-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 2 Mei 2015

SURAT PANAS UNTUK PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

PEMBACA
Pergh! Haram terus hahahadoiiiiiiii!

Pemimpin Pakatan Rakyat sekarang telah diberi PELURU UNTUK BUNUH  AHLI KELUARGA SENDIRI .....Mereka pandai berkata "Demi rakyat,tetapi dalam bab INI MEREKA SUDAH LUPA....lupakan rakyat,lupakan pengundi .....

Perkara ini sudah lama penulis pendam sejak Presiden PAS  membawa isu Hudud yang akhirnya merosakkan segalanya....Jangan sesekali mendakwa penulis BANTAH HUDUD .....kerana pada penulis isu utama sekarang ialah MASALAH YANG DIHADAPI RAKYAT ,itu lah yang perlu kita dahulukan....Pakatan Rakyat...satu GABUNGAN yang dibentuk ATAS NAMA RAKYAT .....tetapi apabila timbul Hudud....nama rakyat seolah HILANG ,kepentingan rakyat sudah TIADA ..... 

Sedarlah kita pelbagai kaum, kita ada Melayu ,Cina, India dan lain lain kaum...Mereka ini SEMUANYA RAKYAT YANG MENYOKONG DAN MENARUH HARAPAN TINGGI PADA PAKATAN RAKYAT SEKARANG NI......Mereka ini bukan rakyat Bangladesh....tetapi mereka ini semuanya rakyat yang lahir dan menerap disini....Fakta agihan kerusi Parlimen juga telah menunjukkan, JIKA TIADA KERJASAMA DAN GABUNGAN DARI SEMUA RAKYAT, Pas tidak mampu laksanakan Hudud, Dap tidak mampu laksanakan Malaysia Malaysian mereka ...PKR tidak mampu menarik menegakkan KEADILAN ....

Memang setiap parti ada ideologi mereka sendiri ,tetapi DALAM BAB PASUKAN, keutamaan rakyat harus diletakkan dipersana paling atas, dimana lagi rakyat nak bergantung harap setelah DIDERA BARISAN NASIONAL?? Sampai bila Pakatan Rakyat cuma MAMPU MEMANG ISU .....TAPI KITA GAGAL MENANG UNDI??

Tinggal beberapa hari lagi rakyat dan pengundi  #prkrompin dan #prkpermatangpauh nak mengundi,tetapi pertelagahan masih wujud,perasaan iri hati,ego dan sombong DEK KUASA YANG BARU DIKURNIA SEDIKIT ITU menguasai diri beberapa pemimpin atasan parti....Penulis berada di Rompin, sedih apabila melihat seolah olah PAS cuma berjuang seorang diri tanpa bantuan DAP mahupun PKR .....begitu juga yang kabarnya berlaku di Permatang Pauh.....Kenapa keadaan sekarang tidak berlaku seperti dalam PRU yang lalu,dimana penulis bangga apabila PAS,DAP DAN PKR BERSAMA SAMA BERGANDING BAHU BANTU MEMBANTU bagi menangkan kawasan masing masing.....

Sepatutnya waktu dan ketika inilah SEMUA PIHAK BERSATU ....Kita asyik bercakap pemimpin BN tidak utamakan rakyat, tapi kita lupa...kita sendiri SUDAH TIDAK UTAMAKAN RAKYAT ? 

Isu Hudud, macam penulis jelaskan diatas,sebagai orang Islam,penulis tidak menolak hukum hudud, tetapi dalam bab rakyat penulis lebih suka kita melihat dari sudut yang lebih luas, dalam HAK DAN KEPENTINGAN RAKYAT ......

Langkah PAS membawa isu Hudud umpama penulis sebut diawal ayat diatas tadi, PELURU yang diberi untuk membunuh AHLI KELUARGA SENDIRI .......Fikirlah dengan waras,jika BN menyokong Hudud, IANYA SUDAH PUN DIBENARKAN UNTUK DIBENTANG DIPARLIMEN dalam sidang yang lalu? Kenapa mereka membiarkan Hudud ini ibarat digantung tidak bertali? Kerana mereka sedang MENGUMPAN KITA DENGAN PELURU MEREKA.....Percayalah.....Jika Arwah Tok Guru Nik Aziz masih ada, dia pasti sedih melihat apa yang berlaku SEKARANG...??

Tidakkah kita terfikir maksud ayat ini ....." BANTULAH SAUDARAMU YANG DIZALIMI" ? Tidakkah kita terfikir dalam PKR malah DAP sendiri ada saudara kita yang ISLAM? Tidakkah kita terfikir begini.....

" Anda sudah terlewat untuk solat Asar, semasa nak sembahyang, triba triba ayam masuk kedalam rumah.....Anda ambil keputusan untuk terus kan sembahyang dan membiarkan ayam itu didalam rumah...Sepanjang mengerjakan solat itu FIKIRAN ANDA PASTI TERINGAT KAN AYAM tadi....masuk ke dapurkah ? Ayam itu berak kah? Ayam itu ada dibelakang anda kah?? Secara simboliknya , SEMBAHYANG ASAR ANDA PADA KETIKA ITU SEBENARNYA BERTUHANKAN AYAM!!!

Disini Allah beri kita akal, memang kita perlu DULUKAN ALLAH dalam segala hal, tapi ada kala juga kita perlu dulukan perkara lain kerana tidak mahu TUMPUAN KITA UNTUK INGAT ALLAH TERJEJAS.....Samalah dalam isu hudud ini , Pas sudahpun DIBERI JAWAPAN ,tetapi tetap BERHARAP pada sebiji peluru yang DI ARAH KEDADA KITA SENDIRI ......

Utamakan kepentingan rakyat terlebih dahulu.....kukuhkan ikatan, kembalikan keakrapan yang pernah terjalin suatu ketika dulu.....buang sikap ego baik dipihak atasan PAS, DAP dan PKR sendiri.....fikirkan rakyat yang SEDANG MENCARI POHON UNTUK BERPAUT DIBAWAH NI??


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.