-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 7 Ogos 2014

CERITA KES NAYA DARI KELANTAN.....!

PEMBACA
Terimalah kenyataan ini, SEKSI itu adakalanya perlu....hahaha!
"Aku balik esok Yie, kete aku rosak niii......." Beritahu Zikri dalam telefon pada rakan sekerjanya di Kuala Lumpur.

"Tak nampak la kat mana bocornya....kalau kat bengkel leh jet " Beritahu pula rakan Zikri yang sedang menonggeng bawah bonet kereta.

"Camne ni? Mane de bengkel bukak lagi,dok raya lagi ni....." Zikri mula garu kepala.

" Aku ada idea...Kata rakan Zikri sambil tunjukkan longkang besar . Lalu dengan sedikit kemahiran park kereta sipi sipi tepi longkang, rakan Zikri tadi sudah dapat melihat dimana kebocoran keretanya.

Zikri memerhati rakan sekampungnya itu cuba membaiki kerosakan keretanya dari dalam longkang....perasaannya lega !. 

Apabila masuk ke minit 15,rakan Zikri tadi berpesan dari dalam longkang. 

"Kena ada washer ni baru kemas...mu gi cari washer jab....". 

Pada minit ke 5,

"Ehhhh! Mana plak Zikri ni......nate sungguh! " Triba triba rakan Zikri tadi baru perasan yang Zikri sudah tiada disitu....Dah la minta tolong baiki kereta, blah cam tu sajeeee, sapa tak bengang!

Minit ke 10,

Agak lama menanti Zikri dengan perasaan bengkek lagi bengang, rakan Zikri tadi keluar dari longkang....Niatnya untuk ikhlas membantu dah jadi kacau bilau....

Pada minit ke 20 rakan Zikri menanti,barulah kelibat Zikri muncul bersama seseorang yang dikenalinya.....

" Bakpe mu pangge aku Che Mat, aku nak tido doh tak di". Tanya rakan yang baru sampai tersebut sambil betulkan kain pelikat la la la nya.

"Bila masa plak aku panggil munggggggg". Rakan Zikri mula pelik lagi hairan.

"Ehhh! Tadi bukan ko suruh aku panggil... " Zikri pula bertanya juga dalam keadaan pelik.

"Aduulaaaa, bila pulak aku suruh panggil Wak Sir ni Zikri oiiiiiiiiii". Rakan Zikri mula tepuk dahi.....

"Laaaaaaaa, tadi mu yang kata, kena ada wak sir baru kemas........" Zikri berkata menyebabkan rakannya baru perasan........dia suruh Zikri cari WASHER macam gambar dibawah ni ......bukannya WAK SIR......
Yang bulat ni dipanggil Washer skru.....muahahaha!

Tapi kan, ada satu kenangan yang penulis tak boleh lupa bila melibatkan rakan rakan dari negeri Unik ini.....

Waktu itu penulis sebilik bersama 2 rakan dari negeri Kelantam...

" Mu ni sejak dok Key El, dok paka baju dale dohhhhhhh".(Kamu ni sejak tinggal di Kuala Lumpur tidak pakai baju dalam dah) "Kata rakan sebilik tadi  pada rakan sekampungnya . 
Penulis yang kebetulan mendengar ketika itu mula cuak.... dan mula fikir macam macam..."
aku duduk ngan PONDAN ke? entah entah rakan  sebilik aku ni GAY......naya akuuu!! 

Rupa rupanya INI MAKSUD "Baju dale" !

Lagu dibawah ini juga yang membuatkan penulis pertama  kali MERASA menjadi AWOK AWOK "..heyyyy!heyyyyyy! .........



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.