-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 8 Ogos 2014

EMAK TERPAKSA BERFIKIR TEPI PINTU RUMAH ......ADEH!!

PEMBACA
Rumah Opah tak ada kolam renang, ini pun bolehlahhh!
Masih beraya? Pastikan kejadian dibawah ini tidak terjadi pada anda.....

Semasa raya inilah kita nak ziarah menziarahi saudara mara termasuklah Nur yang sempat membawa emak beraya kerumah bapak saudara petang tadi.

Kebetulan semasa kami sampai, bapak saudara Nur sedang buat rumah terbuka...maka bertemu dan beramah mesralah kami anak beranak,adik beradik sepupu sepapat,memang kecoh dan meriah.

Oleh kerana banyak lagi rumah yang hendak dirayakan,kami mohon diri untuk pulang awal...Nur ,suami dan anak anak sudah keluar lebih awal,manakala  emak masih bersalam dengan tetamu yang hadir sebelum balik...

"Eh! Kenapa lambat sangat Tok Mak korang ni....." Tanya En Somi  kerana rasanya hampir 10 minit juga kami telah menunggu dalam kereta.

"Tak kan tak abis lagi salam.....Jab Nur gi tengok......" Jawab Nur sambil meluru masuk semula kedalam kawasan rumah bapak saudara .

Sampai di depan rumah, Nur lihat emak DUDUK TERMENUNG seorang diri depan pintu rumah......Adehh! Sakit ke mak Nur ni (bisik Nur dalam hati.....)

Nur segera dapatkan emak yang kelihatan pening pening waktu itu.....

"Kenapa mak......?" 

" Tak de pe pe......cuma MAK LUPA...SELIPAR MANA MAK PAKAI TADI...........".....ADEH!!!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.