-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 5 Jun 2015

TENGKU MAHKOTA JOHOR SINDIR PM NAJIB

PEMBACA


Malam ini memang Perdana Menteri diserang ,nak dikata kantoi boleh juga kerana semalam baru dia berkata dia BERDARAH PAHLAWAN....tup tup ! beliau tak muncul di PWTC .......
Ini kenyataan berupa sindiran Tengku Mahkota Johor yang mendapat pelbagai reaksi positif dari pengkut Johor Southtern Tigers page di Facebook.


Antara petikan berita berkaitan 

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam Nothing2Hide, dialog terus terang bersama aktivis NGO, dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Suara pertama kerabat

Beliau bagaimanapun tidak hadir setelah polis mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar.

Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.

“Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” titahya.

Tengku Ismail dipercayai kerabat pertama bersuara tentang perselisihan antara Najib dan Mahathir.

Kenyataan daripada pihak istana Johor itu sedikit sebanyak dilihat memberikan tamparan kepada Najib yang pentadbirannya diasak daripada segenap penjuru dalam isu 1MDB.
 
Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.