-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 10 Mei 2015

TUN DR MAHATHIR AKAN DIDAKWA DAN DIPENJARA?? PANASS

PEMBACA

Tadi borak borak ngan seseorang kuat parti ,katanya sudah ada desakan untuk memenjarakan Tun Dr Mahathir diatas kelancangannya memporak perandakan pentadbiran Perdana Menteri...
Ngeri juga mendengar ceritanya.....ingat senang ke nak penjara Tun ? Nak buat alasan seks juga ke? Adoiiiiii cari la lain......kata hati penulis yang tidak bersetuju.

"Tun Dr Mahathir dah 22 tahun memerintah, pasti ada skandal yang melibatkan beliau seperti contoh Perwaja, Petronas dan sebagainya.....bongkar dan buat tuduhan pada beliauu....selagi ada kuasa ni KITA PERLU BERTINDAK CEPAT SEBELUM DILUCUT KUASA "

Terdiam sebentar penulis mendengar ceritanya...lalu teringat yang kuasa mendakwa itu TERLETAK DITANGAN PEGUAM NEGARA iaitu TS Ghani Patail....


Kita singkap kembali sejarah lampau pada yang lupa dan pada genarasi baru....Siapa Ghani Patail??

Secara ringkasnya....

TS Ghani Patail adalah diantara barisan peguam yang berjaya memenjarakan DS Anwar dalam liwat 1 . Atas kejayaan inilah beliau DILANTIK OLEH TUN DR MAHATHIR MENJADI PEGUAM NEGARA  yang mana TS Musa Hassan pula menjadi Ketua Polis Negara .

Soalan cepu Mas  ini penulis beri pada  rakan penyokong parti itu tadi hingga menyebabkan beliau teragak agak untuk MENJAWAB.....

" MAHUKAH TAN SRI GHANI PATAIL DAKWA TUN DR MAHATHIR sebab Tunlah yang menaikkan kariernya hingga menjawab jawatan sekarang? ".......

Adakah TS Ghani akan setia pada BEKAS BOS LAMANYA ATAU BOS BARUNYA?? 

Oleh kerana dia diam, penulis beri jawapan ......DS Najib lantik TS Shafiee Abdullah jadi Peguam Negara yang baru andai kata TS Ghani tak mahu mendakwa Tun Dr Mahathir,lagipun Shafiee kan telah BERJAYA MEMENJARAKAN ANWAR dalam liwat 2.....

Apapun,ini cuma borak borak kosong sambil kita imbas kembali beberapa individu penting yang mewarnai SEJARAH POLITIK MALAYSIA.....penulis yakin  DS NAJIB  TIDAK SEKEJAM ITU nak lakukan begini pada Tun .....ye dak??


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.