-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 1 Jun 2015

ADAKAH HADI AWANG SEDANG MENIPU AHLI PAS?

PEMBACA

Nak kata apa katalah,nak pecat pun pecatlah kerana saya berpegang pada prinsip hak dan kebebasan bersuara, Saya lebih sayangkan PAS dari seseorang dan itu yang diajar jika kita merasakan pemimpin kita telah melakukan kesilapan.



Dalam muktamar kali ni, saya melihat peperangan wujud bukan pada BN yang sememangnya musuh,tetapi rakan karib dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP ....saya juga bukan penyokong DAP tetapi ,baca dulu sebelum nak menuduh bukan bukan ...

Kenapa saya marah sangat dengan Tok Guru Hadi Awang yang juga presiden yang perlu saya hormati? Kerana saya rasa sudah tertipu ,kerana saya rasa Presiden seakan cuba membawa PAS keluar dari Pakatan ......Rujuk kenyataan dan fakta diberi ......

Dalam pemilihan Presiden kali ni, ada 2 saja kumpulan....iaitu YANG PRO PAKATAN dan TIDAK PRO PAKATAN .........kenapa saya kata begitu? Kerana yang Pro Pakatan diketuai oleh Ustaz Ahmad Awang, manakala yang tidak pro Pakatan diketuai oleh Presiden sendiri .....saya buat fitnah ?? Ambil kenyataan Prisiden sendiri yang memberi KATA DUA kepada AHLI ....." JANGAN KITA JADI BUDAK SURUHAN DAP " ......nampak??
Petikan berita......

"Memetik laporan Harakahdaily, Abdul Hadi berkata, kedua-dua kumpulan mempunyai ulama.
"Cuma satunya yang DAP hendak, satunya DAP tak nak... pilihlah," katanya."


Namun di sebalik keadaan itu Abdul Hadi dan penyokongnya semakin kerap membuat kenyataan yang menimbulkan keresahan di kalangan parti lain dalam Pakatan, serta rakyat.


Antara kenyataan Abdul Hadi ialah membenarkan umat Islammemarahi DAP yang didakwanya menentang hudud.

Sebenarnya saya masih pelik dan seakan tidak percaya Presiden cuba menjauhkan diri dari dari pemimpin pakatan ......(Bab DAP saya ulas kemudian) sedangkan dahulu Presidenlah orang yang kuat menentang BN hingga keluarnya AMANAT HAJI HADI ......adakah Presiden sudah lupa semua itu hingga boleh mengeluarkan kenyataan PALING PELIK bagi seorang pembangkang  ......"Kita SOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB ...." ,benar..saya akui, kepimpinan Najib yang BERMASALAH  memang SEBENARNYA BAKAL MEMBERI LALUAN MUDAH UNTUK PAKATAN MEMERINTAH ....Tetapiiiiiiiiiiii.......ISUNYA IALAH....PRESIDEN SENDIRI seakan nak lari dari Pakatan? Macam mana nak mengambil kuasa ?? (Baca huraian saya isu ni dibawah)

Tidak berfikirkah kita, apabila seorang ketua mengeluarkan kenyataan begini ,rakyat yang semakin terhimpit dengan GST dan pelbagai perkara lagi akan menjadi PENING ,malah pihak musuh dari BN sendiri MEMPUNYAI PELURU sekiranya berlaku PRK lagi iaitu ......"ALAH...Tok Guru Haji sokong Najib, sokong GST...pe cerita bro" ...macam mana KAMI sebagai ahli dibawah ni nak menepis peluru tersebut??

Saya rujuk bahan kempen dalam PRK Rompin (Permatang pauh tak perlu dirujuk kerana PKR yang bertanding ) Isu yang MENJADI BAHAN KEMPEN ialah .....BANTAH GST selain isu Felda.......triba triba Tok Guru SOKONG PM DS Najib...tak ke KAMI TELAH DITIPU dan dipermainkan??

Jika ada rakan rakan tetap berkata,ini stategi politik Presiden,penulis tidak nampak ianya satu stategi yang baik kerana selain SEAKAN MENJAUHKAN DIRI DARI PAKATAN,rakyat AKAN MENILAI apa yang diperkatakan kerana yang merasa PERIT DAN SIKSANYA RAKYAT.....yang bertungkus lumus siang malam untuk menangkan calon PAS ialah kami  ahli bawahan ini....

Sungguh sedih rasanya diperlakukan begini....itu tidak kira lagi kakitangan kerajaan yang SEOALAH MENJERAT LEHER mereka BERKORBAN kerana menyokong PAS,itu tidak kira lagi duit dan tenaga mereka mereka yang datang dari jauh dalam keadaan sempit ini untuk membantu.....mereka ini semuanya seolah ditipu ...

Bertambah  sedih apabila dalam pemilihan kali ini saya melihat GOLONGAN PROFESIONAL dalam Pas sedang diperbudak budakkan...golongan ini CUBA DITOLAK KETEPI sedangkan dalam kempen, dalam ceramah GOLONGAN INILAH DIBAWA,DI USUNG BAGI MERAIH SOKONGAN pengundi .....kenapa apabila mereka bertanding satu satu jawatan mereka dibuang?? Adakah kita mahu PAS cuma dikelilingi oleh kepimpinan Ulama saja? Kenapa tak pinda undang undang...Ulama saja boleh masuk PAS...kan mudah!!

Isu Hudud...memang saya menyokong Hudud dilaksanakan, tapi PADA saya, HUDUD itu lebih mudah dan senang kita nak laksanakan JIKA KITA PUNYA KUASA...bukan setakat mempunyai kuasa di negeri sahaja...Saya yakin pemimpin Pakatan lain pun boleh menerimanya nanti kerana apabila kita punya kuasa,kita boleh mendidik dan mengajar mereka tanpa PERLU ADA FITNAH atau anasir luar .....

Lihatlah contoh yang berlaku sekarang, Hudud itu CUMA DIJADIKAN SENJATA oleh mereka BAGI MEMBUNUH AHLI keluarga sendiri yang terdiri dari Pemimpin Pakatan..jika mereka ikhlas, dalam sidang terdahulu Hudud sudah dapat dibentangkan...mereka sengaja "MEMANJANGKAN " isu hudud ni termasuk mempermainkan Presiden,kita jangan jadi bodoh dan jangan lupa pesan Arwah Tok Guru Nik Aziz...kita jangan mudah terpesong dari pesanan Allahyarham Dato Fadhil Noor.

Dalam isu hudud ni,saya suka memberi gambaran begini " Anda tertidor dan terbangun ,lihat jam ,waktu ZOHOR DAH NAK HABIS...anda bergegas ambil air sembahyang untuk solat...baru nak angkat takbir .seekor ayam masuk dalam rumah anda...ADAKAH ANDA MAHU HALAU AYAM ITU ? Atau anda mahu terus mengerjakan solat KERANA WAKTU DAH NAK HABIS? Anda amhil keputusan...UTAMAKAN ALLAH dalam apa jua...maka anda solat zohor dan membiarkan ayam itu berkeliaran dalam rumah....Langkah yang anda ambil ini pada akal kita betul kerana utamakan ALLAH dari Ayam...tetapi cuba kita fikir sedalamnya...SEPANJANG SOLAT ITU KITA AKAN TERINGAT AYAM...berak kah ayam itu? Ayam tu kat dapur kah?? Kita tidak lagi INGAT ALLAH ...

Betul kan?? Begitu juga dalam isu hidud ini...kita sebenarnya mempunyai pilihan dan kita telah pun mencuba tetapi "SEAKAN DIGANTUNG " ,kita utamakan kepentingan rakyat dulu kerana dalam isu hudud, yang terlibat CUMA ORANG ISLAM yang rata ratanya melayu dan mualaf tidak sampaipun 30%  tak kira dari Pakatan mahupun BN sendiri, tapi dalam isu KEPENTINGAN RAKYAT ,semua KAUM YANG TERDAPAT dalam negara kita TERLIBAT tak kira Islam atau tidak.

Ketahui fakta dan kira jumlah Parlimen di Malaysia ...kira juga pola penempatan pelbagai kaum dalam negara kita......MAMPUKAH PAS MENANG jika keluar Pakatan? Bukan saja PAS, DAP malah PKR sendiri tak mampu menawan MALAYSIA sekiranya tiada kerjasama dalam Pakatan Rakyat...ini fakta...mustahil PAS nak tanding semua kawasan? Boleh menang ke dikawasan Cina yang sekarang ni TAKUT HUDUD??

Sebab itu saya katakan diatas, sekiranya Presiden sedang berusaha untuk membawa PAS keluar dari Pakatan, Presiden seolah menipu ahlinya sendiri....Presiden seolah mengkhianati janjinya...kita ditipu Hudud akan terlaksana padahal tidak berdasarkan fakta diberi diatas...kita akan tertipu dengan slogan PAS FOR ALL yang sebenarnya tidak untuk kaum LAIN ....

Saya tidak membenci Presiden ,cuma saya mahu adanya usaha untuk berdamai dan berbaik semula demi rakyat ....jangan susahkan  ahli termasuk rakyat  yang cuma ada 2 PILIHAN IAITU PAKATAN RAKYAT ATAU BARISAN NASIONAL.

Wallahualam dan saya mohon maaf kerana terpaksa meluahkan kekecewaan ini kerana SEAKAN HILANG SUDAH KAMI RAKYAT BAWAHAN UNTUK BERPAUT!


ANTARA KOMENTAR yang menarik.
GANDINGAN MASA DEPAN PAS : TUAN GURU USTAZ HJ. AHMAD AWANG – PRESIDEN PAS, HJ. MOHAMAD SABU – TIMBALAN PRESIDEN PAS, DATO’ HJ. HUSAM MUSA, DR. IDRIS AHMAD & DATUK DR. MUJAHID YUSOF RAWA – 3 NAIB PRESIDEN PAS AKAN MENGUKUHKAN BARISAN KEPIMPINAN DAN AHLI PAS SELURUH MALAYSIA SETERUSNYA MEMACU KEMENANGAN PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT (PR) DALAM PRU KE-14 UNTUK MENGUASAI PUTRAJAYA !!! 

PAS perlukan PRESIDEN yang BAHARU bersama barisan kepimpinan tertinggi parti BAHARU yang mantap dan berpandangan jauh dalam pemilihan parti pada tahun ini sebelum menghadapi PRU ke-14!!!! PAS perlukan Presiden yang boleh menyatukan semua ahli PAS, penyokong PAS dan menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jika PAS ingin menggantikan umno untuk memerintah Malaysia dan menguasai Putrajaya !!!!

PAS memerlukan seorang Presiden yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti Almarhum Ustaz Dato’ Hj Fadzil Noor yang sangat kasih pada ahli-ahli PAS, sentiasa meraikan perbedaan pendapat ahli-ahli PAS melalui musyawarah tanpa perlu mem”barua”kan ahli PAS sendiri atau menghalau ahli yang berbeda pendapat keluar dari PAS, mempunyai sikap berlapang dada dalam menerima kritikan dan teguran samada dari ahli PAS mahupun rakan-rakan, mendengar pandangan dan nasihat AJK Kerja PAS Pusat dalam membuat sesuatu keputusan, berusaha dengan gigih untuk mengukuhkan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) atas titik persamaan yang diperjuangkan bersama untuk menegakkan keadilan dan kebenaran seterusnya istiqomah dalam perjuangan menentang rejim umno/bn yang korup dan rasuah !!!

Penyatuan dalam Islam bukanlah atas nama bangsa tetapi penyatuan dalam Islam adalah atas dasar menegakkan keadilan dan kebenaran dengan menentang segala kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kemungkaran, kejahatan, kebejatan dan salahguna kuasa oleh pemerintah umno/bn yang korup dan rasuah!!!

Marilah kita bersatu hati dalam Pakatan Rakyat bersama-sama rakan kita PKR dan DAP untuk terus memberikan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan secara total dalam PRU ke-14 nanti yang mahu Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan!!!

Dalam jemaah Islam, sebagai pemimpin kita perlu bersedia dan berlapang dada untuk digantikan dengan pemimpin lain sebagai ketua jika keadaan memerlukan kita berbuat demikian untuk mencapai kemenangan Islam!!!!

Sebagai ketua pemimpin dalam jemaah, Presiden PAS yang baharu perlu mengutamakan agenda menyatukan ahli parti termasuk penyokong-penyokong PAS seterusnya mengukuhkan semula Pakatan Rakyat kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional pada PRU ke-14 nanti !!!

Insyallah, sesiapa sahaja pemimpin PAS yang mempunyai fikrah Islam yang jelas dan diterima oleh semua ahli PAS tidak kira samada golongan ulama atau profesional boleh dilantik menjadi Presiden PAS kerana PAS adalah sebuah parti gerakan Islam yang dipandu oleh Majlis Syura Ulama (MSU) di mana kuasa Presiden PAS adalah bukan kuasa yang mutlak dalam membuat keputusan dan Presiden PAS juga akan mendapat nasihat melalui Jawatankuasa PAS Pusat yang mewakili seluruh ahli PAS !!!

Sekiranya PAS dipimpin oleh seorang Presiden yang bukan bertaraf ulama sekalipun, PAS tetap dengan dasar Islamnya kerana Majlis Syura Ulama (MSU) adalah badan tertinggi yang akan memandu PAS supaya sentiasa mematuhi Syariat Islam !!!

Kematangan berpolitik dalam kalangan pemimpin-pemimpin termasuk ahli-ahli PAS amat penting untuk diutamakan supaya rakyat Malaysia melihat PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang lebih dinamik dan universal selagi ia tidak bercanggah dengan dasar parti yang meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukan !!!

Di sinilah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PAS akan dinilai oleh rakyat Malaysia dalam membawa hala-tuju dan masa depan PAS dalam mengarus perdanakan PAS dalam realiti politik di Malaysia di mana PAS tidak boleh bergerak secara bersendirian sebaliknya perlu terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PKR dan DAP sebagai satu wadah politik baru untuk menggantikan Barisan Nasional yang telah sampai penghujung usianya !!!!!

PAS for ALL !!!

UNDI PAS, UNDI PAKATAN RAKYAT !!!

SELAMATKAN MALAYSIA !!!




KELEMAHAN KEPIMPINAN TUAN GURU HJ. HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN PAS AKAN MEMBAWA PAS KEMBALI KE ERA 70AN DAN MEMUSNAHKAN IJTIHAD PIMPINAN PAS TERDAHULU MENGADAKAN TAHALUF SIYASI YANG DIUSAHAKAN OLEH BEKAS PRESIDEN PAS ALMARHUM USTAZ DATO’ HJ. FADZIL NOOR DAN BEKAS MURSYIDUL AM PAS ALMARHUM TUAN GURU DATO’ HJ. NIK AZIZ NIK MAT !!!!

Sebagai Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi sepatutnya menjadi orang yang mendamaikan dua pihak yang berbeda pendapat dalam parti bukannya memusuhi ahli-ahli PAS sendiri dengan menggelarkan "BARUA" dan menghalau mereka keluar dari PAS. Ini menunjukkan Presiden PAS gagal menjadi seorang ketua yang bergelar ulama yang boleh menyatukan ahli-ahli PAS sendiri!!! Bukankah ciri-ciri seorang pemimpin atau ketua jemaah itu mesti mempunyai sifat yang adil dan berlaku adil ??? Dalam banyak keputusan Presiden PAS pada hari ini banyak membelakang keputusan mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat, keputusan muktamar PAS dan nasihat Majlis Syura Ulama (MSU) sewaktu Almarhum Tuan Guru Dato Hj. Nik Aziz masih hidup lagi sehingga sanggup menghantar Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS untuk berunding dengan umno selepas PRU-12 pada tahun 2008 dengan hasrat membentuk kerajaan UG di Perak dan Selangor !!!!

Jika ini bukan satu pengkhianatan kepada ahli-ahli PAS dan pendokong Pakatan Rakyat, apakah istilah lain yang kita boleh gambarkan dengan tindakan Tuan Guru Haji Hadi yang masih ingin mempercayai umno berbanding rakan-rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat ????? Jangan salahkan ahli-ahli PAS bila Presiden sendiri melanggar prinsip PAS untuk tidak berkerjasama dengan parti umno yang zalim, rasuah dan korup !!! Apakah Islam membenarkan kita berunding dengan pemimpin-pemimpin yang zalim, rasuah dan korup untuk membentuk kerajaan UG????? Bolehkah sesuatu yang halal ditegakkan di atas kebathilan ????? Adakah matlamat menghalalkan cara???? Kenapa kita sanggup menggadaikan prinsip parti PAS sehingga bersedia berunding dengan umno ingin membentuk kerajaan UG di Selangor dan Perak tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS?????

Persoalan inilah yang gagal dijawab oleh puak-puak UG dalam PAS sehingga mereka telah merosakkan imej PAS sendiri sebagai parti Islam yang komited menentang rejim umno/bn yang melakukan kezaliman, penindasan, pembaziran, pemborosan, kejahatan dan kebejatan di Malaysia !!!!! Dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah menggadaikan prinsip PAS untuk melaksanakan Hudud kerana sebagai parti gerakan Islam, PAS sentiasa berusaha menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk mendekati secara berhikmah untuk menjelaskan tentang Hudud kepada PKR, DAP dan juga masyarakat bukan Islam disamping terus berusaha untuk menawan Putrajaya bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan peluang menguasai Putrajaya akan digunakan sebaik mungkin oleh PAS untuk lebih efektif menerangkan kebaikan perlaksanaan Hudud tanpa gangguan daripada umno/bn !!!

Perjuangan PAS untuk menegakkan pemerintahan Islam memerlukan kebijaksanaan berpolitik, berdakwah mendekati ahli dan penyokong umno serta mereka di "atas pagar" seterusnya mendekati orang-orang bukan Islam dengan kita sebagai Jemaah Islam terlebih dahulu kena tunjukkan akhlak Islam supaya mereka akhirnya melihat bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan syumul yang merangkumi sistem pemerintahan Islam, sistem perundangan Islam, sistem ekonomi Islam, sistem kewangan Islam, sistem muamalat Islam, sistem perubatan, akhlak, budaya dan lain-lain. Matlamat utama kita ialah membina negara Islam di Malaysia dan berusaha menyampaikan risalah Islam kepada orang-orang bukan Islam supaya mereka menerima keindahan dan kebaikan Islam seterusnya dengan hidayah Allah s.w.t. mereka akhirnya akan memeluk Islam !!!!

Bagaimana kita ingin mencari keredhaan di akhirat sedangkan kita sendiri tidak berusaha mengembangkan Islam dengan menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia kerana pemerintahan Islam itu bukan sahaja mempunyai hukum hudud malah sistem perundangan Islam yang merangkumi Hudud, Qisas dan Ta'zir serta sistem ekonomi Islam, sistem kewangan Islam, sistem muamalat Islam dan pelbagai lagi sistem kehidupan manusia termasuk dapat memperkembangkan ajaran Islam kepada orang-orang bukan Islam di Malaysia!!!! Itulah tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi iaitu berdakwah jika kita ingin mencari keredhaan di akhirat dengan menyebarkan risalah Islam walaupun hanya menyampaikan sepotong ayat al-Quran!!! Allah akan tanya kita di akhirat kelak sejauh mana usaha kita untuk sebarkan Islam kepada orang-orang bukan Islam sedangkan kita sendiri gagal menggunakan saluran politik untuk menegakkan negara pemerintahan Islam !!!!

Bila negara Islam tertegak di Malaysia, maka didalamnya ada hukum Allah !!!! Semua orang Islam tahu kewajipan tersebut tetapi yang menjadi pertikaian masa kini ialah bagaimana kaedah kita sebagai parti gerakan Islam ingin laksanakan hukum Allah di Malaysia samada PAS berkerjasama dengan parti perompak harta rakyat (umno) atau PAS bersama PR menguasai Putrajaya membentuk Kerajaan Persekutuan seterusnya berkerjasama untuk laksanakan hukum Allah dengan cara dakwah yang berhikmah!!! Inilah yang dinamakan "bijak berpolitik dalam Islam" bukan sahaja kita dapat laksanakan hukum Allah tapi dalam waktu yang sama dapat mengajak orang bukan Islam menerima Islam seterusnya memeluk Islam!!!!! Dakwah Islam berkembang hukum Islam tertegak di bumi Malaysia!!!

Insya'Allah jika gandingan Ustaz Hj Ahmad Awang dan Dato Hj Husam Musa sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang baharu atau sebaliknya mengetuai PAS dalam mana-mana PRK atau PRU akan datang, PAS bersama Pakatan Rakyat akan menang besar kerana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama akan rasa begitu dekat dengan pemimpin berjiwa rakyat seperti mereka yang lebih arif dan memahami Fiqh Politik semasa dengan sistem politik di Malaysia yang dimanipulasi oleh rejim umno/bn !!!

Apapun, ini ujian paling getir puak-puak UG PAS untuk berkempen bertemu rakyat setelah mereka merosakkan segala usaha dan ijtihad politik PAS mengadakan Tahaluf Siyasi yang selama ini dipelopori oleh bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil Noor dan bekas Mursyidul Am PAS Almarhum Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Nik Mat !!!! Ya Allah, tunjukkan kami jalan kemenangan ke Putrajaya untuk kami memartabatkan agama-Mu dan meruntuhkan rejim umno/bn!!! Sesungguhnya kami mengejar keredhaan-Mu dengan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh menawan Putrajaya dalam PRU ke-14 nanti dengan menggunakan saluran politik demokrasi untuk menegakkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. !!!


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.