-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 9 Mei 2015

HADI AWANG DIPERMAINKAN GERAKAN.....KANTOI

PEMBACA
Komen Dato Siti apa yang berlaku pada Tabung Haji......

Memang ramai rakan dikalangan Pas yang kurang senang dengan kenyataan penulis pada Presiden Pas hingga ada yang tetap menuduh penulis TOLAK HUDUD ...

Penulis berkata berdasarkan fakta...terkini cuba fahami KEJADIAN dibawah yang Allah mahu tunjukkan pada kita......

Baca dulu petikan berita dibawah supaya penulis tidak dituduh penyebar fitnah.....

Gerakan memfailkan permohonan untuk mencabar kesahan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 daripada aspek perlembagaan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Timbalan ketua Pemuda parti itu Andy Yong berkata mereka memfailkan usul bawah Perkara 4(3) dan 4(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengisytiharkan enakmen itu batal dan tidak sah kerana tidak selari dengan peruntukan kebebasan asasi dalam Bahagian II.

Gerakan juga percaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bertindak melebihi bidang kuasa dengan menceroboh kuasa Parlimen.

Langkah itu, kata Yong, dengan mewujudkan undang-undang jenayah yang sebenarnya bawah senarai bidang kuasa persekutuan yang disebut dalam Jadual Kesembilan.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menolak permohonan Gerakan untuk mencabar undang-undang hudud daripada dilaksana di Kelantan dan membenarkan bantahan awal kerajaan negeri.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati kes berkenaan pramatang dan ultra vires (melampaui bidang kuasa).

Gerakan pada 18 Mac lepas memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya dibentangkan pada persidangan DUN Kelantan pada tarikh sama.


Pada yang tidak tahu atau tak nak ambil tahu....PARTI GERAKAN ialah sebahagian dari parti Komponen dalam BN yang diterajui oleh UMNO.....

Langkah Gerakan yang membawa isu ini ke Mahkamah TIDAK LANGSUNG DITENTANG OLEH UMNO yang katanya menyokong Hudud.....Mana pergi NGO pro UMNO yang selama ini begitu kuat menyokong Hudud yang dibawa PAS? Mana pergi pemimpin pemimpin UMNO yang selama ini akan bersama Pas bagi menyokong HUDUD?

Jika benar dan jujur mereka mahu menyokong Hudud,pastilah mereka akan BERBUNYI sekurang kurangnya membantu Pas yang tersepit antara kawan dan lawan? 

Bukti ini saja sudah cukup untuk kita faham dan dapat berfikir dengan waras, bahawa HUDUD cuma dijadikan SENJATA oleh mereka untuk merosakkan PAKATAN RAKYAT .....tidakkah kita nampak? 

Adakah kita akan membiarkan Presiden Pas dipermainkan lagi? Tidakkah kita lupa pesan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang sering mengingatkan kita MANA LAWAN MANA KAWAN?

Penulis masih ingat betapa dalam PRU yang lalu, Pas dan DAP boleh bertukar lambang andai DAP tidak dibenarkan bertanding.....PAS dan DAP boleh duduk semeja bersama barisan penyokong atas nama PERPADUAN.....tapi kini?? 

Pas for All......baiki semula agar kesepakatan dan keharmonian terjalin seperti dulu.....Pemimpin DAP dan Pas perlu buang sikap ego .....selesailah masalahnya....selepas itu barulah kita boleh mencari jalan untuk menyelesaikan MASALAH YANG DIBAWA oleh Barisan Nasional......tak gitu beb?


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.