-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 1 Ogos 2014

BOIKOT MCDONALD'S ....SIAPA BODOH?

PEMBACA
Banyak betul kesalahan si Din ni yee? Hahaha

Penulis teruja dan mahu berkongsi apa yang didedahkan oleh Firdaus Ariff dalam blognya dibawah. Penulis juga kongsikan kenyataan dari pengurusan MCDonald's sendiri tentang isu boikot .
Ini copy paste yang penulis ambil dari pendedahan Firdaus Ariff.

Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia

Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald's Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan.

Membaca sepintas lalu artikel tersebut, beliau dilihat cuba menggambarkan McDonald's Malaysia sebagai syarikat tempatan, mempunyai banyak kepentingan Melayu dan orang Islam yang hanya membayar 5 peratus royalti kepada McDonald's Corporation.

Tapi adakah benar gambaran yang dibawa oleh beliau? Mari kita semak fakta melalui dokumen maklumat syarikat Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yang dibeli dari SSM. Kita juga lihat maklumat dari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my terutamanya notis di halaman ini.
Banyak restoran McDonald’s milik penuh rakyat Malaysia
Kita tidak perlu pergi jauh pun - ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald's Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.

Petikan dari notis di laman web mereka
Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Jumlah outlet berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka: 242

Hanya 67 outlet, jadi bila dikira peratusan outlet francais yang dimiliki rakyat Malaysia: 67 / 242 x 100% = 27.68%

Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?

Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%

Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!

Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!

Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald’s Malaysia dan McDonald’s Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan. 
Adakah hubungan McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation setakat membayar royalti sahaja?

Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya?


McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia). 

Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia.

Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?


Ini pula sebahagian kenyataan dari pengurusan Mcdonald's .

Important Notice

  1. Yang Rata dikatakan Bukit, Yang Busut dikatakan Gunung
  2. Food Safety is Our Priority
  3. Kenyataan oleh McDonald's® Malaysia
  4. McDonald’s® Malaysia Sah 100% Halal
  5. McDonald’s® Malaysia 100% Halal
  6. Notice on Processing of Personal Data
  7. Postponement of National Breakfast Day 2014
  8. Statement by McDonald's Malaysia Regarding the "Pink Slime" Issue
  9. Statement by McDonald’s Malaysia
  10. Semua Makanan McDonald's® Malaysia Termasuk Produk Daging Dan Kentang Goreng DiJamin Halal

  1. Yang Rata dikatakan Bukit, Yang Busut dikatakan Gunung
    Begitulah dakwaan dan panggilan boikot yang diuar-uarkan terhadap McDonald’s® di Malaysia. Pelbagai tuduhan dibuat yang mengaitkan jenama kami dengan konflik dan tragedi kemanusiaan di Gaza. Namun mangsa sebenar dakwaan-dakwaan tersebut adalah sahabat, pekerja serta keluarga yang menjadi bahan diskriminasi, dan juga francaisi-francaisi kami yang berusaha mencari rezeki. Kami berkongsi maklumat ini agar dapat memberikan pencerahan dan mendapat keprihatinan anda.
    32 tahun membangun dan membesar bersama Malaysia
    McDonald’s® adalah punca rezeki untuk lebih 12,000 kakitangan, di mana lebih daripada 85 peratus adalah beragama Islam. Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Di samping itu, McDonald’s® turut memberi peluang perniagaan kepada lebih daripada 50 pembekal tempatan yang juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,500 anak-anak tempatan. Menjelang tahun 2020 McDonald’s® Malaysia akan berkembang kepada 500 restoran serta mewujudkan lebih 11,500 lagi peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia. Adalah jelas bahawa sebarang tindakan boikot akan membawa kesan negatif kepada ekonomi Malaysia dan kehidupan sebahagian daripada rakyat Malaysia.
    Pembayaran royalti adalah untuk hak menjalankan perniagaan di bawah jenama McDonald’s®
    Pembayaran royalti adalah asas bagi kebanyakan pengendalian perniagaan berjenama antarabangsa atau tempatan, dan bukanlah eksklusif kepada McDonald’s® sahaja. Perlu diingat, McDonald’s® turut membayar cukai korporat dan cukai perkhidmatan dalam jumlah jutaan ringgit setiap tahun kepada Kerajaan Malaysia. Kami ingin menekankan bahawa McDonald’s® TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia. Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya. Sebahagian besar daripada pulangan perniagaan di Malaysia disalurkan semula untuk mengembangkan lagi perniagaan serta ekonomi di Malaysia. Pada 2014 sahaja, dijangkakan hampir RM185 juta akan dilaburkan untuk membuka 22 restoran baharu dan mengubahsuai 29 restoran di Malaysia.

Jika ditanya penulis, jawapnya mudah....tak makan Mcd pun kita tetap hidup kerana kita DIBERI PILIHAN atas kedua jawapan diatas, tepuk dada tanya selera .....!
  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.