-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 22 Disember 2014

BONGKAR RAHSIA BISNES ONLINE FACEBOOK!

PEMBACA

Memang ramai orang yang menjalankan perniagaan Online melalui Facebook, tetapi tak ramai yang tahu dan cara yang betul untuk memasarkan barang di Facebook terutamanya.


Ini penulis kongsikan rahsia yang anda cuma perlu baca saja tanpa perlu membayar, inilah antara pengalaman dan kajian yang penulis dapat .......

1. Status......rajinlah buat status selain status produk yang anda jual, ini dapat "Mesrakan" anda dengan pelanggan yang mungkin rakan anda. Jangan terlalu buat status produk anda setiap masa,ini kadang kala menyebabkan rakan rakan anda menyisihkan diri ......

Cari dan cipta status yang nampak ada kelainan dan elakkan status berkaitan politik  ,penulis yakin anda akan lebih di kenali malah akan dihormati.

2. Komen ....... Anda perlu rajin dan dilihat mesra dengan rakan rakan, jangan segan untuk menegur sapa walau rakan itu anda tidak kenal rapat. Tak guna anda cuma update status jualan anda tetapi anda tidak layankan komen rakan rakan anda di wall mereka......

Ada juga peniaga yang komen di wall selebiti terkenal atau di Page yang besar pengikutnya untuk promosi barang, pada penulis cara ini TIDAK SALAH tetapi tidak digalakkan kerana anda MENGGANGGU komen orang lain.....lagipun banyak yang negatif anda akan dapat jika lakukan begini seperti punca perbalahan dan sebagainya. 

3. Like ......Like mana mana status rakan anda walau anda sebenarnya tidak suka....tahukah anda, jika anda rajin like status orang, orang akan like status anda, kesannya bila ada orang like status jualan anda, ianya akan dipapar pada wall rakan anda yang lain itu tadi...tidakkah ini satu bentuk promosi yang mudah? 

Rajinlah Like kerana ianya tak sampai 10 saat  kerana untungnya mungkin anda dapat 10 kali ganda...

4. Tag..... Tag pada rakan rakan anda adalah salah satu cara yang sering digunakan ....tetapi macam mana pula JIKA ANDA DITAG ?? Ada beberapa peniaga yang penulis jumpa, mereka marah APABILA DITAG....mereka mengamuk kerana status bisnes mereka jatuh kebawah disebabkan ditag , SEBENARNYA dalam hal ini anda silap jika marah wall anda ditag.....

Penulis beri contoh.....Jika di tag dan wall anda adalah berbentuk public , ianya akan dipaparkan bukan saja di wall rakan anda, tetapi juga diwall  mereka yang kebanyakkannya bukan rakan rakan anda. Jadi disini jika anda memberi komen pada status yang ditag pada wall anda, rakan rakan yang bukan dikalangan anda juga akan nampak komen tersebut, mana tahu mereka berminat untuk berkawan dan lihat status anda, maka peluang anda untuk dapat pelanggan telahpun ADA....

5. ADD RAKAN ......Selain anda add rakan rakan yang anda kenali, cuba cari rakan rakan yang mempunyai jumlah pengikut atau senarai rakan yang ramai ini penting bagi memudahkan anda memasarkan produk. 

Cubalah dan anda akan dapat lihat KESANNYA ....Insya Allah. 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.