-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 28 Ogos 2014

VIDEO MERDEKA DARI KANTOI ..........!!!

PEMBACA

Apakah yang sebenarnya terjadi??


Ini beberapa fakta yang  perlu anda tahu sebelum menonton video dibawah.............

- Kejadian ini berlaku di depan sekolah semasa pihak sekolah (SK Keratong 04)  menganjurkan  Majlis sambutan hari raya dimana tetamu yang diundang selain orang awam ialah anggota unit JPJ,Polis,JPAM dan Rela serta beberapa kakitangan kerajaan (Pos dan lain lain)

- Tidak ramai dari kita yang sanggup berhentikan kereta sekiranya ternampak bendera yang jatuh ditengah @ tepi jalan........malah kita melanggarnya TANPA PEDULI MARUAH sebuah BENDERA!  

- Kasut basah yang disebut dalam dialog diatas menggambarkan berlaku hujan ribut telah berlaku malam tadi menyebabkan bendera yang dipasang diseberang jalan bertaburan di atas  jalan.

- Rujuk kepada pemuda berbaju belang yang melebihi RAKANNYA dari anak sendiri semata mata untuk  memancing  pada 31 OGOS.

- Merujuk pula kepada watak OKU ,Pak Majid bukannya gila.....dia cuma kurang siuman akibat tekanan perasaan dan sebagai bekas Askar Melayu dia mesti TERASA apabila maruah bendera YANG PERNAH DIPERJUANGKANNYA suatu ketika dulu dicemari .......!

- Jalan menjadi sesak apabila watak OKU berhentikan keretanya ditengah jalan untuk membantu , dan  kebetulan pula anggota Polis, JPAM ,Rela dan beberapa kakitangan Kerajaan yang baru sampai disitu turut membantu......

-   Mereka sama sama membantu BANGUNKAN MARUAH dan harga diri BENDERA yang rebah dan dibantu oleh seorang lelaki INDIA penjual ais krim yang lalu disitu.

- Anda patut tidak lupa adegan dimana BETAPA BESARNYA MARUAH sehelai bendera apabila seorang anggota Rela sanggup mengesat bendera yang kotor menggunakan BAJUnya......

- Seorang anak kecil yang cuba tegakkan semula bendera didukung oleh seorang Anggota Polis ....

- Anggota JPJ yang agak terlewat sampai disekolah tersebut, walau pada awalnya terpinga pinga melihat ramai berkumpul disitu mula BERDIRI TEGAK dan berbaris lalu memberi tabik hormat secara penuh penghormatan .


- Semasa lagu negaraku dinyanyikan dengan penuh hormat, dipaparkan si ibu  yang mengandung....juga siibu bersama anak kecil  kerana merekalah  PENYAMBUNG WARISAN selain kita.... 


VIDEO DARI FACEBOOK ........KLIK SINI 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.