-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 2 Mei 2015

FAKTA FELDA ,TIDAKKAH INI SAMA?

PEMBACA

Mungkin ada yang masih keliru dan mudah diperdaya dalam isu peneroka Felda, cuba lihat fakta dibawah untuk membolehkan kita berfikir .


Dalam isu Felda ini, ayat yang biasa dan sering kita dengar dan baca ialah DIURUSKAN seperti contoh, "ladang peneroka diuruskan oleh Felda" ....pada ayat diuruskan ini saja saja membuktikan SIAPA TUAN SEBENAR .

Tak faham? Siapa boleh nafikan, rumah termasuk ladang setiap peneroka sebenarnya itu dibayar ? Ingat kah lagi isu GERAN yang pernah jadi panas dulu melibatkan peneroka? Tidakkah geran itu membawa maksud SUDAH HABIS BAYAR ?? Mana ada peneroka duduk di Felda tidak berbayar? Fakta ini ramai yang keliru kerana sering timbul tanggapan "PENEROKA TIDAK BERSYUKUR " .......

Sering kali juga kita dengar , ada peneroka yang tidak membayar hutang, tidakkah ayat HUTANG itu membuktikan kenyataan dibayar tersebut? Macam mana pula timbul dakwaan peneroka tidak bersyukur ? Peneroka pengkhianat? Tak per...jangan pening lagi....kita ambil contoh mudah untuk bagi anda faham....

Setiap kali kita ingin membeli kereta, kita akan gunakan bank bagi MENGURUSKAN urusan tersebut bukan? Bank diwujudkan untuk memudahkan kita yang tidak berkemampuan memiliki kereta ,ianya sama juga dengan Felda diwujudkan untuk membantu rakyat khasnya orang melayu memiliki harta untuk saraan hidup mereka sendiri....

Kedua syarikat  ini menjalankan perniagaan dimana selain menguruskan pinjaman untuk kereta, bank juga mempunyai sumber lain untuk pendapatan mereka  ,sama juga dengan Felda yang juga mempunyai sumber lain seperti pelaburan dan lain lain...Dalam bab ini pastinya PENEROKA TIDAK TERLIBAT kerana mereka cuma terlibat dalam pembelian kereta untuk bank dan pembayaran untuk tanah ladang dan rumah......

Apabila sudah tamat pembayaran itu dibuat, pastinya ladang atau kereta itu menjadi milik kita ,betul kan? Jadi kenapa boleh timbul anggapan Peneroka yang uruskan  ladang mereka sendiri PENGKHIANAT ? Tidak kenang jasa Felda...? Kenapa pula tidak timbul dakwaan yang sama...PEMBELI KERETA MAYBANK LUPA DIRI DAN TIDAK BERSYUKUR.....

Pasti timbul tanggapan, Felda itu dibuat oleh UMNO .......baiklah.....rujuk slogan ini " Demi menjamin kesejahteraan rakyat, rakyar didahulukan " Ini sering kita dengar dilaungkan oleh mereka kan? Persoalan penulis, untuk apa kita pilih pemimpin? Untuk apa SEORANG PEMIMPIN ITU DIPILIH? Tak dapat beri jawapan? Pastinya untuk menyenangkan kehidupan rakyat dan menjadi kewajipan pemimpin yang dipilih itu melaksanakan hasrat rakyat, kalau tidak kenapa KITA DISURUH MENGUNDI BAGI MEMILIH MEREKA ??

 Kita termasuk peneroka boleh dituduh TIDAK BERSYUKUR jika SETIAP PEMIMPIN menggunakan ayat ini.........UNDI DAN PILIHLAH KAMI DEMI KAMI, KERANA KAMI UTAMAKAN PERIUK NASI KAMI........bukan rakyat.........Hahahaha hahaha

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.