH TERUS KOMEN MENGGUNAKAN FACEBOOK ATAU TWITTER SAJA DI BLOG KAMI. Mudah saja !


-Untuk mengelakkan kesesakan trafik ,anda cuma perlu KOMEN untuk AYAT Dialog sahaja! Selain dari itu pihak kami akan padam

-PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN JUMLAH LIKE TERTINGGI (250 like minimum) DALAM KOMEN YANG DIBERI ....Jika komen atau ayat dialoq yang anda taip dapat LIKE 251 keatas.  maka anda layak sebagai pemenang dan berpeluang memenangi RM50.

-ISU BIASA, Agak susah nak dapat 250 like? Mudah saja, cuma perlu rajin sikit dan tak sampai 5 minit pun anda boleh lakukan, lagipun kena usaha sikit saja nak dapat RM50 kan kan kan hahaha. 

Pertamanya anda boleh Share link kami ini  pada wall anda yang membolehkan rakan rakan anda sertai pertandingan ini (Ajak mereka bersama) 

Kedua, Anda boleh Share di KONTI JomgelakFm kami, kerana disini KAMI ADA 100K Ahli, senang sangat nak dapat 250 like jika Ayat anda tu menarik 



DAH FAHAM KAN, Jom Sertainya ......dengan rujuk gambar dibawah.


-TAJUK- Suasana di pusat Bowling bukan dipusat bandar atau pusat perut


Contoh Dialog yang kami sediakan, UBAH DIALOG IKUT KREATIVI ANDA



Photobucket

Email kami untuk pertanyaan- Anitahubpages@gmail.com

Nak Tahu...

SKETSA KANTOI 3 dalam 1



Sketsa 1. 
Pak Muis ialah seorang (bukan duaorang) Ketua Kampung yang suka menternak burung dan menyapu halaman rumah. Setiap hari sebelum beliau melawat kampung, mesti Pak Muis akan bermain main dengan burung kesayangannya untuk mendapatkan KETENANGAN MINDA terutama dengan seekor burung kesayangan Pak Muis ialah - "Jiblato" iaitu sejenis burung Tekukur yang asalnya dari kukur kelapa miahaha. Nak dibuat cerita satu pagi Jiblato hilang ,yang tinggal cuma kukur kelapa dengan sebijik kelapa sahaja. Pak Muis amat sedih dan mula syak wasangka mesti Jiblato telah dicuri orang dan Pak Muis amat yakin Jiblato memang dicuri orang mustahil BUAYA yang mencuri burungnya. 
Puas mencari disegenap pelusuk dan rusuk kampung,tak juga Pak Muis jumpa burungnya, Seminggu selepas itu satu Mes surat Tergempar  diadakan didewan orang ramai kerana Pak Muis mahu memberi Duit RM500 kepada sesiapa yang berjaya dapatkan burung kesayanganya .
Maka kerkatalah Pak Muis kepada penduduk kampungnya - "Tuan puan, burung kesayangan aku telah hilang pagi semalam ,jika siapa pernah lihat burung aku sila berdiri".
TIDAK SEMENA MENA MAKA BANGUNLAH ISTERI Pak Muis dan Cik Kiah Bondon serentak sambil tunduk maluuu ! Miahahahaha, KANTOI PAk MUIS kali niiiiiiiii 

Sketsa 2.

Pada suatu pagi yg indah, bertanya si isteri pd si suami, ''Abang cuba u tgk jiran kita si Sam tu yg baru pindah?'' ''kenapa lak?'' suami bertanya.. ''yelah saya tgk tetiap pagi sebelum pergi kerja dia akan cium isterinya... Bila balik kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar.. Loving kapel betullah mereka.. Kenapa u tak buat cenggitu?'' dengan selamba gadak si suami berkata.. ''Nak mampus...! Mana I kenal isteri dia?'' 
ehh! Pulok!! Ahaks!

Sketsa 3.

Suatu hari sdg Rmanz dan Zura (bukan nama samaran) minum teh dan milo es tabo serta roti canai berperisa kuehteow tomyam kegemaran mereka digerai Mamak Hasan Rani yg biasa dikunjunginya, tiba2 mamak gerai tersebut bersorak gumbira dan terus dtg kpd mereka.. 'apa yg kamu suka sgt ni mamak?' Tnya Rmanz.. 'saya bini juga sura yindia mari' kata mamak yg bernama krish khan.. Erk... 'apa dia ckp? Tentu gud news..' Zura plak tetiba menyampok.. 'Dlm dia punya surat ada shakap sudah beranak.. New baby! Ayo.. Saya byk shuka hati la... Saya belanja awak free minum jugak!' dgn tersengih2 badak sebab dpt mkn free haritu, Rmanz mengucapkan tahniah kdp mamak itu.. 'Ini kena balik India cepat ni' mamak tu dgn riang ria mcm Astro Ria menjawab.. 'ya la, saya sudah 3 tahun tara balik juga'... Rmanz dan Zura terkejut beruk.. Beruk pon tak terkejut cenggitu... 'Lerrrrr..?? Kalau 3 taun tarak balik itu anak sape juga???? Adeh...'
miahahahaha! Toink toink!

FAKTA MENARIK

-Tahukah anda??
Cengkadak hanya mempunyai satu telinga?Tetapi cucur badak memang tiada telinga miahahaha.

- Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya, Tapi walaubagaimanapun org yg kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar..dan YAKINLAH BAHAWA TENGGILING TIDAK PERNAH KENA TEMPELENG MAHUPUN MAKAN LEMPENG miahaha

By- Editor Nur 


Photobucket
Nak Tahu...

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.