-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 11 Januari 2015

NUR BOLEH MENANGIS KERANANYA....KENAPA AWAK TIDAK?

PEMBACA

Kalau kita buat cerita unsur lucah 18sx, ramai yang membaca ,tetapi apabila kita buat cerita berbentuk nasihat, ramai yang memandang sepi ataupun terus scroll kebawah ....jika awak PRIHATIN , bacalah kisah ini tak sampai pun 3 minit...

"Seorang guru hilang sabar dengan kerenah anak muridnya yang sering datang lewat ke sekolah,pelbagai amaran telah diberi,murid tersebut tetap datang lewat . Tiada jalan lain lagi yang boleh guru ini gunakan untuk beri pengajaran  kecuali kekerasan iaitu dengan merotan tangannya.

Namun murid ini tidak pula melawan setiap kali tapak tangannya dirotan.....malah setiap kali tiba lewat, murid ini sendiri HULURKAN TANGANNYA pada guru terbabit untuk dirotan...hingga timbul perasaan kesian dan bersalah  pada diri guru ini.

Satu hari secara sembunyi,guru ini menjejaki rumah anak muridnya ini.....guru ini melihat dengan matanya sendiri dari celahan pokok yang anak muridnya itu terketar ketar seolah olah  menanti seseorang diatas tangga rumahnya yang hampir roboh itu. Sekejab sekejab anak murid ni menjengok ke arah jalan....sekejab sekejab anak murid ini menggaru garu kepalanya yang kegelisahan.

TAK KALA ITU muncul pula seorang lagi murid yang berlari laju menuju ke rumah. Kedua murid tadi hilang sebentar dari pandangan mata guru terbabit......tidak sampai 5 minit,anak muridnya muncul kembali lengkap dengan baju sekolah dan BERLARI menuju ke jalan yang menghala ke arah sekolah........

Esoknya,anak murid ini dipanggil..... "Saya sebenarnya BERKONGSI BAJU SEKOLAH DAN KASUT SEKOLAH DENGAN ABANG SAYA CIKGU......" Kata anak muridnya ketika ditanya peristiwa semalam.

"Kenapa awak tak beritahu cikgu? Kenapa awak biarkan tangan awak dirotan ".....

"Emak dan abah  saya berpesan, JANGAN CERITAKAN KEMISKINAN KITA PADA ORANG LAIN ,biarlah kita terpaksa dirotan ,asalkan orang tak tahu dan merasai kesusahan kita......"

Setiap kali terkenang kisah ini, Nur akan teringat PADA ABAH yang kita tidak tahu dan tanyapun "BERAPA DUIT ABAH TINGGAL DALAM KOCEK SELUARNYA untuk sekolah kan kita? Tidak pernah kita hirau  lenakah  tidur abah apabila siangnya emak tunjukkan yuran sekolah yang JADI TANGGUNGJAWABNYA untuk membayar? 

Paling Nur sedih apabila KITA tergamak minta TELEFON, DUIT belanja semata mata untuk berfoya foya atau berbangga dengan kawan tanpa memikirkan SETITIS PELUH YANG ABAH keluarkan  DEMI SEKOLAHKAN KITA.......?? ww.jomgelakfm.my



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.