-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 29 Ogos 2014

ADEGAN KANTOI FILEM MERDEKA 2014 EDISI KERATONG .......Disebalik tabir!

PEMBACA
Kisah benar yang patut anda tahu.......

Hati siapa tidak sebak bila melihat ketua jurugambar En. Nizam Carlbella  membeli air (bungkus plastik) yang harganya cuma 20sen sebungkus,perasaan mana tidak tenteram bila melihat para pelakon sanggup menahan lapar dan dahaga? Jiwa siapa tidak terasa bila mana PA saya, En. Hafis berkata "Bang Man, minta duit sikit? Kita beli air mineral" Lalu saya hulur duit padanya sambil berpesan "Beli mineral saiz kecil ajer...kang tak cukup ". 


Namun, siapa tidak berasa bangga apabila  melihat kesungguhan, kegigihan dan kesabaran para pelakon, para jurugambar yang sama sama mahu menjayakan filem MERDEKA 2014 semata mata mahu menzahirkan kemampuan mereka demi MERDEKA ....inilah pengorbanan kami yang akan saya kongsikan detik suka dukanya termasuk adegan kantoi yang terdapat dalam filem yang  mungkin  anda sudah melihatnya. 

Bukan untuk berbangga diri, bukan untuk meraih simpati,tetapi inilah NILAI DAN HARGA SEBUAH PENGORBANAN KAMI dengan penuh keikhlasan demi negara tercinta. Anda mungkin boleh ketawa pada lakonan para pelakon saya, anda mungkin boleh kutuk dan mengata "Mutu arahan filem saya" ,Anda mungkin boleh mengeji mutu editing video kami yang TIDAK SAMPAI ........tapi sekurang kurangnya kami mampu buktikan kami boleh buat ,sedangkan yang ketawa,mengutuk dan mengeji itu belum TENTU MAMPU LAKUKAN . 

Saya bukan Khalid Mamat mahupun Shamsul Yusuf ,pelakon pelakon saya pula bukan Aron Aziz mahupun Vanida Imran, tidak adil rasanya jika anda mahu bandingkan keupayaan kami dengan mereka . Tapi kami mahu tunjukkan keberanian, pelakon pelakon saya berani MENANGGUNG RISIKO jadi bahan ketawa ,jurugambar saya berani menanggung risiko dikutuk,SEMUANYA KERANA ........Merdeka!!!! Semangat dan keberanian mereka itulah yang membuatkan saya bangga. 

Pada warga keratong yang SUDI membaca , Anda teruskan membaca kerana saya akan jelaskan satu persatu,dari filem ,kutukan,cacian,komitmen dan segalanya ...Kenapa dan untuk apa sebenarnya? KLIK SINI 

Projek filem ini dinamakan projek amal kerana ianya tiada dana dari sesiapa,cuma inisiatif saya untuk mengajak rakan rakan bagi membuktikan INI YANG KAMI LAKUKAN SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA 2014...Bak lirik lagu Alllahyarham Sudirman " Hati  RELA BERJUANG ........dengan cara sendiri " dan inilah SEBENARNYA PERJUANGAN KAMI .


Macam mana saya dapat pelakon kerana saya dilihat dapat sokongan dari Pihak Polis,JPJ, RELA,Pertahanan Awam,ketua POS dan Sekolah? Saya bayar mereka?? Jawapnya tidak, saya temui mereka dan nyatakan konsep cerita dan tujuan......MEREKA SETUJU bukan kerana duit,tapi mereka setuju KERANA SEMANGAT MERDEKA .......mereka setuju demi maruah SEBUAH BENDERA NEGARA yang bergelar Jalur gemilang.

"Kita buktikan kemampuan kita, kita buktikan kita mampu walau ianya tidak mampu memuaskan pihak lain ,sekurang kurangnya generasi kita tahu ,inilah perjuangan anak Felda Keratong demi negara."
     
Saya akan merujuk kepada perjalanan filem untuk memudahkan anda tahu KENAPA selain dapat menjiwai sendiri jalan cerita yang ingin disampaikan.

Sinopsis dan jalan ceritanya mudah .....Sebuah sekolah mahu mengadakan majlis sambutan hari raya, antara yang dijemput selain ibu bapa ialah Polis,JPJ,RELA,JPAM, Pos dan lain lain . Pada hari sebelumnya, pihak sekolah dengan kerjasama guru dan murid memasang bendera disekeliling pagar sekolah termasuk yang dipacak ditepi jalan, yang digantung pada pokok sepanjang laluan masuk ke sekolah. 

Pada sebelah malamnya berlaku hujan lebat dan ribut kuat yang menyebabkan bendera bendera yang digantung semalam berselarakan diatas jalan ......banyak kenderaan yang lalu dan tidak hiraukan bendera yang jatuh malah ada yang melanggar bendera tersebut. Lalu disinilah bermulanya Seorang "Kurang Siuman" yang tumpang tidur di hentian bas depan sekolah yang akhirnya "Mengibarkan  semula bendera yang rebah itu" dibantu oleh Polis,JPJ,RELA,JPAM, Pos dan lain lain yang KEBETULAN SAMPAI disitu untuk sama sama meraikan majlis sambutan hari raya...maksudnya lebih kurang begini, dalam perjalanan nak ke sekolah itu mereka terserempak dengan "Kurang siuman" yang sedang kutip bendera.......

Kenapa kurang siuman dan siapa dia  ? Dijelaskan dibawah dan berpandu pada perjalanan skrip dan filem ini termasuk adegan KANTOI yang sebenarnya bukan bermaksud mengutuk filem sendiri tetapi "INILAH SEBENARNYA YANG KAMI MAMPU HASILKAN sekadar kemampuan yang ada" .

Pelakon utama ini pegang oleh Wak Jamadin(Keratong satu ) yang juga ketua Rela. Saya memilih dirinya kerana mahu seorang pelakon yang dapat menjiwai watak "SEORANG BEKAS PEJUANG yang hiba dan satu melihat bendera dilanggar dan tidak dipedulikan " dan Wak Jamadin adalah pilihan terbaik berdasarkan peribadi dirinya.

Pada babak ini , kami mahu memaparkan imej sebenar " kurang siuman" . Dan dalam hal ini Wak Jamadin yang memegang watak Pak Majid dalam filem ini telah memberikan yang lakonan yang terbaik pada penilaian saya.

Terima kasih Wak. 


Pada masa ini juga berlaku insiden yang "MENYAKITKAN HATI saya selaku pengarah kerana ada kru yang "Memanggilnya gila". Pada saya sikap ini perlu ditegur kerana ianya memaparkan imej diri kita dan ianya tidak sepatutnya berlaku. Hargailah PENGORBANAN DAN KESANGGUPAN WAK JAMADIN yang mahu bersama sama menjayakan filem ini. Tak perlulah saya nyatakan siapa .......ambillah iktibar dan saya juga akan SIMPAN RAHSIA kerana bukan niat saya untuk malukan sesiapa walau kadang kala saya sendiri terasa kerana 'TIDAK DIPANDANG SEBAGAI SEORANG PENGARAH " walau saya menghormati peranan dan keupayaan setiap kru yang terlibat. 
Dalam hidup ini kita diberi kemahiran dan saling perlu memerlukan kerana kita tidak boleh BERGOLEK SENDIRI untuk masuk kubur,apa yang ditegur itu untuk CERMINAN DIRI dan menjaga "Apa yang sepatutnya " kerana orang sentiasa  melihat diri kita.

- Babak Wak melihat bendera yang berterabur ni ada adegan kantoi kerana "Kelihatan kereta kembara saya sedang dialihkan"

- Masalah besar di babak ini ialah kedudukan pagar sekolah yang agak jauh dari jalan utama,jika ikut skrip asal,kami mahu pengambaran dilakukan di Sek Men Keratong tapi terlalu banyak pula motor diletakkan dipagar,maka lokasi dipindah ke sini. 

Namun jika niat kita IKHLAS ,Allah permudahkan . Jika kedudukan pagar yang jauh dari jalan menyebabkan tidak logik bendera boleh sampai ke jalan, jawapannya ada di babak ini...bendera bendera yang rebah itu bermula dari lokasi seberang jalan ini . 


- Babak bendera dilanggar itu sebenarnya kereta dan kos minyak tanggung sendiri dari anggota Rela. Sebenarnya dalam babak ini SAYA beri arahan, tiada kenderaan yang boleh melanggar bendera,cuma kita tunjukkan kedudukan tayar seolah olah ianya dilanggar.

- Babak bendera dibaling pada Wak ini dilakukan oleh seorang anggota Polis yang sama sama BERSEMANGAT bagi menjayakan filem ini.......

- Kereta merah EVO ini adalah pemilik anggota Rela yang beri lakonan mantap, Siapa dia dan aksinya dapat anda lihat dalam babak seterusnya...

- Pada babak motor ini terpaksa dilakonkan 2 kali kerana bunyi motor Shahril Rela yang bising,jadi kami tak dapat rakam bunyi suaranya "HOI! TEPI LAA"........

Memang agak lucu dan saya turut ketawa pada awalnya, tapi...ketahuilah selepas 2 jam pengambaran dijalankan,kelibat Shahril datang semula untuk babak akhir beliau, apa yang membuatkan saya sebak selain lakonan terbaiknya ialah(Pakaian seragam Rela)  .......dia bawa anak kecil dan isterinya diatas motor yang kami gelakkan tadi......maafkan saya Shahril, anda sesungguhnya memberikan komitmen yang sangat saya BANGGAkan ....inilah pemuda yang BERJUANG demi filem ini.

- Untuk babak ini, saya memilih rakan baik yang juga OKU sementara (Kerana saya doakan dia SEMBUH sepenuhnya ) En Shamsul Saidin, dengan suara lembut beliau dan komitmen "Tarak mintak kereta " Achoi lakukan terbaik untuk saya......saat yang saya tidak boleh lupa pada babak akhir pengambaran "Acoi mengadu " Cepat la aku lapar ni......" Sedih! Maafkan aku choi ,ini yang kita mampu.

-Manakala pelakon yang bersama Acoi adalah Along yang juga anggota Rela......paling bangga, bukan setakat along yang berlakon, anak isterinya turut berlakon (akan diberitahu dalam babak seterusnya ). Diawal tadi saya ada sebut, biarlah orang gelakkan lakonan kita, asalkan kita IKHLAS untuk buktikan kemampuan kita ...dan inilah yang saya sampaikan pada Along untuk memujuk beliau mengambil "risiko" watak ini yang asalnya saya yang perlu lakonkannya.

Babak ini kami masukkan kerana kekuatan cerita ada dalam dialoq Acoi dan Along antaranya " Kasut beliau basah kerana hujan malam tadi yang menyebabkan anda FAHAM KENAPA BENDERA berterabur di atas jalan yang dipaparkan pada babak awal.

Dalam dialog ini juga, Along dilihat seorang yang pentingkan KAWAN kerana sanggup pergi MEMANCING dari menyambut hari merdeka. Sepatutnya diakhir filem ini kami paparkan aksi ini ........."Gambaran komputer ditutup dan along ambil kunci kereta dan terdengar suara anaknya  " Ayah! Cepatlah adik tak sabar nak tengok bendera ni...... yang membuktikan Along sudah insaf selepas kejadian ini dan DIALAH PENCERITA sebenar dalam filem ini tetapi skrip ini terpaksa ditolak oleh Editor Kantoi Identiti kerana TAKUT PANJANG sangat filem ni...... 

Dalam babak ini juga Acoi menjelaskan SIAPA SEBENAR  PAK MAJID @ Wak Jamadin yang KURANG SIUMAN itu .......

Dan  babak ini juga KANTOI .........pertama ........Acoi dan Along tidak pakai talipanggang keledar dan ini adalah kecuaian saya, mohon maaf . Saya memang sudah berpesan pada mereka tetapi anda harus faham......."Bila mana orang bukan pelakon disuruh berlakon pasti gelabah dan cemas untuk aksi depan kamera" ......

Kantoi yang kedua ialah .........bila mana Along menyebut " Eh tu macam PAK MAJID GILA " ......keadaan kereta pada waktu ini mesti dalam gerak perlahan kerana Pak Majid berada didepan mereka ......pada masa ini saya yang sedang menyorok di kerusi belakang kereta Exora Acoi hendak berkata "Cut " tapi terasa seronok pula bila terdengar mereka berbual(Berlakon) secara selamberrrrrrrr........

Untuk aksi sebelum achoi turun dari kereta bagi membantu Pak Majid ni, kami tertinggal dialog ini        "EH KENAPA KO BERENTI NI........." Aku nak tolong Pak Majid la..." dan ianya terpaksa dirakam kembali.Lawaknya suara acoi dirakam didepan kedai photo Mizi dan suara Along dirakam dalam kereta di Pondok Pengawal JPJ ......Terbaik brooo!! 

- Apabila acoi berhentikan kereta ditengah jalan  ,kami gunakan BANTUAN  beberapa kenderaan yang kebetulan sampai bagi menunjukkan jalan disitu jem dan ramai yang keluar untuk membantu, tapi aksi itu terpaksa dibuang kerana "Takut kisah ni meleret "......pada anda yang membaca dan terlibat pada babak ini saya RAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ......

- Aksi dalam babak ini  menarik kerana ianya dilakonkan oleh Tok Pat En. Syed Basir (Watak nya sebagai pengerusi PIBG) dan Cikgu Syam yang sebenarnya menyokong penuh usaha saya. Malangnya Cikgu Syam tak dapat menyanyi lagu negaraku pada babak akhir kerana waktu itu beliau ada mesyuarat......Terima kasih bro kerana pinjamkan "Pembesar suara Heller ker Helen? Hahaha.

- Kereta kedua dibelakang ialah kereta En. Sulaiman Abdullah yang juga adalah ketua Pos Bandar Tun Razak (Watak nya akan diberitahu dibawah)

Ada adegan lucu semasa dirakam babak ini kerana "Kegagalan saya MEMBERI ARAHAN PADA Tok pat".........Sepatutnya selepas saya berkata Action, Tok Pat perlu gerakkan keretanya menghampiri kenderaan Acoi didepan, tetapi tunggu punya tunggu Tok Pat tidak bergerak hingga Sulaiman Pos yang dibelakangnya mula buat aksi macam dalam filem Seniman bujang lapok......." Cakap laa......cakap........cakap.......".

- Pada babak ini , saya rakamkan ucapan terima kasih pada Uncle jual Aiskrim diatas kesanggupan beliau menunggu dengan sabar babaknya membantu Pak Majid kutip bendera, satu contoh LELAKI INDIA YANG SUDI KORBANKAN MASANYA DEMI MENJAYAKAN FILEM INI bagi menguatkan skrip yang ada "Perpaduan kaum". dia patut dihormati dan dikagumi kerana itulah pakaiannya,itulah motornya dan itulah dirinya yang mencari makan di kawasan kita selain dia JUGA WARGA NEGARA YANG SATU BENDERA dengan kita......terima kasih uncle!

- Pada babak ini juga kantoi kerana ada murid sekolah yang memerhati.......nak buat macam mana saya dah cakap jangan duduk depan mereka nak juga.....semasa kita cakap action mereka tiada disitu ,tapi semasa rakaman dibuat.....tiba tiba mereka muncul hahahaha.

- Pada babak ini juga dimasukkan lagu tema merdeka kita tahun ini (Disini lahirnya sebuah cinta)  bagi menguatkan jalan cerita.....yang mana memberi erti KITA WAJAR CINTAKAN BENDERA dan jangan biarkan ianya rebah" . Pada waktu ini juga saya mendapat bantuan dari murid sekolah yang excited nak berlakon .......terima kasih dik! 

-BABAK-BABAK  PENTING dalam filem ini  ........pada babak lirik lagu nya berbunyi "BERCAMBAH MENJADI WARISAN " diwaktu yang sama dipaparkan watak anggota Rela wanita yang kesat bendera yang kotor pada bajunya yang ingin ditunjukkan bahawa maruah bendera lebih tinggi dari sehelai baju. Dan warisan kita ialah bendera tersebut yang sepatutnya kita jaga KEHORMATANNYA .

- Tahukah anda, anggota Rela wanita diatas ini ialah pemandu kereta merah Evo diatas......dia lakukan terbaik untuk buktikan perlunya kita cintakan bendera. Terima kasih diucapkan dan maaflah saya tak sempat nak tanya namanya.......

- Dalam babak ini juga saya ingin naikkan taraf bahawa anggota Rela juga memainkan peranan yang penting. Mereka berjuang dibelakang Polis demi keselamatan kita. 

- Tahukah anda, anggota Rela wanita diatas ini ialah pemandu kereta merah Evo diatas......dia lakukan terbaik untuk buktikan perlunya kita cintakan bendera. Terima kasih diucapkan dan maaflah saya tak sempat nak tanya namanya.......

- Dalam babak ini juga saya ingin naikkan taraf bahawa anggota Rela juga memainkan peranan yang penting. Mereka berjuang dibelakang Polis demi keselamatan kita. 

- Seterusnya dipaparkan babak anggota polis yang mendukung seorang kanak kanak bagi mengibarkan semula bendera yang rebah. Anak kecil itu ialah anak kepada pelakon ALONG .......Untuk apa adegan ini? Kerana nak buat adegan inilah rakan polis saya MAN SB sudi bagi kebenaran untuk saya buat taklimat awal tentang proses pembikinan filem ini di padang balai polis Tun Razak. Dia bagi saya gunakan padang mereka kerana saya sendiri pening dimana nak beri taklimat pada pelakon terpilih kerana mana mampu nak sewa dewan ......hahahaha! 

Seterusnya saya sebenarnya sedih apabila imej POLIS dilihat begitu buruk sejak kebelakangan ini,jadi dengan adanya adegan ini imej PDRM mungkin mampu dinaikkan kerana tidak semua polis itu JAHAT. Saya rakamkan jutaan terima kasih pada En Azman (Man SB) dan rakan rakannya yang membantu trafik sepanjang pengambaran ini. 

 - Pada babak lagu negaraku ini , makcik bertudung kuning pegang beg duit itu ialah Makcik Peah yang juga adalah jiran dirumah mak saya. Saya  hormati pengorbanan beliau dan komitmen beliau sebagai "Antara orang KUAT KERATONG 1 " .........dia lah yang menjaga kanak kanak yang bising semasa solat Jumaat, dia jugalah yang memotong bunga dan menanam pokok disekitar keratong satu. Terima kasih.......

- Semasa lagu ini dinyanyikan, saya paparkan imej wanita wanita mengandung bersama anak kecil(Rujuk gambar diatas) bagi menunjukkan INILAH WARISAN @ generasi kita akan datang ,mereka perlu dididik cintakan bendera dan sayangkan negara. Sedihnya apabila dilihat semula aksi mereka dalam video ,saya merasa hiba kerana mereka SEMUA SETIA MENANTI babak akhir ini sedangkan saya cuma mampu HIDANGKAN MEREKA DENGAN AIR MINERAL yang kecil botolnya.

- Anda juga akan lihat anggota JPAM yang sama sama bersemangat menyanyi, mereka inilah yang banyak membantu menjayakan projek ini, terima kasih En. Atta Hamid dan seluruh anggotanya. Memang ada babak untuk mereka tapi kami kekurangan waktu dan tak mahu video merdeka ni jadi terlalu panjang, Insya Allah, kami pasti perlukan anda jika ada peluang untuk kita buat filem seterusnya.

- Selain wanita mengandung, saya juga paparkan imej ketua Pejabat Pos Caw Tun Razak En. Sulaiman, kenapa beliau dipilih? Kerana beliau sering dilihat negatif dikalangan masyarakat setempat kerana kekurangan anggota yang bertugas disana...pada anda yang mengata beliau,fahamilah beban tugasnya yang berat dan hargainya.  

-Dalam adegan ini juga  memang saya minta mereka nyanyikan lagu secara live kerana mahu mereka MERASAI SENDIRI AURA lagu tersebut. Semasa lagu ini juga Pak Majid tersalah lirik, tapi kami paparkan kerana ianya sesuai dengan wataknya sebagai yang kurang siuman. 

- Seterusnya yang juga adegan akhir ......aksi JPJ yang memberi tabik hormat pada mereka yang sedang menyanyi. Untuk babak ini saya tabik hormat pada mereka kerana sanggup menunggu berjam jam cuma untuk adegan tidak sampai 2 minit ini. Terima kasih juga atas kerjasama mereka mengawal trafik yang "Menyebabkan banyak motor kereta terpaksa berhenti " ........

- Untuk apa adegan ini? Kerana setiap kali kita merayakan sambutan hari merdeka, JPJ selalu dilihat terbelakang sedangkan peranan mereka adalah besar . Dengan penghormatan ini saya harap kita dapat mengenang jasa mereka dan membuka mata kita bahawa tidak semua ANGGOTA JPJ ITU BURUK dan kaki rasuah .....! 

Terima kasih Herman JPJ dan anggotanya.


- Sebelum adegan ini dirakam,saya sempat berpesan berkali kali pada pemandu kenderaan ini , bagi signal dan park tepi sebelum turun, bukan apa....kita tak nak niat kita nak naikkan taraf JPJ jadi kutukan pengguna media Internet. Alhamdulillah ianya berjaya dibuat dan yang agak terkilan ialah saya mahu ketika JPJ angkat tabik hormat ini kamera akan lakukan aksi perlahan sambil fokus kembali pada kumpulan yang sedang menyanyi malangnya En. Mizi yang juga penyunting filem ini LUPA cara nak buat adegan slowmotion......tak pelah.........Kita buat apa yang kita mampu saja.

- Dengan huraian diatas, saya harap anda sudah faham .......KENAPA DAN MENGAPA filem Merdeka 2014 ini kami buat...Kami lalukan semuanya dengan ikhlas dan saya juga ucapkan terima kasih pada pihak sekolah yang telah beri kerjasama. Saya juga mohon maaf pada pihak sekolah SK Keratong 4 kerana "PASANG SEMULA BENDERA " yang dipinjam untuk pengambaran dalam keadaan kurang memuaskan, maklumlah selesai saja babak akhir,semua pelakon dan kru meluru balik untuk makan,tinggal saya dan 2 orang anggota Rela termasuk jurukamera.......Tiada siapa yang salah kerana yang salah ialah saya kerana TIDAK MAMPU MENYEDIAKAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK MEREKA......

Terima kasih pada rakan rakan semeja "Kedai Hassan roti Canai dan rakan sekerusi Ani Sate" yang tidak putus putus beri semangat dan dorongan pada saya untuk menjayakan filem ini. Kalianlah sumber ilham saya selain encik encik pokok getah . 

En Nizam selalu ketua  rakaman(beliau CEPAT  "membaca" apa yang ingin saya sampaikan,sayu sebenarnya Nizam kurang sihat dan mari kita sama sama doakan kesejahteraan beliau termasuk kluarganya), Azmi Karim dan Humaizi dan seorang lagi kameraman (Tak ingat pula nama   ) yang banyak membantu  .........Tanpa anda filem ini tidak akan terhasil.

Saya juga minta maaf pada Editur Nur Huda dan Eh Kantoi  dari Kantoi Identiti@jomgelakfm.my kerana "Tidak sengaja diamkan diri " disebabkan notis dan AMARAN KERAS yang diberi di tag ke wall FB saya. 



Jika hendak diceritakan keperitan saya memang banyak,namun rasanya ia tidak perlu dan biarlah disimpan sebagai satu sejarah peribadi buat saya. Walau ada buruk yang saya terima ,saya tetap hormati anda kerana saya mahu mencari kawan bukannya lawan. 

Saya tak minta dipuji apatah lagi simpati , tapi jika hendak memuji ,janganlah PUJI SAYA ..........PUJILAH MEREKA MEREKA YANG TERLIBAT kerana merekalah FILEM INI BERJAYA DIHASILKAN ........mereka lah yang layak sebenarnya...merekalah sebenarnya PENYAMBUNG WARISAN........

Saya juga mohon maaf pada semua yang telibat sekiranya ada kesilapan dan kecuaian kerana INILAH HASIL YANG MAMPU KAMI BERIKAN UNTUK ANDA ....

Jika anda rasa filem ini baik dan faham apa yang ingin kami kongsikan, kongsilah(share) ia dengan rakan rakan yang lain, tapi jika filem ini menyusahkan anda, saya dan rakan rakan yang terlibat mohon maaf. 

"Jika kita mampu kibarkan 10 bendera tapi belum tentu kita mampu kibarkan SEMULA walau satu bendera yang  rebah ke bumi......."

SEKIAN TERIMA KASIH. 

(Penoreh getah yang terpaksa bercuti 3 hari 4 malam untuk filem ini ....)
MOHD RMAN'z BUKHARI.






UNTUK MENONTON DARI FACEBOOK 



Video dibawah ialah versi HD yang cuma dapat ditonton melalui komputer, laptop dan Iphone saja.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.