-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-
Memaparkan catatan dengan label JOMGELAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JOMGELAK. Papar semua catatan

Isnin, 10 September 2012

PENTING : TIPS JIKA INTERNET PUTUS

RUJUK pada gambar dan lihat keterangannya, kerana setiap kali INTERNET PUTUS atau line hilang ......BUKTI ini tidak dapat dinafikan kewujudannya.

Masalah utama pengguna Internet ialah BILA line internet kita tiba tiba PUTUS atau hilang walaupun setiap BULAN KITA BAYAR BIL TAK PERNAH KURANG (ayat perli ni haha) Sesekali rasa geram juga bila masalah ini berlaku, tapi BILA DAH BERKALI KALI DAN MAKIN KERAP BERLAKU GANGGUAN INTERNET NI, bukan lagi geram ,rasa nak HENTAM SAJA!!! 
DISINI ADA BEBERAPA PETUA ATAU TIPS YANG ANDA BOLEH GUNAKAN DAN ELAKKAN ANDA MEMBUANG MASA MENANTI DAN MENANTI LINE INTERNET ...... 

 DUA GAMBAR DIATAS  MENUNJUKKAN LINE INTERNET KITA DAPAT BEROPERASI DENGAN BAIK WALAUPUN MUNGKIN LEMBAB

GAMBAR INI PULA MEMBUKTIKAN LINE INTERNET KITA SEDANG PUTUS, JIKA KELUAR ARAHAN SEPERTI NI,MATIKAN SAJA LINE DAN RESET SEMULA MODEM ATAU BROADBAND ANDA 
UNTUK MEMASTIKAN INTERNET KITA SENTIASA STABIL , ANDA TAIP PADA RUN SEPERTI AYAT DIATAS, DAN RUJUK KEPADA ENJIN PENCARI YANG ANDA GUNAKAN, JIKA ANDA GUNAKAN YAHOO, TUKAR SAJA GOOGLE.COM KEPADA YAHOO.COM BIARKAN ARAHAN INI BERGERAK JANGAN DIBUANG dan TERUSKAN LAYARI INTERNET SAMBIL SENYUM haha 

INI ADALAH CONTOH PAPARAN YANG ANDA DAPAT SLEPAS BUAT PING SEPERTI NASIHAT TADI JIKA PAPARAN ANDA SEPERTI INI, MAKNYA INTERNET ANDA STABIL DAN OK.

INI PULA PAPARAN JIKA INTERNET ANDA BERMASALAH, NOTIS INI MERUJUK KEPADA LINE ANDA TELAH HILANG ,JADI SILA RESET MODEM OR BROADBAND ANDA.

INI PULA NOTIS YANG ANDA DAPAT BILA LINE KITA TERLALU SESAK ATAU SIBUK,WAKTU ARAHAN INI DIPAPARKAN ANDA AKAN RASA LEMBABNYA INTERNET ANDA,TETAPI MASIH BOLH DIGUNAKAN ....CUMA KENA BERSABAR hahaha


TIPS - Mungkin ada pengguna yang BERTANYA -MACAM MANA NAK RESET MODEM OR BROADBAND ? Ok ada 2 cara

Untuk pengguna Streamyx -PASTILAH MENGGUNAKAN MODEM tapi ada juga yang panggil Broadband tapi istilah MODEM saya gunakan supaya pengguna lebih faham. Tak kisahlah Modem yang anda gunakan itu WIFI atau tidak ,caranya sama 
 CARA MUDAH DAN CEPAT NAK RESIT IALAH PUTUSKAN LINE- Maksudnya anda cabut wayar telefon dalam 60 saat atau lebih dan sambungkan semula. 

UNTUK PENGGUNA BROADBAND PULA SAMADA CELCOM ATAU MAXIS - Matikan atau UNPLUG SAJA BROADBAND ANDA DARI KOMPUTER ---Dah cabut dari komputer dan pasangkan semula (Anggaran masa 60 saat atau lebih ) 

KEDUA CARA DIATAS DAPAT MENJIMATKAN MASA ANDA MENANTI DAN KEMUNGKINAN ANDA AKAN DAPAT IP  YANG LAIN UNTUK CEPATKAN PERGERAKAN INTERNET ANDA. 
Contohnya TADI ANDA MENGGUNAKAN IP 74.132.144.132 - jadi bila ip ni dah sesak maka  LINE ANDA AKAN PUTUS , jadi anda perlu gunakan no IP yang lain, tak faham lagi? Anda nak pergi KL ikut SENAWANG tapi lebuhraya PLUS jalannya sesak,jadi anda gunalah lebuhraya LEKAS ...maksaudnya pergi tempat yang sama cuma jalannya lain ............

Photobucket
Nak Tahu...

Jumaat, 17 Ogos 2012

KISAH NABI DAN KUCING


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT tahu yang Nabi MUHAMMAD SAW  kita suka AKAN KUCING,tetapi tak ramai yang tahu kisah nabi dengan kucing. Disini diceritakan serba ringkas HUBUNGAN NABI dengan kucing .

NABI MEMPUNYAI SEEKOR KUCING YANG DIBERI NAMA MUEEZA,DIRIWAYATKAN OLEH KERANA TERLALU SAYANGKAN KUCINGNYA, PADA SATU SAAT NABI SANGGUP GUNTING LENGAN JUBAHNYA KERANA MUEEZA SEDANG LENA TIDUR , bila Nabi pulang  kerumah ,Mueeza tunduk dan sujud pada Nabi dan sebagai balasan,nabi mengusap lembut  badan Mueeza sebanyak 3 kali.

Setiap kali menerima tetamu pula,Nabi selalu meletakkan Mueeza diatas ribanya dengan kasih sayang. Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing sebagaimana kita sayang keluarga kita sendiri. Manakala hukuman berat iaitu seksaan neraka  pada mereka yang zalim pada kucing seperti yang diriwayatkan oleh dalam Hadis Sahih AL Bukhari. 

MUEEZA MEMPUNYAI KELEBIHAN,setiap kali laungan AZAN ,Mueeza akan mengiaw -giaw seakan mengikut laungan azan tersebut. Hebatkan kucing Nabi. 

Aisyah Binti Abu Bakar As Siddiq  isteri Nabi juga sayangkan kucing, malah salah seorang sahabat nabi yang juga seorang ahli Hadis iaitu Abdulrahman bin Sakhir Al Azli diberi gelaran ABU HURAIRAH (BAPA KUCING JANTAN) kerana kegemarannya merawat dan memelihara kucing jantan dirumahnya. 

SAYANGILAH KUCING walaupun kita tidak pernah sampai ke KUCHING SARAWAK hahhahaha. 
Photobucket
Nak Tahu...

Solat Tarawih paling laju

SOLAT SUNAT TARAWIH cuma ada dibulan Ramadan dan ianya cuma sekali dalam setahun,tetapi sangat jarang yang mampu berjemaah bersama. Lebih lebih lagi bila ada PAK IMAM yang sudah agak berumur......bacaannya lemah lembut dan penuh tertib,maka KURANGLAH SAF dibelakangnya.......TETAPI APA PULA JIKA Pak Imamnya LAJU MACAM DALAM VIDEO NI .....Sempot dibuatnya !!

APAPUN AMBIL YANG BAIK dari paparan ini -



Photobucket
Nak Tahu...

Sabtu, 11 Ogos 2012

DIRAKAM PEROMPAK bawah umur

Adakah kita selamat ? Apakah polis tidak cukup ? Adakah kita hanya melihat dan membiar ? Renung kan,jangan pula DIMENUNGKAN atau diterungkan,bila masak kita makan dan selepas makan kita LUPA pada Terung yang kita makan.


Photobucket
Nak Tahu...

Khamis, 9 Ogos 2012

TERBUKTI! PUASA PUN DAPAT PINGAT EMAS


Hari tu kecoh dalam negara kita yang ada ulama yang mengatakan DIBOLEHKAN tidak berpuasa pada atlet negara kita, sedangkan banyak kelebihan dan kebaikan puasa ni yang kadang kala kita TERLUPA atau buat buat tak nampak. Ini bukan bermakna penulis nak melawan pendapat ulama, tetapi ADA KEMANISAN PUASA  seperti kisah dibawah.

Atlet Britain yang sebenarnya berasal dari Somalia iaitu MOHAMMAD FARAH atau lebih dikenali Mo Farah telah memenangi pingat EMAS dalam acara 10,000 meter dalam temasya Olimpik London baru baru ini. Beliau berkata "SEPANJANG RAMADAN NI SAYA TETAP BERPUASA WALAUPUN ianya menyulitkan bagi seorang olahragawan seperti saya. " 

NAMPAKNYA Mo Farah tidak pula CEDERA PARAH akibat berpuasa dan berjaya pula memang pingat EMAS...Allah itu maha bijaksana untuk kita nilaikan 

Photobucket
Nak Tahu...

Selasa, 17 Julai 2012

CARA LETAK RSS GRAFFITI dalam Facebook

RSS Graffiti adalah aplikasi yang membolehkan posting blog muncul secara automatik dalam wall FB anda ,dengan cara ini KITA DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT secara terus menerus, jangan risau ianya tidak menyebabkan komputer anda rosak miahahaha. Jom kita kongsi ilmu sama sama

IKUTI LANGKAH DIBAWAH YANG BERGAMBAR


KEDUA KLIK  LINK INI DAN RUJUK GAMBAR DIBERI UNTUK MEMUDAHKAN ANDA

KLIK PADA GO TO APP 
KLIK PADA ALLOW
KLIK PADA ADD NEW PUBLISHING PLAN

ISIKAN NAMA YANG HENDAK DIGUNAKAN-Jomgelakfm sebagai contoh, selepas tu klik pada CREATE PUBLISHING PLAN

KLIK PADA BAHAGIAN SOURCES -ADD NEW

COPY PASTE DIBAWAH NI DAN MASUKKAN PADA KOTAK KOSONG DIATAS
http://jomgelakla.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss
Dah siap klik add source
PADA BAHAGIAN SOURCE NAME OVERRIDE COPY PASTE INI
JOM KONGSI ILMU
PADA BAHAGIAN source URL override COPY PASTE INI
http://jomgelakla.blogspot.com/

KLIK PULA PADA TARGET-ADD NEW

KLIK PADA CHOOSE TARGET -Pilih ID FB anda
KLIK PADA PUBLIC ON BEHALF ON- PILIH ID FB ANDA
(jika anda ada FBFANPAGE  atau blog boleh letak sekali
KLIK SAVE untuk langkah seterusnya

AKHIR SEKALI KLIK PADA BUTTON OFF (anak panah) untuk jadikan dia ON dan aktif.
 DAH SIAP!! MIAHAHA
Photobucket
Nak Tahu...

Selasa, 10 Julai 2012

SENAMAN facebook? Ko aderr?

JOMGELAKFM FANPAGE
 PERNAH KAH ANDA BERJUMPA DGN PAPAN TANDA DIATAS?????? SIGN NI BERMAKNA..." DILARANG KENTUT BERIRAMA DI KAWASAN INI " BUKAN BERENANG AJER YG ADA BERIRAMA .... WAKAKAKAKAKAKA ..FOR MORE FUNNY PICS, TERUSKAN BERSAMA FANPAGE KAMI.....TQVM ( DJKOMENTOR) .


TIPS UNTUK yang BERGIGI 


GIGI KUNING DAN BERKARAT? EEEE.. JGN RISO ATAU GUNDAH-GULANA DAN BERKELANA LAGI, KINI SAYA DAH BERJAYA MENCIPTA CARA2 BAGAIMANA HENDAK MEMUTIHKAN GIGI... Cer bace..


(6) asyik guna ubat gigi je.. Apa kat kita tukor kapur kasut..
(5) biasanya kita selalu berkumur dgn bhn pengkumur mulut tapi kalo nak kesan yg lebih cepat, kita try kumur dgn clorox ke..
(4) kita juga boleh try memutihkan gigi dgn cara mengecat. Tapi dinasihatkan jgn menggunakan cat air..
(3) liquid paper jugak boleh digunakan utk memutihkan gigi spt kita tahu ia boleh memadamkan kesan hitam atau kotoran pada kertas.
(2) chewing gum selain sedap dikunyah, ia bole gak ditepek kat gigi kita yg berkarat tu... 
(1) kalo payah sgt, cabut je semua gigi kita... Bior xde gigi.. Xyah nak pikir caner nak putih... Kan kan kan??

(EDITOR Nur
SENAMAN INTERNET UNTUK YANG PENTINGKAN KESIHATAN SEMASA ONLINE


JAWATAN KOSONG mari mari mari 
Photobucket


Nak Tahu...

Isnin, 9 Julai 2012

ISU PANAS- Bahaya KEPAK AYAM

Dalam kemajuan teknologi terutama bidang IT dan Industri ,terselit juga KEMAJUAN TEKNOLOGI dalam Industri  pemakanan yang sedikit sebanyak menguntungkan pengeluar terutama pembekal  tetapi bakal merosakkan pengguna yang akan mudah diserang penyakit kronik.Isu ini bukan mahu menyalahkan mana mana pihak kerana benda ni terjadi tanpa kita sedari, tetapi sekadar PERINGATAN supaya kita TIDAK MUDAH MATI BEGITU SAJA hahaha.

Mungkin kita pernah beli buah-buahan yang NAMPAK BESAR,CANTIK tetapi rasanya .....hampeh!! Lebih kurang begitulah isunya. Kita berbalik pada NOTIS untuk PENGGEMAR KEPAK AYAM ataupun leher ayam(Ramai ke suka makan leher ayam?)

Begini, Untuk mempercepatkan pembesaran ayam dan memenuhi permintaan sebab dalam negara kita ni ramai yang suka makan ayam, dan rata ratanya adalah PENGGEMAR KEPAK DAN PAHA AYAM, jarang sangat kita dengar orang suka makan TAHIK AYAM kecuali pokok dan haiwan ternakan miahahahaha. 

Balik semula pada topik, UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBESARAN AYAM, STEROID AKAN DISUNTIK PADA bahagian KEPAK atau leher ayam. Kenapa di kepak dan leher bukan dikaki ayam atau disuntik pada dinding reban ayam? Hahaha. Sebabnya di Kepak dan leher lah proses pembesaran ayam dapat dijayakan dengan cepat dan mudah, sinilah kepekatan cairan steroid ujud dengan majunya. 
Diantara lelaki dan Wanita, golongan wanitalah lebih mudah mendapat penyakit seperti ketumbuhan dalam  rahim  kerana wanita mempunyai hormon yang banyak.Jadi kurang kuranglah makan kepak ayam tapi lebihkan makan KEPAK LEMBU kalau berkunjung ke KFC miahahahahahahaha.    




Photobucket

Nak Tahu...

Ahad, 8 Julai 2012

RAHSIA WINDOWS Komputer TERBONGKAR!

Layan dan fahami video ni 







Ada tak sesiapa disini tidak kenal dan tahu WINDOWS? Kalau anda menggunakan komputer selain Linux atau Apple mesti kenal Windows kan kan kan, setidaknya anda pernah lihat Windows. Dan tadi pun semasa anda hidupkan komputer mesti anda nampak Windows kan kan kan. 


Oklah secara ringkasnya- WINDOWS ialah Perisian atau aplikasi yang digunakan untuk pergerakan komputer yang dalam bahasa ITnya sistem pengendali ,tanpa Windows anda perlu ada perisian Linux atau Apple untuk membolehkan segala urusan bergerak lancar. Melalui Windowslah kita boleh melayari Internet,keselamatan komputer selain melakukan kerja kerja harian .


Itu serba sedikit tentang Windows, kita tambah sedikit lagi Windows sebenarnya banyak versi ,dimana versi pertama Windows 1.0 diikuti Windows 3.1(peningkatan edisi NT) yang agak popular era 90an sehinggalah muncul versi WINDOWS 95,98,2000 ,ME, DAN XP yang diperkenalkan pada tahun 2001 ,dari versi XP ini kita diperkenalkan dengan VISTA, WINDOWS 7 (yang mungkin anda gunakan sekarang) ,Windows 8 dan Windows Azure yang terkini.


TAHUKAH ANDA KENAPA SETIAP WINDOWS ADA VERSI versi yang sekali imbas macam drama bersiri? SALAH SATUNYA MESTILAH 


-MENINGKATKAN MUTU ketrampilan dan kecanggihan teknologi sesuai dengan peredaran zaman sebagaimana berkembangnya teknologi IT, Penyebab ini tidak boleh kita sangkal kerana selalu pembuat Windows, Microsoft mesti memastikan produk yang mereka hasilkan sentiasa sesuai dengan keperluan semasa. 


TETAPI sejak dari Windows versi XP ,Vista dan keatas ada sesuatu sebab lain yang boleh kita selongkar kerana ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER yang sedia ada telah pun lengkap dalam versi XP tetapi tetap IANYA dikemas kini sedikit demi sedikit, Contoh mudah untuk anda faham....." Kita beli kereta dan kereta itu ibarat ASAS penggunaan untuk kemudahan kita, tetapi KITA NAK CANTIKKAN LAGI KERETA kita tambah Sportrim, Tintet cermin dan sebagainya ,begitu jugalah dengan maksud ayat diatas, XP telah dilengkapkan umpama kereta tetapi akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan sedikit demi sedikit , SEBAB?? Inilah yang akan kita bongkar hahaha.


-PERTAMA - Teknologi PENIPUAN DAN PENIRUAN , tahukah kita bahawa MICROSOFT rugi berbilion ringgit setiap tahun akibat penipuan dan peniruan? Tak tahu? Oklah, berapa ramai PENGGUNA KOMPUTER DALAM NEGARA KITA MENGGUNAKAN VERSI WINDOWS yang ASli atau original atau yang ada LESEN sah?? 


TAHUKAH ANDA JUGA bahawa Microsoft telah lengkapkan sistem KESELAMATAN dalam Windows keluaran mereka untuk mengelakkan berlaku PENIRUAN DAN PENIPUAN, tetapi TETAP BERLAKU juga ,sebab? Jika kamu bijak AKAN ADA ORANG YANG LEBIH BIJAK dari kamu dan ini adalah HAKIKAT yang terpaksa ditelan PAHIT oleh Microsoft . PAKAR pakar IT yang digelar PENGGODAM akan berusaha untuk mengKLONkan setiap keluaran WINDOWS yang dikeluarkan,manakala PARA PENGGUNA mestilah mahukan benda yang PERCUMA  termasuklah kita hahaha.


Jadi sekarang anda dah faham apakah sebab utama versi Windows baru akan diperkenalkan ...Supaya MICROSOFT dan Bill Gate tidak sentiasa rugi dan ada KERJA setiap masa miahahahahahahaha. Jahat Artikel ni kan kan kan. 

Artikel ini dibuat berdasarkan pengalaman dan pengamatan dalam bidang IT selama lebih 30 tahun dan ianya adalah pandangan peribadi sekadar berkongsi Ilmu untuk semua. 
-Dukun Pasir

Photobucket
Nak Tahu...

Jumaat, 29 Jun 2012

Pabila Cemas dan Panas

Ying Lili Zira ialah seorang penternak barang kemas yang berjaya, pelbagai bentuk barang kemas dia ada,termasuk sebuah Tadika Kemas. Boleh kata  pantang ada bentuk barang yang baru dipasaran, pasti Ying Lili Zira akan mengemas baju dan duitnya untuk ke kedai Kemas dengan seberapa segera. 
Kebetulan Hajib Sewel ada mengadakan promosi barang kemas maka tanda perlu membuang masa Ying Lili Zira terus menuju ke kedai kemas tersebut dengan memakai pakaian yang kemas. Dia pun terus membelek belek barang barang kemas yang disusun kemas dalam kedai tersebut. 
Maka Terjumpalah dia satu bentuk Cincin Dulang Delima yang jika di sarung dijari  cincin itu bertukar menjadi rantai,jika disarung di leher,rantai itu bertukar menjadi cincin, memang pelik dan hebat cincin sebentuk dulung delima itu hinggakan Ying Lily terkentut kentut punya bersemangat nak membeli cincin itu. 
Dengan malu malu akibat terkentut tadi ,dia pun selamba merapati Jurujual dengan harapan jurujual itu tidak perasan Ying Lili telah melepaskan GAS nya secara sengaja dan tidak sengaja. Tanyalah Ying Lili Zira 
"DIK berapa harga cincin ni". Ying Lili Zira buat muka serius.
" Kalau tengok bentuknya saja, Puan boleh terkentut, pasti puan akan terberak kalau saya sebut harganya!" Jawab Jurujual tersebut sambil senyum senyum manjaa
  
TIPS UNTUK ANDA , Jika anda berada dalam LRT dan baru pulang bekerja dalam keadaan Penat kerana kerja banyak di ofis,dalam LRT pula penuh sesak dengan orang dan anda terpaksa berdiri ,boleh cuba teknik ini terutama Wanita ,teknik ini amat selesa dan dijamin selamat serta dapat menghilangkan Penat,cuma PENAT yang melihat miahahahahaha


FAKTA- Tahukah anda, Mouse @ Tetikus, keyboard@ Papan Kekunci BILA ROSAK, PASTINYA TIDAK DISEBABKAN OLEH VIRUS KOMPUTER DAN PERLU DIFORMAT! Ingat jangan sampai anda diperbodohkan oleh Juruteknik Komputer miahahaha. 

Photobucket


Nak Tahu...

Khamis, 28 Jun 2012

Fakta lawak PANAS EURO 2012

Macam biasa sebelum komen pasal Fakta ini, Layan Video ni yang diberi tajuk 'EH! EH! EH! EH! Nantuknyaa  tapi nak mengatun miahaha


Dimana mana semua orang bercerita tentang bola,baik yang sedang berlansung dalam lesung negara mahupun yang berlansung dalam lesung luar negara,bak kata kalau kita duduk kedai kain Mak Cik Jenap pun mesti ada pelanggan yang bercakap pasal bola lebih dari menilai kain untuk dibeli. Itulah besar pengaruh bola pada kita kan kan kan. 


Tapi pernah kah kita terfikir kenapa masa perlawanan setiap bola sepak diberi 45 minit saja tidak termasuk masa tambahan? Kenapa tidak 3 jam atau 3 tahun miahahaha. 
Kalau kita tanya Pemain pemain bola itu sendiri pun pasti mereka tidak tahu,itu belum lagi kita bertanya pada pemandu bas, penternak itik,MEMANG pasti ada jawapan yang diberi tetapi TEPAT ATAU TIDAK ITU YANG MENJADI PERSOALAN ? 


Tetapi CUMA ADA SATU FAKTA YANG DIKIRA BOLEH TERIMA AKAL DAN MASUK AKAL ,fakta ini diberi oleh FAKTHARUDIN Bin Samad (Anak Arwah Samad dalam Sketsa hantu kami sebelum ni miahahaha) ........Menurut beliau yang pernah bertugas sebagai Penjaga Menara Petronas -

" DALAM SETIAP PERLAWANAN AKAN ADA 2 PASUKAN DAN DISERTAI OLEH 11 PEMAIN Betul tak?  Faktanya SETIAP PEMAIN MEMPUNYA "2 BIJI BOLA" YANG DIBAWA SECARA SUKARELA SEMASA PERLAWANAN BERLANGSUNG. JADI KESEMUA JUMLAH BOLA UNTUK KEDUA DUA PASUKAN IALAH 44 BIJI ,betul kan? Dan TERDAPAT SEBIJI BOLA LAGI YANG AKAN DIGUNAKAN ,BILA KITA CAMPUR MAKA JUMLAHNYA 45 BIJI sebab itulah masanya 45 MINIT miahahahahaha. TAPIIIIIIII .....


Ada kala tambahan masa diperlukan iaitu 2 atau 6 minit? Macam mana pula tuuu ?


Selamba saja FATHARUDIN MENJAWAB tanpa Was was ---- "ITU CAMPUR BOLA REFEREE DAN PENJAGA GARISAN ......Miaahahahahaha


MACAM MANA PULA KALAU PEMAIN TU SEMUA PEREMPUAN?? Soalan ini tidak dapat dijawab oleh FATHARUDIN kerana dia terus mengikut jejak Arwah bapaknya iaitu MENINGGAL begitu saja....


PERLAWANAN AKHIR EURO 2012 IALAH PASUKAN Pembekal Tali iaitu ITALY dan Pembekal SPAN iaitu Sepanyol, Anda RASA MANA KUAT? TALI KE SPAN? hahaha



Photobucket
Nak Tahu...

Betullah ! Video HANTU SEDANG on air

Kalau SIAPA TIDAK KETAWA TENGOK VIDEO NI tak tahulah nak cakap ,rupanya ada HANTU DIBELAKANG KERETA INI. Tengok dengan BERDEBAR ! Selepas itu KETAWA untuk hilangkan rasa takut miahahahaha





HANTU? Ada yang takut hantu? Ada yang pernah nampak Hantu? Macam macam cerita boleh kita baca dan dengar tentang hantu.  TETAPI PERCAYAKAH ANDA ,kalau saya kata Hantu dah susah NAK KELUAR DAN JARANG JARANG ADA SEKARANG NI? 

Alasan saya? Rujuk kisah ni 

" Engkau dari mana ni Arwah Rosli ,sampai berdarah darah ni?" Tanya Arwah Samad sambil membetulkan ikatan kain kapan.
" HUH! Aku kena kejar dengan Seeker si penjejak hantu,sampai terjatuh dari pokok aku dibuatnya tadi ". Jawab Arwah Rosli sambil gam tulang kakinya yang patah maklumlah dia dah meninggal hampir 30 tahun. 
"Itulah sekarang ni susah ! Dulu kalau orang nampak kita semua lari, sekarang mereka sibuk NAK DAPATKAN KITA, tak selesa dan selera betul sekarang ni nak kemana mana  " Arwah Samad membebel sambil mengambil sedikit Gam Arwah Rosli untuk digamkan pada kainnya.
" Eh! Cantik gelang you Sal? Baru beli ke, wah! Dah ada Henpon jugaa haha." Tanya Arwah Rosli tiba tiba pada Arwah Salmiah yang sedari tadi sibuk membaca buku yang dipercayai skrip lakonan 
"Miahahahauuu ! Itulah You, dulu i ajak u berlakon tak mahu, sekarang ni HANTU HANTU semua ada harga tau! Banyak tawaran BERLAKON yang i terima baik dalam negara mahupun luar negara, Pasaran filem sekarang kalau cerita hantu boleh meletop! Masa tengah ada HARGA nilah kita jangan lepaskan peluang Arwah Rosli, ekekekekeke!" 

SO SEKARANG KAMU PERCAYA KEMANA HILANG SEMUA HANTU KAN, tengoklah sekumpulan Hantu dalam gambar dibawah ni terpaksa berhijrah ....hahaha




Photobucket

 
Nak Tahu...

Selasa, 26 Jun 2012

Lucu tapi benar - Tips lajukan Internet

Internet sekarang amat lembab dan kadang kala merimas dan melemaskan jiwa terutama jika kamu Peminat SEGAR  Laman Sosial kecuali laman rumah seperti Facebook,Twitter,Myspace mahupun blogger. Terdapat BEBERAPA LANGKAH MAJU KEDEPAN  yang boleh kamu cuba untuk selesaikan masalah Kelembapan Internet bukan kelembapan cuaca pulok. 

Gunakan arahan PING bukan mendapatkan arahan polis ataupun arahan beratur miahaha. Contohnya jika kamu menggunakan FACEBOOK , Ikuti langkah dibawah tanpa perlu kamu melangkah kemana mana....

-Rujuk gambar dibawah bagi pengguna Windows 7 atau keatas, pengguna Windows sebelum 7 -KLIK START DAN KLIK PADA RUN. Pengguna Windows Rumah? Tak perlu buat apa apa miahahaha. Ok Kita sambung. Dah dapat seperti diarahkan tadi taip seperti perkataan dibawah pada kotak yang disediakan bukan dalam kotak kasut! 
WINDOWS 7 
PING WWW.FACEBOOK.COM -T 

Kamu akan dapat bentuk bergerak macam dalam gambar dibawah. Biar saja benda ni bergerak dan terus gunakan Facebook tanpa was was.

JIKA KAMU GUNAKAN TWITTER, TUKAR SAJA jadi PING TWITTER.COM -T dan begitulah seterusnya .

MACAM MANAPUN semua itu bergantung pada  keadaan semasa Komputer anda gunakan, tak kisahlah anda menggunakan Notebook,laptop mahupun PC .Pastikan perkara ini DAHULU

-TIDAK membuka banyak browser Internet seperti dalam satu satu masa seperti  kamu masuk Facebook,kamu masuk juga Twitter, tambah lagi Youtube . Semuanya kamu buka secara serentak dan pastilah perkara ni menjejaskan mutu dan keunggulan kepantasan Internet , bayangkan Otak kita terpaksa berfikir dalam satu masa, NAK MASAK! NAK BASUH KERETA! NAK TELEFON KAWAN! Semua nak dilakukan dalam waktu yang sama,pastilah PAROH otak kita nak berfikir, termasuk jugalah dengan keadaan Komputer kamu, bila banyak benda dia nak fikir, respon atau arahan yang dia nak hantar pada browser Internet jadi LEMBAB DAN SEMBAB ditambah pula dengan imej imej bergerak yang terdapat dalam laman laman yang kamu kunjungi.

-Seterusnya rajinlah semak tahap keluasan Hard Disk dan boleh gunakan DEFRAG untuk memaksimakan keluasannya. Semak juga keadaan MEMORY supaya sentiasa mencukupi ,kerana jika memori KURANG,maka daya ingatan Komputer kamu pun pastilah kurang. Contohnya kamu nak buka Youtube,disebabkan memori ingatan komputer kamu kurang,maka komputer berkata dalam hati ' Hampeh tuan aku ni, tapi bukak Facebook, ni nak bukak Youtube pulak, TAK DAN FIKIR dibuatnya".....Miahahaha

Harus diingat,ada kalanya kita sering terlupa BEBAN yang ditanggung oleh Komputer akibat kerakusan dan kecuaian kita sendiri, bila komputer dan Internet lembab kaji dan selidik dulu sebabnya. Apapun satu hakikat yang tidak dapat dielak, TALIAN INTERNET DALAM NEGARA KITA MEMANG makin tenat! Jika nak yang tidak TENAT kita terpaksa MEMBAYAR LEBIH (Unifi ) TAPI KITA PULA YANG AKAN TENAT SETIAP BULAN NAK MEMBAYAR,"jadi" jika kita tidak mampu kita cuba saja mana mana cara yang boleh digunakan untuk sekurang kurangnya menstabilkan perjalanan Internet kitaaaaa.....

Photobucket
Nak Tahu...

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.