-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 22 Disember 2014

BIJAK LA SANGAT!!

PEMBACA
Papan tanda seksyen 28 YANG KANTOI!
Dua hero Nur baru abis berpantang berkhatan @ sunat ........macam biasalah, babanya akan bawa mereka makan sempena habis tempoh berpantang.

Namun ada beberapa pantang yang masih perlu diikuti kerana lukanya masih belum sembuh sepenuhnya seperti tidak dibenarkan makan telur.

Seperti dimaklum oleh En Somi, dia berhajat membawa anak anak makan ikan masak tiga rasa, namun...agaknya tekak anak anak Nur ni western pelbagai alasan diberi ....

"Baba tau kan kami tak boleh makan telur? " Pertanyaan si anak bila diberitahu untuk makan di kedai masakan panas ala tomyam. 

"Yee...nanti jangan order telur ...ingat tuu " . Pesan En Somi pada semua anak anak nya.

"Tapiii.....keinginan untuk merasa telur tu tetap ada baba kalau kita gi makan kat kedai macam tuuu......." Anak ketiga mula mencipta alasan.

" Hisss, camne lak tuu......" En Somi sudah seakan kena perangkap...maklumlah ibunya peguam, dari cara anak bercakap dan menjawab pun Nur dah boleh agak apa MAKSUDNYA...ahaks!

"Iye laa, kalau kita gi makan kat kedai macam tu, pelanggan sebelah order telur dadar ke, telur mata kerr...kan timbul keinginan kami nak makan tu...lagipun kan baba tau kami berdua suka telur dada......." Nahhhhhh! Kan dah cakap tadii....adeh!

"PULOK! Mana de kedai yang tak de jual telur .....adoyaiii" En Somi mula merungut.

"Ada baba...... " Jawab si bongsu sambil angkat kening pada Nur...

"Yeee......KFC......KFC.......KFC.......pasti tak ada jual telur dadar didalamnya....." Jawapan serentak dari hampir kesemua anak anak Nur.....

Ternyata mereka dah berpakat , maka terpaksalah kami makan KFC sedangkan baru 7 hari lalu makan disini.....



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.