-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-
Memaparkan catatan dengan label Islamiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamiah. Papar semua catatan

Jumaat, 14 September 2012

Pendapat anda- VIDEO HINA ISLAM DIAM SAJA KAH?


Semua pihak yang mementingkan kesucian ISLAM pasti berminat untuk BERSAMA SAMA MEMBANTAH FILEM YANG MENGHINA ISLAM INI? DEMO DEMI DEMO TELAH DIJALANKAN DAN DISERTAI OLEH SEMUA TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK . ITU BANTAHAN DI DUNIA REALITI ATAU SEBENAR, BAGAIMANA PULA CARANYA KITA SEBAGAI WARGA MAYA HENDAK MENYOKONG BANTAHAN INI?
CUKUPKAH SEKADAR TEKAN FLAG pada VIDEO INI DAN BUAT LAPORAN ? ADAKAH YOUTUBE AKAN TERIMA ? ATAU KITA SEKADAR KOMEN MENGATAKAN BANTAHAN ?  Atau membantah melalui laman web masing masing? Memang kita WAJIB BANTAH DENGAN APA JUA CARA SEKALIPUN .......TETAPI.............
CUKUP DAN BERBALOIKAH?
KITA SAMA SAMA FIKIRKAN KERANA YAHUDI AKAN GUNAKAN PENYEBARAN VIDEO SEPERTI INI KERANA mereka TAHU  TIADA APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN  . Lagi DI BANTAH LAGI RAMAI YANG MELIHAT SEBAB VIDEO INI SUDAH BERADA DAN TERSEBAR DIALAM MAYA.....
FIKIRKAN JIKA YANG MELIHAT ITU NIFIS IMANNYA?? ATAU ANAK ANAK REMAJA KITA? DARI SATU SUDUT IANYA SATU PROMOSI untuk Filem ini, tapi APA BOLEH DIBUAT?? JIKA TIDAK DIBANTAH MAKIN MENJADI YAHUDI NI? Dan yakinlah akan ada filem filem yang lebih teruk akan dikeluarkan oleh YAHUDI? 
Boikot Youtube?? Pasti ramai yang tidak bersetuju.....Hendak tak hendak NYAWA SAM Baciler TERPAKSA DIAMBIL.....Biar yahudi tahu menghina ISLAM dan NABI ibarat menempah MAUT!! 


Photobucket
Nak Tahu...

Mesti Tengok - Gambar BERMAKNA Sang Puteri

ENTAH KENAPA TRiba triba rasa terharu tengok gambar ni....CANTIK MANIS DAN BERSOPAN Princess Catherine atau lebih mesra KATE Middleton ISTERI kepada PRINCE WILLIAM yang melawat MASJID AS-SYAKIRIN di KLCC . 

PERHATIKAN BETAPA BELIAU MENGHORMATI KESUCIAN RUMAH IBADAH ORANG ISLAM ......TANPA segan silu mengenakan SELENDANG PUTIH DAN SKIRT LEBIH PARAS LUTUT? ITULAH ADAT DAN BAIKNYA PASANGAN DIRAJA DARI LONDON NI.

TAPI KITA?? Sampai ada yang baling selipar dalam masjid sebab POLITIK, ada yang masuk ke mimbar Masjid dengan berkasut......lebih menyedihkan lagi ada yang berpakaian KURANG SOPAN di Masjid 

AMALKAN POLITIK SIHAT .....HIDUP SIHAT !! Tak semua benda boleh dipolitikkan . 



Photobucket
Nak Tahu...

Isnin, 10 September 2012

NINJA cantik tapi AWAS

Adakala kita sering terdengar mulut mulut nakal yang akan berkata Eh ! Ninjalah ? tak kala melihat wanita berpurdah . Mungkin ianya satu fenomena asing bagi kita walaupun berpurdah itu memang dibolehkan dalam Islam. 
Tapi jika di IRAN kita jangan tersalah LAWAK dengan wanita berpurdah kerana mereka mungkin NINJA SEBENAR yang memang dilatih untuk mempertahankan maruah diri dan negara Iran dari serangan Barat. Jom kita layan beberapa aksi mereka dan yang seronoknya semuanya cantik cantik .......errrrr.....hahaha












INTERNET ANDA LEMBAT ....DAPATKAN TIPSNYA DISINI



Photobucket
Nak Tahu...

Ahad, 9 September 2012

Sultan pun KALAH dengan Lembu

Disebabkan hari ni cuti ,so bawa lah sekelompok lembu ternakan yang masih berbaki hari raya tempoh hari   pergi bersiar siar ala ala JALAN JALAN CARI MAKAN diladang sawit jiran jiran. 
Dalam kelompok lembu ini ada seekor yang dianggap ketua atau raja yang bernama DUKUN PASIR , jadi kalau nak mudah bawa berjalan heret saja hidung si Dukun Pasir ni ,maka lembu yang lain akan ikut tanpa perlu disuruh .....Sekali sekala nampak seronok tapi itulah hakikat SETIANYA LEMBU pada ketua miahaha. 
Sambil tunggu lembu makan ,borak boraklah dengan pekerja Indon yang sedang tekun menyabit buah sawit ,sedang rancak berborak dengan Indon tiba tiba terpandang pulak Dukun Pasir dah menyeberang jalan ke sebelah sana. HUHHHHH!! Sungguh tamak keloba Dukun Pasir ni, rumput meriah lagi kat sini dia pergi kesana pulok!! Tak semena mena gerombolan lembu yang lain mula mengikut dan selamba menuju ke arah tempat Dukun Pasir. AH!! Jalan agak sesak sekarang ni.....Kena pantas bertindak supaya TIDAK BERLAKU KEMALANGAN ....
Sampai di tepi jalan kelihatan beberapa kereta dan beberapa ketul lori sudahpun berenti untuk memberikan laluan kepada LEMBU LEMBU MELINTAS JALAN........Dengan muka tak bersalah aku terus menghalau lembu itu supaya mempercepatkan proses menyeberang jalan,manalah tahu kot ada diantara pemandu kereta tu nak terkencing ke, terberanak ke .harus cepat....
TRIBA TRIBA siren polis berbunyi ........streeeeeeee!!! Dua biji motor polis trafik membrek mengejut !! Masih kedegaran ayat salah seorang anggota polis trafik tu berkata 'BERI LALUAN....BERI LALUAN......" Tapi ayat dan motornya tersekat disitu saja!! Hahaha, kan ada lembu MUSTAHIL LEMBU FAHAM miahahaha. Aku teruskan proses halau supaya lebih cepat lembu bergerak tapi tak boleh serius sangat kerana aku perlu BERLAKON LEMBU TU BUKAN AKU YANG PUNYA .....mesti selamatkan diri beb!! 
Bunyi lagi Siren Polis!! Nenoooooo........Neno......bersamanya beberapa kereta bertaraf VIP dan nampak dengan jelas salah satu kereta tu tertulis SULTAN .....Hah!! KES NAYA NI....cuma tinggal 3 ekor lagi lembu YANG TERAGAK AGAK NAK MENYEBERANG...mungkin lembu pun takut dan tahu ada SULTAN tunggu dia nak melintas
Dengan penuh debaran dan rasa CUAK .....aku halau ketiga lembu itu kedalam ladang semula! Terlompat lompat mereka larikan diri .
Laluan dah dibuka....kenderaan yang berhenti kerana DIDERA lembu aku mula bergerak termasuk kenderaan VIP Sultan......Tergetik dalam hati berkata

"KALAH JUGA ORANG BESAR NI DENGAN LEMBU" ......Fikirkan! 


Photobucket
Nak Tahu...

Sabtu, 8 September 2012

PROTON vs BMW- 3 kisah 3 Iktibar

ANDA MASIH INGAT orang kuat Proton Dato Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang melepaskan jawatan nya sebagai Pengarah Urusan Proton ? Jika tak silap beliau melepaskan jawatannya secara sukarela bulan Julai lepas setelah hampir 7 tahun membangunkan Proton. 

Apa yang menarik bukanlah jawatan yang dipegang, tetapi KESEDIAAN DAN KEKUATAN BELIAU UNTUK MENJADI IMAM DI Masjid Al-Falah Subang yang harus kita fikir dan renungkan. TIDAK RAMAI orang orang kuat dan penting dalam negara kita mampu menjadi IMAM malah lebih ramai MAMPU menjadi MAKMUM ...

FAUZI baru membuka perniagaannya sendiri  dalam bidang kontraktor setelah bertahun bekerja di Syarikat orang lain. Niatnya untuk berjaya dan menjadi kaya sentiasa tinggi setinggi songkok yang dipakainya pada Raya lepas. 
Dan sebagai orang baru menjalankan perniagaan, Fauzi harus dilihat LEBIH GAYA dan lebih MESRA pengguna untuk membuktikan syarikatnya BERJAYA DAN MAMPU MENJALANKAN APA JUA PROJEK YANG DIBERIKAN PADANYA. Ialah zaman sekarang ni kalau kita datang naik Proton Saga nak ambil borang Tender nilainya JUTA, JAGA @ Pengawal Keselamatan pun tak bagi masuk dalam Pejabat ,jadi GAYA dan ketrampilan perlu ada. 
TAPI TAK RAMAI YANG TAHU KECUALI isteri dan anak Fauzi yang berumur 2 bulan, yang SETIAP PAGI FAUZI AKAN memakai topi dan berkaca mata ,mengenakan pakaian yang agak lusuh yang sekali imbas memang KITA TIDAK KENAL DIA ITU FAUZI .......Fauzi akan membawa 2 tong (Bekas tong minyak hitam) KE STESEN MINYAK BERHAMPIRAN RUMAHNYA ...... BELIAU AKAN MEMBELI MINYAK RON95 untuk diisi PENUH KEDALAM KEDUA DUA TONG YANG DIBAWANYA......Persoalannya kenapa ........

UNTUK MENJAGA IMEJ DIRI DAN KERETA BMW NYA INI ......Miahaha. Tak kan pakai BMW nak isi minyak Ron95 ?
 REALITINYA..Tak semua orang SENANG ITU SEBENARNYA SENANG!! 

KADANG KALA KITA PERLU BERLAGAK UNTUK HIDUP DAN KADANG KALA ALLAH PILIH DIRI KITA UNTUK MENJADI PEDOMAN DAN IKTIBAR UNTUK INSAN LAIN...seperti contoh Dato' Syed Zainal ini yang DIA SENDIRIPUN TAK SANGKA imej beliau menjadi LEBIH TINGGI DIMATA MASYARAKAT bukan sebab dia PERNAH MENJADI PENGARAH PROTON tetapi IMAM ........fikir


Ada seekor siput selalu memandang sinis
terhadap katak. Suatu hari, katak yang
kehilangan kesabaran akhirnya berkata
kepada siput: “Tuan siput, apakah saya telah
melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu
membenci saya?”
Siput menjawab: “Kalian kaum katak
mempunyai empat kaki dan bisa melompat
ke sana ke mari, Tapi saya mesti membawa
cangkang yang berat ini, merangkak di tanah,
jadi saya merasa sangat sedih.”
Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki
penderitaannya masing-masing, hanya saja
kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi
kamu tidak melihat penderitaan kami
(katak).”
Dan seketika, ada seekor elang besar yang
terbang ke arah mereka, siput dengan cepat
memasukan badannya ke dalam cangkang,
sedangkan katak dimangsa oleh elang.
"Nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu
dibandingkan dengan orang lain. keirian hati
kita terhadap orang lain akan membawa
lebih banyak penderitaan. Lebih baik
pikirkanlah apa yang kita miliki. Hal tersebut
akan membawakan lebih banyak rasa syukur
dan kebahagiaan bagi kita sendiri".


Photobucket
Nak Tahu...

JULIA PEREZ HINA ISLAM pulok?

Kenal Julia Perez? Ala artis Indonesia yang seksi meksi itulah ,walaupun Julia Robert tak kenal Julia Perez ,tapi Julia Robert tidaklah pula menghina ISLAM ... 

JULIA PEREZ buat Tatu dibelakang badannya ,TIDAK JADI MASALAH KAN, JIKA DIA BUKAN ISLAM ,ITU HAK DIA, TAPI TATU YANG DIA BUAT TU TULISANNYA Adalah AYAT DARI 
LAUNGAN AZAN yang kita dengar 5 kali sekali ........
HAYYA ALAL' FALAH yang maknanya -MARILAH MENUJU KEMENANGAN . 

AGAK MALANG ULAMA DI INDONESIA SENYAP AJA KAN KAN KAN KAN

Photobucket
Nak Tahu...

Khamis, 30 Ogos 2012

TERBAIK UNTUK CALON UPSR,PMR DAN SPM 2012

ARTIKEL NI KHAS UNTUK SEMUA PARA PELAJAR YANG AKAN BERGELAR CALON UPSR,PMR MAHUPUN SPM. SEMOGA APA YANG DIKONGSI INI DAPAT DIGUNAKAN SEBAIK DAN SEBAGUS MUNGKIN DEMI MASA DEPAN kamu semua. 
UNTUK CALON CALON PILIHANRAYA ,TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MENCUBA TIPS INI KERANA IANYA TIDAK MEMBERI MAKNA HAHAHA,CUKUPLAH KONGSI DENGAN BAKAL BAKAL PENGUNDI DISEKITAR KAWASAN ANDA HAHA

TIPS untuk tidak mudah lupa apa yang cikgu ajarin semasa di kelas dan luar kelas -INGAT!!

1) ABAIKAN PERKARA LAIN. Waktu nak periksa ni jangan nak cuba cuba selitkan fikiran dengan perkara perkara lain seperti -Status FB tak update lagi? Pinggan tak basuh lagi? Dah berjaya nanti aku nak jadi artis? Ni semua tak perlu dikifirkan .sila abaikan saja ,jika tak boleh abai,BYE BYE PUN BOLEH! 

2) Teka apa cikgu nak ajar, sebelum cikgu mula nak ajar contohnya cikgu matematik, kamu terus teka jawapannya walaupun cikgu belum bagi soalan. Ini dapat melahirkan suasana ceria DAN SERONOK SERONOK UNTUK BELAJAR hahahaha. Seterusnya banyakkan tanya soalan, jika dengan cikgu sains, cuba tanya " Cer cikgu tengok tandatangan saya ni cantik tak? " Miahahaha

3) CONTENG KERTAS KOSONG - Amalkan tektik conteng ini, nak lebih sapie afdal conteng semasa cikgu mengajar, tulis semula apa cikgu cakap, ini dapat menghilangkan rasa mengantuk semasa dalam kelas ,jika tak faham tanya soalan macam wartawan hiburan buat tu haha

4) BAYANGKAN APA CIKGU AJAR- Jangan bayangkan emak masak apa dirumah, bayangkan nak beli APA DUIT RAYA BANYAK NI!! Bayangkan pada cikgu saja, bila dia ajar kamu terus bayangkan suasananya supaya kamu dapat terbayang bayang waktu nak ambil periksa nanti 

5) SEGERA BUAT LATIHAN -Bila habis satu mata pelajaran, gunakan mata kamu dan tenaga kamu untuk buat latihan ,termasuk latihan latih tubi untuk elakkan bosan dan mengantuk. Ingat banyak LATIHAN bukan bermakna MELETIHKAN haha.

6) MINTA BANTUAN CIKGU -Jika ada masalah segera minta bantuan cikgu jangan tangguh tangguh ,kan benda elok tak baik tangguh tangguh nanti tak tertanggung haha. Jangan ingat BANTUAN duit belanja saja tau haha.

7) BACA SEMULA APA CIKGU AJAR SEBELUM 48JAM- Buat Kajian dan penilitian tentang subjek yang telah diajarin , jangan malas terutama jika anda rajin termakan semut ataupun memang spesis pelupa. Dalam tempoh masa 48 jam , apa yang dibaca akan  dapat diingat sampai periksa hahaha.

MAKLUMAT PEPERIKSAAN -Penting  -Sila simpan atau cetak!

 (UPSR) Bertulis 11 – 13 September 2012 

(PMR) Bertulis 9 – 16 Oktober 2012   

(SPM) Bertulis 5 Nov – 6 Disember 2012 

SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2012 percuma




Amin ya rabbal alamin untuk semua calon -Semoga BERJAYA!

KLIK SHARE UNTUK KONGSI dan sebarkan demi anak anak kita dan orang orang kita hahaha

Nak Tahu...

Selasa, 28 Ogos 2012

PEDOMAN dan JAHIL AGAMA bila




Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”



Photobucket
Nak Tahu...

Isnin, 27 Ogos 2012

TIPS kenali si CURANG

Bagi setiap pasangan samada sudah berkahwin atau sedang berkahwin ataupun akan berkahwin ,Istilah perkataan CURANG adalah amat ditakuti ! Lebih lebih lagi dalam akhir zaman seperti sekarang yang mana tubuh badan kita terdedah pada gejala sosial yang pastilah memberikan kesan jika kita tidak BERJIMAT CERMAT untuk insafi diri.
Sebenarnya selain gambaran yang diberikan diatas, CURANG ini juga boleh kita lihat dari CARA MEMILIH PASANGAN .......perhatikan

) LELAKI NAK CARI AWEK untuk suka suka 

- Tak peduli sangat pada yang bertudung atau tidak,jika tak bertudung lagi suka
- Penampilan seksi, ketat,montok adalah ciri ciri yang penting 
- Perwatakan yang gila gila, lebih seronok ada gatal gatal dan miang miang ubi 
- Bebas dan bersikap terbuka luar dan dalam dan boleh ajak keluar bila bila masa 
-Kerjaya ? Penting juga jika lelakinya sejenis mamalia sengkek 
- Dara?? Tidaklah dipentingkan sangat, tak ada DARA satu kebaikan haha

) Tapi lelaki nak cari Isteri 

- Bertudung , lebih lebih lagi berpakaian busana Muslimah 
-Lemah lembut dan lemah gemalai serta bersopan santun 
- Tidak sosial dan jarang keluar rumah.
- Tak cantik tak apa asalkan sejuk mata memandang
Penting ----ADA DARA ...... 

 PEREMPUAN nak cari Pakwe ......
- Ensem, kacak dan nampak mancho 
- Tak matang tak apa senang nak kontrol 
- Teruna? Ala i tak kisah ....suami orang pun boleh sebab banyak pengalaman haha
- DUIT PASTI!! ....Umur bukan ukuran ,ukuran badan perlu dilengkapi dengan intan belian ,emas permata haha

PEREMPUAN NAK cari calon Suami

-BERIMAN jika boleh ala ala Ustaz DON miahaha
- Matang dan kental ,tak kacak dan ensem pun tak apa 
- SUAMI ORANG?? Nooooooooooooooo la bukan taste i 
-Kekayaan - Cukup sekadar kemampuan 

JIKA ada ciri ciri diatas....kita sebenarnya sedang CURANG !! Haha
Photobucket
Nak Tahu...

Jumaat, 29 Jun 2012

Pabila Cemas dan Panas

Ying Lili Zira ialah seorang penternak barang kemas yang berjaya, pelbagai bentuk barang kemas dia ada,termasuk sebuah Tadika Kemas. Boleh kata  pantang ada bentuk barang yang baru dipasaran, pasti Ying Lili Zira akan mengemas baju dan duitnya untuk ke kedai Kemas dengan seberapa segera. 
Kebetulan Hajib Sewel ada mengadakan promosi barang kemas maka tanda perlu membuang masa Ying Lili Zira terus menuju ke kedai kemas tersebut dengan memakai pakaian yang kemas. Dia pun terus membelek belek barang barang kemas yang disusun kemas dalam kedai tersebut. 
Maka Terjumpalah dia satu bentuk Cincin Dulang Delima yang jika di sarung dijari  cincin itu bertukar menjadi rantai,jika disarung di leher,rantai itu bertukar menjadi cincin, memang pelik dan hebat cincin sebentuk dulung delima itu hinggakan Ying Lily terkentut kentut punya bersemangat nak membeli cincin itu. 
Dengan malu malu akibat terkentut tadi ,dia pun selamba merapati Jurujual dengan harapan jurujual itu tidak perasan Ying Lili telah melepaskan GAS nya secara sengaja dan tidak sengaja. Tanyalah Ying Lili Zira 
"DIK berapa harga cincin ni". Ying Lili Zira buat muka serius.
" Kalau tengok bentuknya saja, Puan boleh terkentut, pasti puan akan terberak kalau saya sebut harganya!" Jawab Jurujual tersebut sambil senyum senyum manjaa
  
TIPS UNTUK ANDA , Jika anda berada dalam LRT dan baru pulang bekerja dalam keadaan Penat kerana kerja banyak di ofis,dalam LRT pula penuh sesak dengan orang dan anda terpaksa berdiri ,boleh cuba teknik ini terutama Wanita ,teknik ini amat selesa dan dijamin selamat serta dapat menghilangkan Penat,cuma PENAT yang melihat miahahahahaha


FAKTA- Tahukah anda, Mouse @ Tetikus, keyboard@ Papan Kekunci BILA ROSAK, PASTINYA TIDAK DISEBABKAN OLEH VIRUS KOMPUTER DAN PERLU DIFORMAT! Ingat jangan sampai anda diperbodohkan oleh Juruteknik Komputer miahahaha. 

Photobucket


Nak Tahu...

Khamis, 28 Jun 2012

Betullah ! Video HANTU SEDANG on air

Kalau SIAPA TIDAK KETAWA TENGOK VIDEO NI tak tahulah nak cakap ,rupanya ada HANTU DIBELAKANG KERETA INI. Tengok dengan BERDEBAR ! Selepas itu KETAWA untuk hilangkan rasa takut miahahahaha





HANTU? Ada yang takut hantu? Ada yang pernah nampak Hantu? Macam macam cerita boleh kita baca dan dengar tentang hantu.  TETAPI PERCAYAKAH ANDA ,kalau saya kata Hantu dah susah NAK KELUAR DAN JARANG JARANG ADA SEKARANG NI? 

Alasan saya? Rujuk kisah ni 

" Engkau dari mana ni Arwah Rosli ,sampai berdarah darah ni?" Tanya Arwah Samad sambil membetulkan ikatan kain kapan.
" HUH! Aku kena kejar dengan Seeker si penjejak hantu,sampai terjatuh dari pokok aku dibuatnya tadi ". Jawab Arwah Rosli sambil gam tulang kakinya yang patah maklumlah dia dah meninggal hampir 30 tahun. 
"Itulah sekarang ni susah ! Dulu kalau orang nampak kita semua lari, sekarang mereka sibuk NAK DAPATKAN KITA, tak selesa dan selera betul sekarang ni nak kemana mana  " Arwah Samad membebel sambil mengambil sedikit Gam Arwah Rosli untuk digamkan pada kainnya.
" Eh! Cantik gelang you Sal? Baru beli ke, wah! Dah ada Henpon jugaa haha." Tanya Arwah Rosli tiba tiba pada Arwah Salmiah yang sedari tadi sibuk membaca buku yang dipercayai skrip lakonan 
"Miahahahauuu ! Itulah You, dulu i ajak u berlakon tak mahu, sekarang ni HANTU HANTU semua ada harga tau! Banyak tawaran BERLAKON yang i terima baik dalam negara mahupun luar negara, Pasaran filem sekarang kalau cerita hantu boleh meletop! Masa tengah ada HARGA nilah kita jangan lepaskan peluang Arwah Rosli, ekekekekeke!" 

SO SEKARANG KAMU PERCAYA KEMANA HILANG SEMUA HANTU KAN, tengoklah sekumpulan Hantu dalam gambar dibawah ni terpaksa berhijrah ....hahaha




Photobucket

 
Nak Tahu...

Rabu, 27 Jun 2012

INTERNET LEMBAB?-Satu Sudut Sketsa

Dalam Artikel JomgelakFm sebelum ini,banyak Tips Tips berkenaan cara cara yang boleh digunakan untuk kita tingkatkan kelajuan Internet yang semakin lembab hari ke hari ,banyak juga respon yang diterima baik positif mahupun negatif. Kesimpulannya MARI KITA LIHAT SEBAB DAN PUNCANYA MELALUI SEBUAH SKETSA ....Harap dapat difahami maksudnya secara MENDALAM ................

" Talian Internet ini kita ibaratkan sebagai SATU SAJA jalan yang ADA dan terpaksa digunakan. Jalan BERTOL ini dibina dan dikawal  oleh Syarikat bernama Tererkom sebagai peneraju utama,manakala CelTom dan DOGO    adalah jalan perintis tetapi tetap  menggunakan laluan jalan yang sama.
kita gunakan jalan  ini untuk ke Ke Pusat Bandar yang dikenali sebagai GoGAP yang berkampung dengan Yehaa dan Matzila. Kita perlu kesini  kerana  di pusat bandar inilah  terdapat segala benda Bak kata seorang Pokcik Astro  " Macem macem Aderr" antaranya Ampehbuk,Sengetter,Bongger,akusepeh dan sebagainya.

Pada awal tahun 80an,90an tak ramai orang yang gunakan jalan BERTOL ini kerana masa itu kita tidak terdedah sangat tentang kehebatan GoGAP, jadi  semua perjalanan dapat bergerak dengan pantas dan cepat sampai ke Destinasi tanpa sebarang masalah. TETAPI zaman telah berubah, kita semua telah didedahkan dengan kelebihan GOGAP ditambah pula dengan keglameran Ampehbuk dan Sengetter maka ramailah berminat nak kesana. Keadaan diburuk dan disesakkan lagi dengan kemampuan orang memiliki pelbagai KENDERAAN jenama Sembabmyx yang menggunakan   enjin "Tupai" ,Kenderaan Mamatband yang menggunakan enjin Cilikun dan DAGU ,termasuk juga kenderaan baru yang canggih jenama i-KOPAK@ i-pin  berenjinkan Samdoll ataupun Soni Eksen. 

Semua kenderaan ini pastilah akan berada di atas jalan tadi  untuk sampai ke destinasi ke bandar raya hebat "GoGap dan saudara maranya". Bila ini berlaku pastilah sesak teruk nak nak pula ada kenderaan tadi ada yang masih mengekalkan bentuk badan  "Wendor klasik Wendud 98 yang memang kurang aksesorinya dari segi memberikan gaya persembahan yang canggih dan serba takboleh!. Perkara perkara inilah yang menyesakkan laluan diatas jalan yang semakin sempit dan semakin terhimpit hingga ada yang BERASAP di kenderaan dan berasap "DIBADAN SENDIRI" sebab punyaaalah bosan duduk dalam kenderaan untuk sampai ke destinasinyaaa.

Masalah kesesakan ini tidak timbul jika ada KESEDARAN dan KEINSAFAN  oleh pihak pengendali jalan BERTOL Tererkom yang boleh MEMBESARKAN JALAN ataupun menambah lorong laluan yang kita gunakan, lebih lebih lagi cuma DIALAH YANG SATUUU syarikat pembekal jalan yang ada dalam Negara kita ni kan kan kan kan kan.... ibarat rungutan dan SENGATAN dari  kata-kata Makcik Sepiah (Pembekal alat memancing dan penternak sayur) yang selalu menggunakan jalan ini untuk berniaga " TAK KAN MAKCIK NAK GUNA JALAN JIN Karat milik TOKSIN di Thailand ataupun TEMASUK di Singapura,nanti mokcik dituduh MENYOKONG AGENDA asing pula kan kan kan kan "...... 

Kesimpulannya bila INTERNET LEMBAB! Banyakkan bersabar dan berzikir untungnya KITA SERING DAPAT PAHALA dari masalah ini miahahaha. 

Photobucket
Nak Tahu...

Selasa, 26 Jun 2012

Sketsa hiburan bernasi


SKETSA 1.
Suatu hari, seorg makcik menyewakan salah satu biliknya utk seorg pemuda penyelidik yg hendak membuat kajian kat kampungnya.. Nama glamer pemuda itu Toman (bukan Tomok ye) Toman yg dah bersetuju itu pun menyewa la bilik makcik tu.. Satu mlm, ketika Toman nak mandi.. (maklum le bilik air kampung) dah tu dia tu hensem pulok... Makcik tu pun 'semacam' jer tgk si Toman tu... Makcik ni pun berhasrat nak pegi ngendap si Toman ni mandi.. Makcik ni kantoi sekali oleh Toman... Kali kedua pun kantoi.. Nak juga dia ngendap kali ketiga.. Toman pun naik bengang dan bagi last warning yg terakhir kat makcik tu... 'Makcik! Kalau makcik ngendap saya sekali lagi... Saya rogol makcik!!' kata Toman dgn amarahnya...

Kemudian, makcik tu pun keluarkan jari kelingkingnya dan dgn senyuman yg paling manis dia berkata 'JANJI TAU!'...

Adolaaaaa miahahaha!

SEKSA 2

Seorg lelaki telah pergi kesebuah kedai kek utk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya.. 'Apa yg hendak ditulis pd kek ini encik?' tnya sigadis manis yg bertugas di kaunter kpd lelaki itu.. 'mmmm, tulis 'Sayang tidak bertambah tua' dibahagian atas, kemudian sambung dgn 'Sayang cuma bertambah cantik' dibahagian bawah'.. Kata lelaki itu dgn penuh tamakninah... Esoknya lelaki itu dtg utk mengambil kek yg ditempahnya dan terus membawa pulang kerumah utk dipersembahkan kpd isterinya yg tersayang di hadapan tetamu2 yg lain... Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yg lain.. Lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yg tertera di atas kek itu: ''SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DIBAHAGIAN ATAS... SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH...'' miahahahaha!! Toink toink!...

SEKSA 3

STRESS!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikan seorg gadis cantik di tengah jalan.Tiba tiba gadis itu pengsan di dalam teksinya dan segera membawa gadis itu ke hospital.
Pak Mat sedikit stress!
Sampai di hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah pada Pak Mat namun Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah kepada bayi itu.Tetapi gadis berkenaan bermati matian mendakwa bahawa Pak Mat la ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah stress!!
Pak Mat di minta test DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau pun bukan dan Pak Mat di tahan sementara menunggu hasil ujiannya.
Pak Mat semakin stress!!!
Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir.Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.Ketika dalam perjalanan pulang dia memikirkan 3 anaknya di rumah.SIAPA BAPA KEPADA 3 ANAKNYA ITU?"
SEKARANG PAK MAT BENAR BENAR STRESSSSS!!!!!!!!!

Adekah anda pun turut stress?miahahahahahaaa

SEKSA 4

‎'SEPASANG KEKASIH SEDANG BERSIAR SIAR DENGAN MENUNGGANG MOTOSIKAL'

PAKWE :"SAYANG...PEGANG KUAT KUAT NANTI JATUH!"(berkata dgn nada seyes lagi prihatin)

MAKWE :"KENAPA? U TAKUT KAN KEHILANGAN I"(menjawab dgn muka bangganye)

PAKWE :"BUKAN SEBAB TU LAH SAYANG..."

MAKWE :"ABES TU APE?"(muka dah cuak gilerr)

PAKWE :"KALAU U JATUH....I TAK NAK DI TUDUH BUANG SAMPAH SEMBARANGAN LAGI!"

MAKWE :"GRRRRRRRRR...!!!!" 

Nurkilan- VIP Shanim 


SERAM punya Seksi ah! Sketsalah haha


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca
budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum
ini....

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih
besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat
bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang
sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba
-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya
meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung
sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya
berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya
beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang
kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya
apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain
dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat
dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)



Nurkilan - VIP Azura


FAKTA 


Tahukah anda???
Anai2 terangsang dgn muzik. Jika anda memasang muzik, anai2 akan memakan rumah anda 2 kalu lebih pantas.. tetapi apa akan jadi kalau MUZIK pula teransang pada Anai anai miahahaha



Photobucket
Nak Tahu...

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.