-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 10 Mei 2015

HUSAM BERJAYA KANTOIKAN JAMIL KHIR......

PEMBACA

Baca surat terbuka Dato Husam Musa kepada DS Jamil Khir dibawah....ADA SATU bahagian yang BERJAYA kantoikan Menteri yang menjaga hal ehwal agama ini......
Saya pasti YB mengikuti sepenuhnya isu pembelian sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB oleh Tabung Haji yang menjadi viral sekarang termasuk penjelasan terbaru YB Datuk Pengerusi Tabung Haji pada pagi ini (semalam).
 
Tabung Haji, mengikut Akta Tabung Haji 1995, adalah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa YB, baik untuk meluluskan cadangan pelaburan Seksyen 4(3) dan 20(2), perlantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah  Seksyen 6(1)(d) bahkan untuk memecat Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Seksyen 6(5) serta mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sepertimana peruntukan Seksyen 9.

Malangnya, di tengah keributan yang meresahkan para pencarum dan gegaran yang boleh meruntuhkan integeriti dan kredibiliti Tabung Haji, YB sehingga hari ini masih berdiam diri.

Menerusi surat ini, saya tidak ingin menyenaraikan semula isu-isu yang melingkari transaksi Tabung Haji - 1MDB.

Cukuplah YB menelitinya menerusi laporan media.

Saya menyeru YB perkara-perkara berikut;

1) Membatalkan transaksi tersebut. Jika tidak, YB adalah orang yang akan dianggap dari segi undang-undang paling bertanggung jawab ke atas transaksi itu kerana kelulusan terakhir mengikut Akta TH adalah terletak di tangan menteri mengikut Seksyen  4(3), 20(2) dan 10 Akta Tabung Haji 1995.

Saya yakin, transaksi penuh belum lagi dimuktamadkan dan ruang pembatalan masih lagi wujud berasaskan maklumat dalam dokumen yang dibocorkan.

2) Menamatkan perkhidmatan Datuk Pengerusi Tabung Haji yang ada sekarang kerana beliau telah cuba memberikan gambaran yang tidak benar terhadap transaksi TH-1MDB.

Pada mulanya beliau menafikan wujud transaksi itu dan kemudiannya kenyataan beliau didapati tidak benar bila Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah membuat kenyataan akhbar sebaliknya.

Ini demi menjaga kepercayaan para pencarum.

YB mempunyai kuasa di bawah Akta Tabung Haji, sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 6(5) Akta Tabung Haji 1995 yang berbunyi: "Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan perlantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya"

3) Merombak semula seluruh Ahli Lembaga dan pengurusan kanan yang terlibat dengan transaksi ini bagi mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan.

YB dipertanggungjawabkan di bawah Akta Tabung Haji bagi menguruskan dana dan wang simpanan pendeposit-pendeposit bagi tujuan ibadat haji yang merupakan Rukun Islam Kelima.

Sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, YB mesti menunjukkan ketinggian Islam dalam menjaga amanah orang ramai, berani menyatakan kebenaran dan bertindak untuk kepentingan rakyat.

Saya memanjangkan cadangan ini untuk tindakan YB. Sekian, terima kasih.


HUSAM MUSA naib presiden PAS. Artikel ini surat terbuka beliau kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diedarkan semalam.

Rujuk pula petikan berita terkini melibatkan DS Jamil Khir dalam isu Tanah Tabung Haji diatas.....

DS Jamil Khir terkejut kan? Baca semula petikan ini......

1) Membatalkan transaksi tersebut. Jika tidak, YB adalah orang yang akan dianggap dari segi undang-undang paling bertanggung jawab ke atas transaksi itu kerana kelulusan terakhir mengikut Akta TH adalah terletak di tangan menteri mengikut Seksyen  4(3), 20(2) dan 10 Akta Tabung Haji 1995.

BUKANKAH DS JAMIL KHIR SUDAH KANTOI......Macam mana dia TERKEJUT seolah olah TIDAK TAHU sedangkan dari apa yang diberitu oleh Husam diatas,segala kelulusan terletak dalam tangan beliau??


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.