-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 8 Mei 2015

HADI AWANG PERLU LETAK JAWATAN?

PEMBACA

Jangan ingat BN saja perlu kaji kekalahan mereka di Permatang Pauh dan menurunnya majoriti mereka di Rompin......Pas dan PKR juga perlu melakukan perkara yang sama kerana.....

Jika  diikutkan isu yang melanda sekarang ni, Pakatan Rakyat patut menang besar dalam PRK Rompin dan Prk Permatang Pauh....tapi kenapa hampir sama dan tidak berubah?? 

Satu puncanya ialah MASALAH HUBUNGAN YANG KIAN RENGGANG TERUTAMA antara PAS dan DA yang menyebabkan ramai YANG TIDAK MAHU keluar mengundi ....sama juga dengan masalah BN yang mana pengikut mereka boikot GST mereka juga  tidak mahu keluar mengundi.

Dalam hal ini, perlu dicari jalan penyelesaian...pada penulis, jalannya TIDAK SESUKAR BN bagi menyelesaikan masalah GST....masalah Pakatan Rakyat cuma perlu  BUANG rasa ego dikalangan pemimpin Pakatan sendiri......UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT bukan kepentingan Parti....

Dalam kesempitan dan kesengsaraan rakyat inilah masanya Pakatan Rakyat perlu jadi KUKUH DAN KUAT .....bukannya semakin roboh dan musnah .....ingat!! Penyokong tetap setia seperti ditunjukkan dalam PRK Rompin dan Permatang Pauh, tetapi ada juga penyokong yang TIDAK MAHU MEMBANTU kerana kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pr yang bergolak sesama sendiri.

Bukan saja ada ura ura dikalangan pemimpin PR ,termasuk juga dikalangan pemimpin Pas yang mahu Hadi Awang melepaskan jawatan mereka selaku Presiden Pas ekoran kepincangan yang berlaku dalam  PR. 

Dalam hal ini ,penulis berpendapat....sudah 13 tahun Tok Guru Hadi memimpin Pas, memang tidak dapat dinafikan banyak pembaharuan dan ketegasan beliau yang membawa Pas sehingga hari ini......tetapi...tempoh itu sebenarnya sudah terlalu lama,hatta tiada lagi seorang Presiden Pas sebelum ini yang mampu memimpin melebihi dari tempoh 13 tahun.

Justeru itu wajar Tok Guru memberi laluan pada calon lain bagi mencorak semula hala tuju Pas sesuai dengan peredaran masa.......Langkah tidak pertahankan jawatan adalah satu cara paling simbolik yang Tok Guru boleh gunakan kerana ianya lebih dihormati baik dipihak kawan mahupun lawan.

Penulis bukan menidakkan keupayaan Tok Guru Hadi, tetapi ,sudah sampainya Pas memerlukan pemimpin muda untuk mencorak dan mungkin mampu menjernihkan kembali Pakatan Rakyat....bukankah KITA PENTINGKAN KEPENTINGAN RAKYAT ?? 

Buktikan dan kotakan  apa yang kita janji dan sebutkan...

Pendapat peribadi penulis yang bukan menentang hudud tetapi mementingkan kepentingan semua rakyat.....Maaf jika anda tidak setuju!!



Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.