-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 21 Februari 2015

REALITI YANG BERLAKU BILA KERETA TERBABAS SEPERTI INI......

PEMBACA

#keratong
#kantoiidentiti
Dalam perjalanan untuk sarapan pagi tadi (7.10pagi) penulis terserempak dengan kereta yang terbabas seperti dibawah yang berlaku di perhentian bas Keratong Bandar Tun Razak Pahang.....


Menariknya,kedai minum yang dikunjungi penulis berhampiran dengan tempat kejadian maka ramailah pelanggan yang tak putus putus menyaksikan kejadian itu.

Perlbagai andaian dan cerita yang penulis dengar tentang punca kemalangan tersebut..ada yang berkata pemandunya mengantuk dan kena serangan jantung, ada yang kata pemandunya cuai ......ada juga yang menokok tambah kononnya kereta itu mengelak lori yang lalu disitu.....

Dan itulah realitinya dengan sikap kita yang kadang kala tidak tahu hujung pangkal tapi mahu bercerita berdasarkan apa yang dilihat...lebih membahayakan lagi apabila cerita yang tidak tepat itu cepat tersebar dan ditokok tambah bagi menyedapkan punca kejadian....

Agaknya kalau dibiar lama lagi kenderaan tersebut,mungkin akan muncul cerita " PEMANDUNYA CEDERA PARAH" ye tak? Iyelah! Orang kita kan suka cerita sensasi...kalau berlaku kemalangan yang ditanya dulu " BERAPA ORANG MATI ?" ,jika tiada kematian maka kemalangan itu dianggap tidak SENSASI dan boleh diabaikan ceritanya.

Baiklah.....punca sebenar kejadian yang berlaku diatas, seperti yang diceritakan oleh isteri simangsa ialah......"dia mahu menghantar anaknya menaiki bas disitu dan cuaca pagi ketika itu amat berkabus ......"

Tiada sebab lain dan kereta tersebut telahpun berjaya dialihkan dengan menggunakan backhoe..

#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.