-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 7 Ogos 2014

SEGALANYA KERANA DUA PULUH SEN........Aduhaiiiiiiiii!!!

PEMBACA
Jangan mudah terpedaya kerana kulit, ahaks!
Nur ada seorang rakan sekerja yang memang kuat merokok,walau dia tidak hisap rokok dalam pejabat,setiap lima ke 10 minit dia pasti keluar untuk hisap rokok....alasannya kalau tak hisap rokok dia tak boleh tumpu pada kerja....adeh!

Namun selepas raya ini,dia tidak lagi minta keluar untuk merokok hingga Nur tertanya tanya kenapa? Jika dia sudah BERENTI nak juga Nur tahu caranya bagi mengubati habitat En Somi Nur yang juga perokok separuh SEDAR .....ahaks!

"Dah berenti merokok ke Shid...." 

"Dah kak...."Kata Rashid yang agak terkejut dengan soalan Nur tadi.

"Wah! Bangus laaa.....Ini macem baru tidak menjejaskan kesihatan " Sahut pula Daisy yang juga rakan sekerja Nur sambil makan kuih raya yang Nur bawa.

"Eh! Camne  dapat berenti merokok mendadak Shid? Citelah kat akak, kot dapat menyembuhkan perangai suami akak tu yang pandai mencipta alasan setiap kali disuruh berenti ". Nur bertanya penuh minat.

"Kebetulan kak....trajis sangat kisahnya....." Kata Rashid dengan wajah yang triba triba jadi sedih, Nur dan Daisy mula "REHATKAN diri sebentar bersama kisah Rashid berenti merokok" ...ala,jab lagi la sambung keje an...an...an.....hehehehe!

"Camne tuuu...." Tanya kami serentak dengan wajah tak bersalah kerana tinggalkan kerja.

" Dua hari sebelum raya, selepas berbuka macam biasalah...saya akan cari rokok....malangnya rokok saya DAH HANCUR LEBUR ,dipatah patahkan oleh Sofea anak kecik saya tu.....saya pun benganglaaa, mana nak cari kedai bukak waktu maghrib ni,tidak semena mena saya lempang Sofea termasuk emaknya sekali....." Rashid mulakan ceritanya sambil menunjukkan gambar rokok yang disimpannya dibawah.

"Dengan hati yang panas, saya keluar rumah untuk mencari rokok.....malangnya tiada satu kedaipun bukak waktu tu...saya terus ke kedai seven eleven ...sampai didalam kedai tu,langkah saya terhenti apabila melihat seorang lelaki yang sedang membeli barang berkata pada anaknya 

" Tak payah nak beli COKLAT tu,ambik gula gula ni jer...." Anaknya kelihatan sedih sambil letak semula coklat yang dipilihnya pada rak sambil matanya terkebil kebil memerhati SEKOTAK ROKOK jenama DUNHILL RM12.00 yang dibeli ayahnya ,lebih buat saya sedih, si ayah tadi hulurkan DUIT RM50 cuma untuk beli rokok dan "20SEN" untuk gula gula anaknya....".

"Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada saya ketika itu...saya AMAT TERASA dengan apa yang terjadi depan mata, saya jadi SEBAK dan sedih......saya NEKAD malam itu juga untuk berenti merokok dan bawa pulang COKLAT yang diletak oleh si anak lelaki tadi......".

Nur pun tak sedar bila air mata Nur mengalir dengar cerita Rashid,Daisy pula sudah mencari tisu.....Aduhaiiiiiiiiiiiiiiii!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.