-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 4 Julai 2014

GAMBAR TERAKHIR SEBELUM IANYA BERAKHIR.......

PEMBACA

Andai kata anda TAHU ANDA AKAN MATI SELEPAS RAYA NI.....apakah ini juga yang akan anda lakukan untuk kenang kenangan?? Dan apa yang pasti lagi setiap kali menjelang RAYA, pasti ada keluarga yang akan maut baik ianya disedari atau tanpa disedari.......bacalah!! 

Suami Mak Yam nampak kerisauan  diwajah isterinya, dengan lembut si suami berkata

"Awak dah tengok di rumah rakan rakan sekolahnya? ".

"Dah bang......tak ada juga". Jawab Mak Yam dengan sedih.

"Kemana dia pergi ni......juru gambar nak sampai dah kejab lagi nii....." 

"Risau saya bang, kes culik budak jual organ makin menjadi jadi sekarang ni orang dok riuh kat Facebook,Hisssssssssssss!! Risau betul dibuatnya". 

" Tak apelah, kalau jurugambar sampai nanti kita minta dia tunggu 10 minit, kalau tak ada nak buat macam mana". Jawab suaminya.

"Mana boleh bang.......saya nak ABADIKAN semua gambar anak anak kita, supaya mereka ingat kita nanti setelah kita tiada". Mak Yam terus bersedih, kehilangan salah seorang anaknya yang tidak pulang sejak pagi tadi amat merisaukan dirinya. 

"Abang faham tu.....dah lah! Awak gi siapkan anak anak yang lain, saya cuba cari lagi ......." Suami Mak Yam memberinya harapan.

Setengah Jam berlalu.......

Alhamdulillah......kelibat anaknya yang hilang sudah kelihatan dipimpin oleh suaminya, gembira tidak terkata Mak Yam kerana niatnya untuk abadikan seluruh ahli keluarganya buat kali terakhir termakbul.

Segala persiapan untuk bergambar keluarga sudah siap diatur, masing masing teruja terutama si anak anak mak Yam yang MASIH TIDAK FAHAM dan mengerti  " inilah gambar terakhir mereka bersama emak dan ayah mereka ".

Maka jurugambarpun memberikan arahan untuk merakam gambar KELUARGA tersebut buat kali terakhir sebelum ianya BERAKHIR...... 

" Adik yang tepi tu cuba ketengah sikitt.......SENYUM! SEMUA SENYUM......ok..........ok........readyyyyyyyyyy..........satuu.....dua.....TIGAAA........ Klikkkkkkk!!"






0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.