-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 15 Februari 2015

REZEKI SI TAMAK YANG KANTOI!!

PEMBACA
CUBA........

Hidup ni jangan tamak kerana ada masanya tamak itu membawa kerugian kepada kita seperti kejadian yang berlaku dibawah......



Selepas solat , Sabri dan Hasni berbual di kawasan rehat surau sementara menanti anak mereka siap mengaji.....

"Semalam nak jadi rezeli aku As.....dekat dua puluh kilo aku dapat ......" 

"Ko mancing kat mana? Ada jumpa lubuk baru ke? "Tanya Hasni yang sudah mula teruja dengan hasil tangkapan ikan Sabri.

" Lubuk biasa......kul 10 karang aku nak gi lagiii......." Sabri berkata sambil menunjukkan hasil tangkapan ikan yang disimpan dalam enponnya.

" Ko sorang jer ....aku nak ikut......." Hasni bertanya kerana dia sendiri tak pernah dapat ikan sebanyak tu sebelum ni.

"Boleh......kul 11 karang aku ambil ko kat rumah......." Kata Sabri menutup perbualan mereka malam itu......

Sebelum pukul 11 Malam, Hasni sudah bersiap untuk mengikut Sabri memancing....maka menantilah Hasni dirumah hingga dirasakan amat lambat jam itu bergerak........11.15 malam,kelibat Sabri masih belum kelihatan menyebabkan Hasni mula resah.......11.20 malam, Hasni sudah hilang sabar lalu telefon rakan nya itu....

"Ko kat mana Sabri? Puas aku tunggu ni......." Tanya Hasni.

" Alamak........aku terlupa la As, aku kat lubuk dah ni...sori sori ...." Jawab Sabri sambil menamatkan perbualan. Hasni terkedu dan terdiam...Nak pergi seorang diri dia tak tahu dimana lubuk yang dipancing Sabri, maka malam itu tidurlah Hasni dalam angan angan kosong.....

Pagi esoknya, Hasni pergi juga memancing bersama seorang lagi rakan yang bernama Hassan....sebelum pergi sekali lagi dia telefon Sabri untuk tahu lubuk mana...

"Lubuk tapah kat hujung sungai tuuu........Aku dapat 10 kilo gak malam tadiii....." Jawab Sabri pada rakannya,sebenarnya Sabri menipu,bukan lubuk itu tempat dia memancing dan memang dia sebenarnya tidak lupa janjinya malam tadi cuma perasaan tamaknya menyebabkan dia sengaja mereka cerita.

Hasni pula memang sangat mengenali perangai buruk Sabri tetapi sengaja dia nak uji kejujuran rakannya ini......sudah beberapa kali Hasni dipermainkan oleh Sabri sebelum ni...jika Hasni dapat hasil yang banyak, Sabri akan bertanya dimana kemudian pergi seorang diri ke lubuk tersebut....tetapi apabila Sabri dapat lubuk memancing yang baik,dia akan tunjukkan hasilnya saja tanpa mahu beritahu dimana lubuknya.......

Petang itu kecoh dalam geng memancing tentang hasil tangkapan ikan oleh Hasni dan Hassan yang mencecah 100 kilo....tak kala susahnya mencari lubuk yang banyak ikan sekarang ni,triba triba mereka berjaya membawa hasil tangkapan yang banyak......malah lebih banyak dan tak pernah dirasai oleh pemancing lain termasuk Sabri sendiri.

Sabri yang terkejut dan tergamam mula berbaik dengan Hasni untuk bertanya.......macam biasa, Hasni tetap ceritakan dilubuk mana dia dan Hassan berjaya mendapat tangkapan ikan yang banyak  tanpa mahu berselindung kerana padanya rezeki itu tetap ada WALAU KITA JUJUR......

Malam itu juga Sabri bergerak seorang diri untuk memancing dilubuk yang dikatakan oleh Hasni,namun dia pulang hampa kerana hasilnya tidak sampai sekilo... malah menuduh pula Hasni menipunya ......

"Celakee... ko cakap lubuk ALi rimau tu banyak ikan....... aku gi malam tadi tak dapat punnnnnn......" Marah Sabri dengan perasaan bengang.

"Memanglah..... semalam belum sempat aku habis cerita ko dah balik......." Kata Hasni tentang peristiwa malam tadi, dimana bila Hasni beritahu saja lubuk mana dia dapat 100 kilo, Sabri yang mulanya teruja mendengar cerita, triba triba segera mahu balik awal, kononnya ada saudaranya dirumah ketika itu sedangkan dia pergi ke lubuk itu untuk memancing.

"Sebenarnya selepas abis kami memancing pagi tu, kami ingat nak datang semula tengaharinya namun bila kami sampai, orang Asli dah menjaring kat lubuk tu......"  Hasni berkata menyebabkan Sabri terdiam dan mula TERASA malu dengan SIFAT TAMAKNYA ......!!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.