-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 15 Ogos 2014

PENYOKONG YANG TERUS DITIPU........FAHAMI DENGAN FAKTA!!

PEMBACA
Terlupa pakai kain atau sengaja nak hina Islam? Atau memang satu fesyen?
Kenapa Pas masih memegang jawatan Exco? Kenapa exco Pas sanggup zalimi rakan sendiri dari PKR dan DAP? Adakah Pas mahu berpisah dengan Pakatan rakyat.....Soalan ni penulis beri jawapan yang paling tepat dan mudah untuk anda faham ......KENAPA??
Dalam media sebelah sana, kerjasama yang diberikan oleh exco Pas untuk bersama TS Khalid memang digunakan untuk mengelirukan anda..... TAPI ADA SESUATU yang anda tidak tahu bahawa PAS sebenarnya SEDANG MENYELAMATKAN KEDUDUKAN PAKATAN RAKYAT untuk terus memerintah di Selangor......

Fahami ini....

Apabila TS Khalid pecat exco dari PKR dan DAP......yang tinggal cuma exco dari PAS ......
Andai kata, exco dari PAS tidak beri kerjasama kepada TS Khalid, apa jadi pada kedudukan PR di Selangor kerana TS sudah pun istiharkan dirinya BEBAS....dalam undang undang tubuh kerajaan Selangor sudah dinyatakan bahawa MINIMA exco mesti ada 4 orang......baiklah! Penulis ulang lagi sekali....apa jadi kalau 4 exco Pas ini tidak bersama MB sekarang?? 

Pastilah MB atas perkenan Sultan perlu melantik 4 EXCO sebagai ganti.....dan siapakah Exco ganti tersebut...MUSTAHIL DARI PKR DAN DAP DAN MUSTAHIL juga dari PAS kerana masing masing sudah menolaknya.......Yang tinggal dan ada pilihan pastilah calon Exco dari Barisan Nasional.......NAMPAK permainannya??

Selain itu, apa tujuan sebenar TS Khalid pecat exco dari PKR dan DAP? Supaya apabila exco dari PAS dikekalkan dan seolah menyokong MB, PKR dan DAP akan dilihat sudah tidak sehaluan, berbalah sama sendiri....dan itulah yang dimainkan oleh media pihak sebelah sana......nampak??

Dalam hal ini, masing masing ada strategi dan perancangan, cuma kita yang ada kalanya terlepas pandang lebih lebih lagi mudah dikelirukan sebagaimana gambar diatas dan dibawah ini.....

Kabarnya wanita ini pelancung dan bukan Islam.....
Kemaskini -

Ini kenyataan terkini dari S/U Pas Datuk Mustafa Ali jika anda kurang yakin dengan alasan penulis diatas... 16/Aug/2014


Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu sudah menyenaraikan beberapa lagi nama yang sesuai untuk calon menteri besar Selangor.

Laporan Berita Harian menyebut, Mustafa berkata nama berkenaan bagaimanapun tidak boleh diumumkan sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat esok.

Calon berkenaan sebagai alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditegaskan oleh PKR sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut.

"Memang ada beberapa nama dalam fikiran kita yang dilihat sesuai, tetapi namanya saya tidak boleh sebut sekarang, kena tunggu mesyuarat parti," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Beliau juga mengulangi pendirian PAS bahawa arahan agar empat orang exconya kekal dalam kabinetr Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bagi memastikan Pakatan Rakyat terus mentadbir Selangor.

Justeru, beliau menuntut agar DAP dan PKR menjelaskan sikap parti itu yang berang apabila PAS mengambil tindakan demikian.

"Kita juga kena tanya dia (PKR dan DAP) atas dasar apa mereka marahkan PAS," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar sama.

AJK PAS Pusat akan bermesyuarat esok bagi menentukan pendirian mereka berhubung krisis politik di Selangor.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.