-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 27 Julai 2014

SEEKOR IBU BERUANG DAN SEBUAH SEKELUARGA YANG TAK SEMPAT BERAYA!

PEMBACA
"Ensemnye gambar Tuanku dalam ni... hahaha....." Aksi Sultan Perak hidupkan lesen memandunya......!!
#WAJIB BACA!
Renungkan kisah dibawah khas untuk anda yang akan memandu  semasa Raya ini....

Seekor anak beruang mengajak ibu dan adik-adiknya untuk menyeberang jalan setelah dilihatnya disitu ada beberapa  pokok buah buahan yang lebat. Masing masing teruja untuk menyeberang ke sana.....

Diwaktu yang sama, seorang anak bersama dua abang dan seorang kakak  tidak sabar untuk pulang ke kampung bagi merasa masakan neneknya kerana cuma dihari raya saja mereka berpeluang makan masakan nenek. Mereka juga sangat teruja untuk pulang beraya sama seperti terujanya anak anak beruang diatas.

Maka si ibu beruang ini membawa anak anaknya ke tepi jalan raya yang LALUANNYA AGAK SIBUK dengan kenderaan  pulang beraya.....

Sampai disitu, ibu beruang BERKATA....

"Tungguuuuuuu.....jangan bergerak " Arah si ibu beruang agar anaknya menanti ARAHANNYA sebelum melintas jalan.

Si ibu beruang menjengah ke depan jalan untuk memastikan segalanya selamat baru mereka sekeluarga boleh melintas jalan.
"Dah leh jalan ke ibu?"
"Lum...cam ade lori depan tuuu......."
Manakala si ayah yang membawa empat orang anak termasuk isterinya terus memecut laju tanpa mempedulikan keselamatan ahli keluarganya.....

"Lajunya abang bawak....."Kata si isteri.

"Nak cepat sampai....cepat skit boleh balik...lagipun esok pagi abang ada jemputan rumah terbuka bersama Menteri...tak kan tak pergi....." Kata si ayah yang sentiasa sibuk ini lalu terus memotong dan memotong ......akhirnya KENDERAAN KELUARGA MALANG INI PULA "DIPOTONG" LORI dan terbujurlah jasad mereka sekeluarga ditepi jalan .....


Ironisnya, jasad sekeluarga ini berada di  TEMPAT SI IBU BERUANG DAN ANAK ANAKNYA yang sudahpun MELINTAS DENGAN SELAMAT beberapa minit yang lalu.......


"FIKIRLAH, kadang kala haiwan yang TIDAK BERAKAL itu boleh mendidik kita yang BERAKAL"

Selamat Hari #Raya #kosongkosong

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.