-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 21 Februari 2015

BAYAR TOL SATU JIHAD .......BUKAN BERITA PALSU...LIHAT BUKTI

PEMBACA


#abahkau
#kantoiidentiti
Media sosial kecoh dengan #viral keratan akhbar yang bertajuk "BAYAR TOL SATU JIHAD " ...ianya menjadi bahan kutukan, bahan lawak dan pelbagai bahan lagi tidak termasuk bahan masakan...benarkan BERITA INI? 



Saksikan pendedahan dibawah.

Hampir semua penyokong Pakatan menyiarkan keratan akhbar dibawah.....







BENARKAH KERATAN AKHBAR DIATAS? Hasil crian penulis.....penulis jumpa petikan dibawah yang memang membuktikan berita diatas wujud  dan ianya pernah disiarkan dibeberapa blog dan menjadi topik bualan di ruangan forum seperti TKO ........


JIHAD terkini....
06.04.07 (11:53 pm)   [edit]
Itulah tajuk akhbar Harian Metro 1 Jun 2007.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd Khairi Hussin, semasa membentangkan ceramah bertajuk: 'Islam Hadhari: Konsep dan Falsafah' di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Inilah orang yang menjadi pentadbir pusat pengajian tinggi di negara kita. Orang seperti inilah yang akan menguruskan anak bangsa kita untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Inilah konsep dan falsafah Islam Hadhari yang akan terus diperjuangkan kerana ianya merupakan satu jihad. Akan mendapat pahala berlipat kali gandalah kepada mereka yang kerap membayar tol. Dalam hal ini kita patut berterima kasih kepada Samy Vellu kerana menyediakan ruang untuk kita melakukan jihad. Mungkin selepas ini kematian Samy Vellu bolehlah dianggap syahid kerana beliau meninggal kerana bersusah-payah menyediakan rumah-rumah tol untuk kita berjihad.

Analogi yang beliau gunakan adalah membuang duri di jalan adalah satu pahala kerana memberi kemudahan kepada orang ramai melaluinya. Oleh itu membina rumah tol adalah juga berpahala kerana memudahkan orang melalui lebuhraya tersebut. Ini analogi budak tak lulus UPSR, bukan orang yang menyandang jawatan tinggi dalam satu IPT. Sepatutnya membuang rumah tol itulah yang berpahala kerana menyenangkan orang lalu-lalang tanpa berhenti di tengah-tengah jalan yang akhirnya menyebabkan lori sodok bontot kereta yang mengakibatkan kematian 9 orang dalam satu kemalangan dekat tol di Alor Setar. 

Tahniah Pak Lah kerana memperkenalkan Islam Hadhari yang menjadikan tol sebagai ruang untuk jihad. Terima kasih kepada Samy Vellu kerana membina rumah-rumah tol untuk kita beribadat melakukan jihad, jadi matinya kita dekat rumah tol semasa hendak bayar tol adalah satu syahid. Tak perlulah mayatnya dimandikan serta dikafankan. Kalau Samy Vellu mati tak perlulah dibakar lagi kerana pahalanya amat besar dan banyak sebesar dan sebanyak rumah-rumah tol yang dibina. Tidak lupa juga kepada Timbalan Rektor KUIS kerana menyedarkan seluruh umat Islam di Malaysia di atas perihal perlunya umat Islam membayar tol jika inginkan pahala jihad. Mufti dan ulama Malaysia tak ada ilmu ni... memang lekehlah ilmu Mufti Harussani Zakaria, Dr Asri dan Noh Gadut kerana tak sedar perkara sebegini.
TN: nak mengampu pon beringat lah sama....


CUMA............CUMA.............IANYA BERLAKU PADA 2007........adeh!!!

#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.