-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 21 Julai 2014

WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BUKAN LAGI SPEKULASI....

PEMBACA
Doktor di Palestine yang terpaksa disuap untuk berbuka puasa...Aduhai! 
Berita ini telah disahkan dan ianya bukan lagi spekulasi. Pada pandangan peribadi penulis, langkah ini sebenarnya memberi petunjuk " KENAPA PUTRAJAYA tidak dapat ditawan PR" pada PRU lepas.


Secara jelas,ianya memberikan kesan yang amat besar pada kedudukan Pakatan Rakyat dan penulis beri jaminan yang untung dengan tindakan ini pastinya Barisan Nasional ...silap silap gaya Selangor akan terlepas . 

Kelemahan TS Khalid memang ada dan penulis akui,tetapi tidak semua rakyat tahu KENAPA PERLU DITUKAR? Apa yang rakyat tahu dan nampak sekarang ialah "ANWAR IBRAHIM makin gagal menyakinkan RAKYAT".......

Bagaimanakah cara untuk kembalikan keyakinan rakyat? Kita rujuk pada kedudukan kerusi DUN di Selangor yang sebenarnya KUASA MELANTIK MB terletak ditangan PAS ,PKR cuma boleh mencalonkan nama kerana mereka berkurang 1 kerusi berbanding PAS dan PAS yang bersetuju untuk melantik TS Khalid sebagai MB selepas PRU lalu.

Langkah terbaik ,PAS perlu meletakkan calon mereka sebagai MB dan penulis yakin ramai dikalangan pemimpin PAS Selangor juga berkebolehan untuk memimpin. Dengan terlantiknya MB dari PAS ,maka segala kerumitan dan kesulitan yang berlaku akan LENYAP kerana perebutan ini CUMA MELIBATKAN PKR .

Untuk memudahkan atau melancarkan pentadbiran, MB dari PAS boleh melantik TImbalan Menteri Besar iaitu TS Khalid untuk membantu....

Macam manapun segalanya terletak ditangan Sultan ?



Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah yang dianggap sebagai pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

Menurut Anwar, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan isu air, lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu infrastruktur asas seperti sampah di negeri itu.

"Konsensus kita akan teruskan keputusan awal dan hanya letak satu nama untuk diberikan kepada majlis pimpinan Pakatan.

"Sudah tentu Tan Sri Khalid Ibahim diminta teruskan peranan beliau untuk bantu pentadbiran Selangor," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Anwar menyatakan majlis pimpinan tertinggi Pakatan akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi mendapatkan konsensus mereka.

Beliau menyatakan PAS dan DAP sebelum ini telah pun bersetuju perubahan kepimpinan di Selangor tetapi nama pengganti Khalid masih belum dibincangkan.

"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini.

"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon (menteri besar) belum diputuskan walaupun ada dibicarakan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini.

"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbirna yang baik dan tersusun," kata beliau.

Bagaimanapun Anwar gagal memberitahu bilakan peralihan kuasa ini berlaku dan hanya berkata ia "secepat yang boleh."

"Kita juga teruskan perbincangan dengan pihaknya (Khalid) dalam perkara ini," kata beliau.

Anwar turut menafikan laporan portal-poral yang menyatakan beliau telah pun melantik beberapa pemimpin PKR untuk mengganggotai pentadbiran baru Wan Azizah.

"Tidak ada perbincangan mengenai lantikan mana-mana pemimpin," tegas beliau.
 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.