-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 24 Februari 2015

KANTOI DI HOSPITAL....KISAH NGERI BAWA MAUT !!

PEMBACA
Banyaklah blok motor akan hilang selepas ni kerana ORANG BUAT niaga err...."Aiskrim blok motor" huhuhu
#viral
#kantoiidentiti
#jomgelakfm
Sudah seminggu Amran berada di Hospital kerana demam panas,bermakna seminggu juga Amran terpaksa menahan siksa tidak dapat merokok.


Alhamdulillah, pagi ini keadaan Amran sudah beransur pulih namun masih belum  dibenarkan pulang.....maka tergaru garulah Amran disisi isterinya yang menemani selama dia berada di Hospital. 
"Camne keadaan ko Meran? " Tanya Sofian sahabat baiknya yang datang melawat tengahari itu. 
"Lega dah....bosan dah aku kat sini,nak balik sangat nii...." Amran meluahkan kebosanannya

"Sabarlah .....biar betul betul sihat baru boleh balik...."

"Aku dok lama tak per pasal makan tanggung...tapiii....bab rokok tu aku TERSEKSA" 

" Ko ni dalam sakit sakit camni pun ingat rokok lagi..." 

"Itulah....ade ke minta Rosmah belikan rokok...jangan HARAP " Isterinya pula menyampuk sambil membetulkan rambut yang baru siap didandan SERIBU  DUA RATUS HINGGIT pagi tadi.

" Jangan layan Rosmah....Eh! Kat sini mana surau?" Sofian bertanya .

" Tepi wad ni jer, ko keluar lepas tu belok kanan ......" Jawab Amran sambil memerhatikan Sofian yang membuka Jam ,menyimpan kunci dan rokok lalu diletakkan dimeja tepi katil Amran.

" Aku gi solat jab..." Kata Sofian sambil menyising bajunya lalu keluar....

"Mah pun nak gi kedai jab bang, nak beli CINCIN......ehh! nak beli majalah dan surat kabar ....abang nak pesan apa apa tak"? Tanya isterinya 

" Belikan abang roti dan peti sejuk 3 pintu jerr....." Amran cuba melawak menyebabkan isterinya Rosmah mencebik muka lalu berlalu.

Amran menarik nafas dalam kebosanan sambil memerhati pesakit dan pelawat yang datang dalam wad itu.....dia memerhati pesakit pesakit yang sudah menjadi rakannya ....triba triba matanya tertumpa pada rokok Sofian yang diletakkan ditepi katilnya tadi.....

Nafsunya bergelora...fikirannya mula celaru......dengan berhati hati  agar aksinya tidak dilihat sesiapa,Amran keluarkan dua batang rokok lalu disorok bawah bantal.

Petang itu setelah pemeriksaan doktor dan memastikan situasinya selamat, Amran menyusup keluar melalui pintu dibilik belakang Wad... Hatinya lega kerana terdapat tingkap disitu.......Amran menyusup keluar lalu mula merokok disitu sambil memastikan asapnya tidak kelihatan.

Walaupun kekadang terasa ngeri dengan ketinggian disitu, Amran tetap kuatkan semangatnya demi untuk merokok......Sedang Amran lena melayan rokoknya dia pelik kerana ORANG YANG LALU LALANG DIBAWAH mula perhatikannya........ramai orang menunjuk nunjuk padanya ......Amran jadi gelisah .......Amran mula takut dirinya KANTOI kerana merokok disitu.....

Sedang Amran terkial kial untuk turun.....terdengar kecoh keadaannya dibilik belakang wad  ditempat dia berada,Amran lihat ramai yang sudah berada disitu untuk MENANGKAPNYA.....ada doktor,polis dan pengawal hospital.....Amran TERKEDU....!! Aduhhhhhhhh!! Salah beso ke aku ni.......Amran mula menyesal kerana berani merokok disitu...

Amran jadi pucat ........wajahnya jika ditoreh pisau ketika itu PASTI TIADA DARAH...Amran telan air liur sambil terkebil kebil memerhati orang orang dibawah yang mahu menangkapnya....

"Sabar encik...sabarrr......Jangan buat macam niii.....penyakit encik ni boleh sembuhh...jangan buat tindakan terburu buru macam ni...BUNUH DIRI bukan penyelesaiannya.....mari mari...turun pelan pelan yee.......mari mari......." Kata seorang doktor yang selalu merawatnya menyebabkan AMRAN RASA.......

NAK GELAK KE NAK NANGISSSSSSSSSS!!! 



#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.