-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 14 Mei 2015

HUKUM KARMA TUN DR MAHATHIR ......SIAPA SELEPAS INI?

PEMBACA
Ezam kantoi? Apa yang kantoi? Jika anda perasan,setiap kali ditemubual,nama "BEKAS SETIUSAHA POLITIK " pasti ada sedangkan dia dah lama masuk Umno.....tapi kali ni nama ANWAR  tak letak sebab dia dok hentam Tun Dr Mahathir

Semua yang kita lihat hari ini adalah satu pelajaran untuk kita, bahawa KUASA ITU boleh melupakan ORANG, KUASA itu boleh menukar yang lawan menjadi lawan....


Dalam media massa dan eletronik, kini kita dipaparkan kenyataan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan DS Najib dan menolak Tun Dr Mahathir


Cer tengok contoh dibawah ni SAMBIL KITA IMBAS SEJARAH LAMPAU.......

Semasa Tun Dr M berkuasa, dia disanjung oleh Shahidan Kasim, Hamid Alba, Daim, Samy Vellu, Rais Yatim termasuk Nazri Aziz......tapi bila Tun sudah tiada kuasa...Tun menjadi LAWAN MEREKA sedangkan dizaman Tun merekalah pendokong kuat beliau...

Berikut beberapa senarai menteri kabinet dan Menteri Besar semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir .......(Sumber Arkib media )

 DR MAHATHIR UMUMKAN BARISAN KABINET BARU 

KUALA LUMPUR, 10 Dis --KABINET BARU...Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menunjukkan senarai nama ahli-ahli jemaah menteri yang baru dan anggota pentadbiran kerajaan persekutuan yang baru dilantik di jabatan Perdana Menteri di Putrajaya di sini petang ini


KUALA LUMPUR, 10 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melantik sembilan menteri baru, menukar portfolio beberapa menteri dan menggugurkan tiga menteri apabila mengumumkan kabinet barunya hari ini.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri manakala Tun Daim Zainuddin masih memegang portfolio Kewangan.

Dr Mahathir membuat kejutan dengan mengumumkan pelantikan Datuk Musa Mohamed sebagai Menteri Pendidikan. Musa akan dilantik sebagai senator.

Menteri baru yang lain ialah Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Dr Rais Yatim, Datuk Dr Fong Chan Onn, Datuk Ong Ka Ting, Datuk Nazri Abdul Aziz, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Effendi Norwawi dan Datuk Azmi Khalid.

Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke Kementerian Pertahanan dari Kementerian Pendidikan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin berpindah ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dari Kementerian Belia dan Sukan.

Tiga menteri yang digugurkan ialah Datuk Amar Dr Sulaiman Daud (Pertanian), Datuk Dr Ting Chew Peh (Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) dan Datin Paduka Zaleha Ismail (Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat).

Dr Mahathir bagaimanapun mengekalkan dua lagi menteri wanita -- Datuk Seri Rafidah Aziz di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman yang berpindah ke Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat dari Jabatan Perdana Menteri.

Menteri kanan lain yang terdiri daripada pemimpin parti komponen Barisan Nasional dikekalkan pada portfolio masing-masing.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik kekal sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai Menteri Kerja Raya dan Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, Menteri Perusahaan Utama.

Datuk Seri Syed Hamid Albar kekal sebagai Menteri Luar.

Dengan pelantikan Dompok, Sabah, sebagaimana juga Sarawak, kini mempunyai tiga wakil dalam Kabinet. Yang lain ialah Tan Sri Kasitah Gaddam (Tanah Dan Pembangunan Koperasi) dan Datuk Pandikar Amin Mulia (Jabatan Perdana Menteri).

Menteri dari Sarawak ialah Datuk Amar Leo Moggie (Tenaga, Komunikasi Dan Multimedia), Datuk Law Hieng Ding (Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar) dan Effendi.

Dengan pelantikan Azmi bermakna Perlis sekarang mempunyai seorang menteri Kabinet buat kali pertama.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah, yang diramalkan akan dilantik sebagai menteri, tiada dalam senarai pelantikan yang diumumkan itu.

Terengganu juga tidak mempunyai wakil dalam Kabinet itu memandangkan Barisan Nasional tewas bagi semua lapan kerusi Parlimen yang ditandinginya di negeri itu pada pilihan raya umum bulan lepas.

Lima daripada sembilan menteri baru itu merupakan mereka yang dinaikkan pangkat daripada timbalan menteri. Mereka ialah Hishammuddin, Azmi, Nazri, Fong dan Ong.

Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman, yang tewas bagi kerusi parlimen Sik pada pilihan raya lepas, dilantik semula ke portfolio sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau akan dilantik menjadi senator.

Ramai di antara mereka yang dilantik sebagai timbalan menteri adalah muka baru. Mereka termasuk Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Khaled Nordin, Datuk Anifah Aman, Datuk Zainal Dahlan, Datuk Tan Kee Kwong, Dr Ng Yen Yen dan Tiki anak Lafe.

Bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan manakala bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Abu Zahar Isnin sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Dalam Negeri.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Shariff Omar mengambil alih jawatan Timbalan Menteri Pertanian.

Kementerian Pendidikan akan menyaksikan pasukan baru keseluruhannya dengan pelantikan Senator Datuk Aziz Shamsuddin sebagai Timbalan Manteri dan Datuk Dr Mahadzir Mohamad Khir sebagai Setiausaha Parlimen, untuk membantu Musa.

Datuk Ong Tee Keat, yang dahulunya menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.

Datuk G. Palanivel, dahulunya Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat, mengambil alih jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang dahulunya Setiausaha Parlimen Kementerian Belia Dan Sukan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut dinaikkan pangkat ialah Datuk Dr Shafie Salleh, daripada Setiausaha Parlimen ke Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan.

Datuk Chor Chee Heung pula dinaikkan pangkat daripada Setiausaha Parlimen di Kementerian Pangangkutan menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Seorang lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri ialah Datuk Zainal Abidin Zin yang baru dipilih menjadi anggota Parlimen. 

KINI DIMANA MEREKA?? 



  • Nazri cabar Mahathir, kalau berani tanding di Pekan ...

    www.youtube.com/watch?v=6h79hnQ_vDQ
    1 day ago - Uploaded by KiniTV
    Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri AbdulAziz mencabar Tun Dr Mahathir ...
  • Nazri buat lawak cabar Mahathir bertanding di Pekan MRM

    malaysianreview.com/.../nazri-buat-lawak-cabar-maha...

    Translate this page
    1 day ago - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Azizmencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dengan Datuk Seri Najib ...
  • Nazri cabar Mahathir, kalau berani tanding di Pekan - KiniTV

    www.kinitv.com/video/18558O74

    Translate this page
    1 day ago - Berita: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Azizmencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bert...
  • Najib Senang Dibawa Berbincang – Samy Vellu | Orang ...

    www.orangmuda.tv/.../najib-senang-dibawa-berbincan...

    Translate this page
    Apr 28, 2015 - Najib Senang Dibawa Berbincang – Samy Vellu ... PM, Tun M Dah Bersemuka, Pemimpin BN Sokong Najib Sebab Perubahan Yang Dibawa ...
  • Samy Vellu puji Najib | Free Malaysia Today

    www.freemalaysiatoday.com/.../s...

    Translate this page
    Free Malaysia Today
    Apr 27, 2015 - PETALING JAYA : Datuk Seri S Samy Vellu memuji Datuk Seri NajibTun ... saya sokong apa yg dikatakan oleh samy. tun M skrg dah tak fikir ...

  • Penulis yakin, andai kata suatu hari nanti, DS Najib tidak lagi berkuasa dan ada diantara anggota kabinetnya sekarang mempunyai jawatan dalam barisan kabinet baru...Najib juga akan ditolak sama seperti yang berlaku pada Tun Dr Mahathir sekarang......

    Jika anda masih ingat dan mahu mengenang sejarah......Alllahyarham Tun Abdul Rahman, Tun Hussein Onn adalah diantara yang kuat menentang Mahathir lalu dibuang oleh Tun sendiri  bersama barisan kabinetnya 2 BEKAS PERDANA MENTERI ini .......




  • Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul ...

    politicianissuck.blogspot.com/.../surat-terbuka-dr-mah...

    Translate this page
    Dec 6, 2012 - Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra bertarikh 17 Jun 1969. Batu 6, Titi Gajah, Alor Star, 17hb. Jun 1969
  • Marah Betul Tunku Abd Rahman Dengan Mahathir. | mae

    maemahi.blogspot.com/.../marah-betul-tunku-abd-rah...

    Translate this page
    Marah Betul Tunku Abd Rahman Dengan Mahathir. Copy & Posted By mahi on Jan 30, 2013. Marah Betul Tunku Abdul Rahmah Kepada UMNO dan Mamak ...
  • Tunku Abdul Rahman UMNO Mahathir Khianati Saya ...

    www.youtube.com/watch?v=xOh3rszJ3sk

    Nov 17, 2012 - Uploaded by littletrue666
    Lost Film-Tunku Abdul Rahman. ... Melayu tolonglah insaf sikit dan pakai otak ,mengikut tengkuk ...
  • Harakahdaily - Marah Betul Tunku Abdul Rahmah Kepada ...

    https://www.facebook.com/.../10151322729178369

    Translate this page
    Marah Betul Tunku Abdul Rahmah Kepada UMNO dan Mahathir. Surat wasiat ... Lihat … Ini warkah terakhir Tunku Abd Rahman sebelum meninggal dunia.
  • Mahathir VS Tunku Abdul Rahman? - Berita Semasa

    www.beritasemasa.com.my/mahathir-tunku-abdul-rah...

    Translate this page
    Jan 22, 2013 - Tun Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman sudah lama pun .... pendapat beliau ,sekiranya kita boleh merasa marah apabila beliau ...




  • Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

    0 Mesej diterima:

    Catat Ulasan

    TERIMA KASIH AWAK

    KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.