-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 8 Mei 2015

TABUNG HAJI ,FAKTA YANG PERLU KITA TAHU.

PEMBACA

Penulis kongsikan pelbagai pendapat dalam isu melihatkan Tabung Haji untuk anda kaji dan nilai.....untuk anda tahu dan sedar apa yang SEDANG CUBA DISEMBUNYIKAN, apa yang sedang cuba dilakukan 




Tak sampai dua bulan saya bagi amaran di Parlimen jangan sentuh Tabung Haji, selepas meroyan di Parlimen mereka pakai juga duit Tabung Haji. Sebenarnya perkara ini boleh dihentikan dengan mudah - PTG WP tolak permohonan pindahmilik, 1MDB kena kembalikan dana seperti kenyataan saya dibawah. Kita akan mulakan kempen, mohon viralkan! 

DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJI

Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.

Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.

Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?

Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.

Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.

Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:

1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau

2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu

Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.

Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh. 

Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:

1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;

2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;

3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.

Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN

Harun Mohammad Tiga perkara yang patut kita tahu. Conflict of interest...Selain Chairman Tabung Haji yg baru tu....

- Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB
- Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd
- Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB



Walaupun menteri Umno menafikan, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan.

“Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.

"Wang ini bukan milik Tabung Haji.

“Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout(pemulihan) hutang 1MDB,” katanya merujuk urus niaga tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata rancangan 1MDB itu perlu dibatalkan segera kerana Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka.

“Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya,” soalnya.

“Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit.”

Menteri: Pelaburan bukan penyelamatan

Beliau mendakwa urus niaga yang mendapat perhatianbanyak pihak itu juga membolehkan 1MDB mendapat untung besar.

”Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.

"Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 juta ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB.

“Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputera.

"Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini,” katanya lagi.

Menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan (atas), ketika mengulas dakwaan penyelamatan 1MDB oleh Tabung Haji, menulis di Twitter bahawa terdapat perbezaan antara penyelamatan dan pelaburan.

Paling teruk ....Menteri ini tidak mampu menjawab apabila timbul persoalan ......KENAPA MELABUR GUNA DUIT ORANG ? Adakah orang itu IZINKAN? 



Kes Tabung Haji
Tabung haji di wujudkan untuk memegang "AMANAH" penyimpan yang menyimpan wang hasil titik peluh mereka untuk ke tanah suci "Mekah" baik kaya atau pun miskin dan majoriti penyimpan adalah mak bapak kita yang bertungkus lumus mencari sesuap rezeki untuk melengkapkan rukun islam ke lima.
Simpanan ini di janjikan dengan pelaburan yang menepati syariah, Adakah melabur dengan membeli tanah dari wang simpanan kita suatu kesalahan? Jawapannya tidak tetapi apa yang di ragui ialah cara urusan tersebut di laksanakan. Sementelah lagi Pengurusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah menidakkan pembelian tersebut dan akhirnya mengaku apabila terdapat percangahan kenyataan dengan pegawai atasan Tabung Haji.
Malangnya kita institusi tersebut telah di uruskan oleh ahli politik yang mengcampur gaul wang dari simpanan tersebut demi kepentingan politik, apa kaitannya pembelian tersebut dengan 1MDB yang telah mengalami kerugian. Kemana segala asset negara selama puluhan tahun memerintah sehingga wang simpanan di Tabung Haji menjadi mangsa.
Apakah lagi yang dapat menyatukan kita jika kes sebesar ini masih tidak mampu membuka mata kita semua. Tidak bolehkah kita tanpa mengira parti politik bersatu menolak pemerintah yang sudah jelas corak pemerintahannya. Sememannya buta hatilah kamu jika perkara sebegini masih mampu untuk kamu menyokong kerajaan sedang rakus dan mengila menyamun harta kamu dan mak bapa kamu. Persoalan utama yang kamu perlu fikirkan jika di zaman kamu perkara seteruk ini telah berlaku, apa yang akan tinggal untuk generasi kamu?
Perdana menteri dan pengurusi tabung haji perlu menjelaskan perkara ini pada semua dan perlu di wujudkan audit bebas bagi menyelesaikan masalah ini. Jika ini juga tidak mampu kamu laksanakan dengan telus dan jujur. Berilah peluang pada yang lebih mampu.
- Nukilan bekas ahli umno di inbox admin yang bertekad meninggalkan UMNO selepas solat Jumaat 8/5/2015 (Nama dan maklumat di rahsiakan) -‪#‎MenyokongBiarBerpada‬

Kesimpulannya, mereka sudah kantoi kerana 

-SEBELUM INI MENDAKWA TIADA PEMBELIAN ,tetapi terpaksa mengakuinya apabila didedahkan.....kesiannya yang mendedah DIDAKWA DAN DISIASAT.....Mereka yang terlibat tidak pula disiasat.

- Kos pembelian yang  MELAMPAU iaitu harganya berkali ganda tidak langsung disentuh tetapi mereka berselindung disebalik ALASAN PELABURAN......

"Kenapa ko curi duit tabung masjid tu Ajed? "
"Aku nak melabur la ......" 
" Tapi ni duit orang ramai ,kenapa tak cari duit sendiri " 
"Eleh, nanti dah untung aku BAGI LA BALIK......ko ni mana tau pasal melabur niii....."

Kita takut MELABUR INI menjadi macam kisah SAHAM FGV FELDA, semasa disuruh melabur,mereka kata UNTUNG .......UNTUNG..........tetapi apabila RUGI kerana saham jatuh mereka HALALKAN pula dengan berkata " ADATLAH NIAGA, ada untung ada rugiii..." 

Mudahnyaaaaaaaaaaa........


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.