-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 9 Mei 2015

DATUK PANGLIMA TABUNG HAJI DAH BERSUARA....BENARKAH??

PEMBACA

Setelah didesak dan mungkin KANTOI, Datuk Panglima Azreez telah mengadakan sidang akhbar untuk MENJUAL SEMULA TANAH YANG DIBELI seperi laporan beita dibawah.


Hangat dikritik berhubung perjanjian jual beli tanah dengan syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan menjual tanah yang dibelinya sebulan lepas pada harga RM188.5 juta itu.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata hari ini, TH dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjual tanah di Tun Razak Exchange projek (TRX) itu bagi menghormati ‘sensitiviti’ pendeposit.
Azeez berkata Najib menasihatkan beliau melupuskan tanah itu supaya nama TH, yang ditubuhkan bagi membantu orang Islam melaksanakan rukun haji, ‘tidak tercemar’ kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB.
Tanah itu akan dijual kepada pembeli dengan keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk TH dan akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu, kata Azeez pada satu sidang media di ibu pejabat TH hari ini.
Najib, yang juga menteri kewangan merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
"Isu ini sudah menular sampai pemandu teksi tanya sama ada TH 'bailout' 1MDB. Jadi, kami nak jaga sensitiviti makcik yang di Baling, pemandu-pemandu teksi yang menyimpan duit untuk pergi haji," katanya.
Beliau bagaimanapun masih mempertahankan pembelian itu, dengan berkata TH akan mendapat pulangan tahunan sebanyak 9% daripada transaksi tersebut.
1MDB membeli tanah itu bagi membina menara kondominium mewah yang boleh membawa keuntungan RM180 juta dalam masa tiga tahun, katanya.
"Kami akan cari tanah lain untuk dilabur. Ini membuktikan tanah ini bukan susah untuk dijual. Kami hanya pegang hak milik itu untuk sebulan dan ia masih boleh menguntungkan kami," katanya sambil menambah lembaga pengarah TH sedang mempertimbangkan 3 pembeli berpotensi.
Beliau juga menolak tanggapan yang pembelian tanah oleh TH itu ialah satu bentuk 'bailout' untuk dana pelaburan strategik milik negara itu.
"Kita akan buat keputusan dalam satu dua minggu ini. Ketua pegawai kewangan (CFO) akan buat pengumuman," kata Azeez.
Katanya, wang penyimpan TH langsung tidak disentuh bagi tujuan pembelian tanah dari 1MDB itu.
"Ini macam biasa, kita beli tanah, hartanah. Orang jangan takut, makcik letak seringgit, dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
"Kami masih ada RM5.6 bilion untuk digunakan bagi membeli hartanah. Kami tak guna wang penyimpan. Arahan pembangunan ada. TH berpengalaman laksanakan banyak (jualbeli) hartanah seperti ini," katanya.
Beliau mempertahankan keputusan TH dalam membuat keputusan untuk membeli tanah itu, mengatakan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan ia merupakan satu "keputusan komersial".
"Kami pun ada maruah. Kami mempertahankan maruah kami. Kami ada pengalaman yang luas. Buat apa nak batalkan (pembelian tanah)? Siapa yang perlu penerangan, kita akan bagi taklimat," katanya.
Azeez berkata, kertas kerja untuk pembelian tanah itu pertama kali dibentangkan kepada mereka pada April 2013, dan TH mengambil masa 2 tahun dan melalui banyak proses yang sewajarnya sebelum meluluskannya.
"Kami alu-alukan siasatan dalam hal ini. Ia memang satu keputusan komersial yang tulen," katanya.
Sebuah blog yang dinamakan "The Benchmark" pada 6 Mei membocorkan dokumen terperinci mengenai rancangan TH membeli 2 plot tanah daripada 1MDB di tapak projek TRX itu.
Pembelian RM188.5 juta bagi plot tanah pada keluasan 0.63 hektar kemudiannya disahkan, menimbulkan bantahan daripada pendeposit TH dan pemimpin politik dari kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang, memandangkan 1MDB diketahui umum menanggung timbunan hutang mencecah RM42 bilion. – 9 Mei, 2015.

Dari kenyataan beliau, seolah olah pembelinya bukan melayu dan seolah olah menyalahkan KITA PULA yang tidak benarkan mereka beli tanah tersebut......aduyaiiiiiiii!!

Tapiii......satu fakta yang PERLU dan patut kita tahu,disebabkan pembelian tanah ini sudah menjadi topik umum.......kita hendak tahu......

SIAPA PEMBELI ? BENARKAH JUMLAH JUALANNYA BOLEH MENCACAT KEUNTUNGAN kerana 1MDB beli harganya puluh puluh, TH sanggup beli RIBU RIBU......adakah pembeli yang sanggup?? Tak per kita tungguuuuuuuuuu



FIKIR FIKIR........

Rakyat tiada duit curi tabung masjid, dipenjara 2 tahun. Kerajaan tiada duit curi duit tabung haji (berbilion)bebas.




Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.