-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 27 Julai 2014

RAYA INI, CUMA MAMPU AKU LIHAT KAU DAN KAU LIHAT AKU......

PEMBACA
Ramai pengguna tertipu kerana beli sampul duit raya tapi tak ada duit didalamnya....Hisskkk!!

"Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, la ilaha illallah huwallahu akbar...Allahu Akbar Walillah hil Hamd"
........didalam alunan takbir pagi raya yang penuh kesyahduan,"Tak pelah Kadir...sekurangnya kita masih mampu melihat dari mereka yang buta." Hashim cuba tenangkan hati sambil cuba membaca fikiran Kadir yang merenung jauh ke depan..

"Jika aku tidak disini....selalunya pepagi begini,aku dan adik beradik lain dah bersiap nak gi semayang raya,time tu jugak klam kelibut kerana bilik air cuma satuuu....." Kadir cuba senyum pada Hashim.

" Untung ko adik beradik ramai, aku ni bilik air banyak tapii........cuma mak bapak dan aku ajerr......sunyiii hidup aku Dir.....!! ". 

"Sunyi? " .....Soal Kadir.

"Iyelah, hidup aku sunyi, kalau ko nak tau...hari rayalah paling aku suka sebab CUMA HARI RAYA AKU dapat bersama mak dan ayah aku....hari lain keduanya sibuk...."

Kadir diam.......dan melayan perasannya kembali mengenang raya yang pernah disambutnya.......

"Ko suka ape pepagi raya Shim?"......

" Ko jangan gelak, aku suka kuih siput sebab masa mengandung mak aku suka sangat makan siput sedut.......hahaha......" Hashim cuba ketawa sambil menjeling Kadir,namun Kadir tidakpun mampu ketawa,cuma sekadar mengukir senyuman .

"Dah la Kadir.....jangan layan sangat perasaan tu,kita masih berpeluang untuk menikmati hari raya walau terpaksa sendiri tanpa keluarga. Aku dah lima tahun disini......"

Kadir diam, dia cuma mampu melihat Hashim dan Hashim melihat dirinya....cuma itu yang mampu mereka berdua lakukan dipagi raya setelah DIAMBIL UNTUK MENETAP DI SINI.....

Itu mereka? Macam mana dengan kita yang bebas kemana jua dan punyai masa tapi tak mahu pulang sambut raya......RUGILAH!!!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.