-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 26 Februari 2015

AIB KELUARGA PERDANA MENTERI SEDANG DIBUKA

PEMBACA
Semasa kami siarkan saham FGV jatuh teruk,kami dituduh TABUR FITNAH DAN reka cerita...nah! Dah tersiar dalam akhbar...pe cite??

Dalam seminggu ni kita dipaparkan dengan kisah dandan rambut DS Rosmah dan terkini isu keretakan hubungan kekeluargaan antara adik beradik DS Najib dengan DS Rosmah seperti yang didedahkan oleh New York Time dan Asian News...


Akibat dari pendedahan ini ,banyak pihak terutama penyokong Kerajaan mengatakan " AIB KELUARGA Perdana Menteri sedang dibuka dan ianya tidak wajar dilakukan" ....penulis terkesan dengan kenyataan ini kerana .......

Kak Bedah ·  Top Commenter · SMK Negeri 10 Surabaya
Isu dalaman n kemelut keluarga perlu ke dihebah2kan supaya diketahui umum oleh segenap lapisan masyarakat? Aku rasa x payah la kita nak menyibuk tak tentu pasal berkenaan hal keluarga diorang. Lagipun banyak lagi hal yg lebih penting selain menjaga rumahtangga org lain

Muhammad Khan ·  Top Commenter · Works at MEGA Fitness Academia
nie da melampau la...sampai kan hal peribadi family dijadikan sebagai bahan untuk dijadikan isu untuk fitnah...sampai tahap macam nie sekali sial fuckatan nie...adik beradik najib asa nya tak masuk campur dalam hal politik macam family si kaki liwat tu...nyata terang2 1 fmily join..

Macam mana pula Aib yang dibuka untuk DS Anwar? Hingga tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah, seorang pendakwa raya perlu menjelajah ke keseluruh negara untuk "Membuka Aib" orang yang telah didapati bersalah"......

Siti Khadijah ·  Top Commenter · Sek men seri ampang
Hari tu nak pecahbelahkan Umno.. nak gaduhkan Najib dan Muhyiddin tapi gagal.. kemudian nak rosakkan rumahtangga Najib dan Rosmah.. sekarang nak porak perandakan Najib dan adik beradiknya.. kenapalah puak2 pembangkang ni.. takde keje lain ke.. mereka memang nak tengok BN porak peranda maka mereka buat macam2 isu.. harap rakyat Malaysia tidak terpengaruh ngan mereka.

Hafiz Halim · Kuala Krai
pandai pula macai-macai gunakan istilah BERDOSA dan TAK BERAKHLAK . tetapi kenapa semasa shafee buat roadshow , tak terlintas difikiran mrk ttg istilah sebegini ya?? . beza antara manusia dan haiwan hanya pada akal


Zahar Ahad ·  ·  Top Commenter · MIPM
Ini salah satu strategi PR hendak mencetuskan perbalahan dlm keluarga PM....tapi mereka bukankah adik beradik dan PM berjasa kpd mereka...bukan mcm Azmin dgn Umi Halfida...musuh berbuyutan...

Kita jangan lupa...apabila kita membuka aib orang, Allah membalasnya dengan membuka aib kita semula...siapa sangka, niat DS Rosmah bagi berkongsi kesengsaraan akibat  "KOS SARA HIDUP " yang tinggi jadi sebaliknya hingga mendapat liputan dalam media dunia.

Rujuk lampiran berita dibawah sebagai satu bukti apa yang penulis sebut diatas bukannya ANDAIAN atau cerita palsu termasuk dalam komen yang dilampirkan...kisah keretakan rumah tangga ini DIKIRIM OLEH ADIK PM sendiri yang boleh dibaca dibawah.....

Akhbar arus perdana hari ini didapati tidak menyiarkan kenyataan oleh empat orang adik beradik Datuk Seri Najib Abdul Razak berkenaan harta pusaka peninggalan bapa mereka, Tun Abdul Razak Husin.

Semakan Malaysiakini mendapati kenyataan yang membela Tun Razak sebagai seorang yang berjimat-cermat tidak dimuatkan dalam akhbar Utusan MalaysiaBerita HarianNew Straits Times dan The Star.

Rata-rata akhbar berbahasa Cina bagaimanapun mengambil sikap bertentangan dengan menyiarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dihantar menerusi emel Datuk Seri Nazir Razak pada Selasa lalu sekitar jam 8.30 kepada pengarang kanan media, namun didapati masih tidak diterbitkan dalam akhbar yang disebutkan itu sehingga hari ini.

Kenyataan tersebut dihantar atas nama Nazir Razak, Johari Razak, Nizam Razak, Nazim Razak – tanpa disertai nama Najib Razak.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan spekulasi bahawa berlaku keretakan dalam hubungan keluarga perdana menteri.

Kenyataan itu diedarkan kepada media susulan laporan New York Times yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) tentang sumber kekayaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

New York Times menyebut, PMO memaklumkan kepada mereka bahawa sumber kekayaan Najib dan isterinya sebahagiannya datang daripada harta pusaka peninggalan keluarga.


Seterusnya, rujukan beberapa kenyataan dan berita yang disiar media luar bagi membuktikan isu ini bukan KERJA PEMBANGKANG cuma disiar oleh mereka disini......err...tapi tak tahulah kalau ada wartawan dalam New York Time tu ahli PAS dan boleh mengundi .....hahahadoiiiiiiiii!! 







#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.