-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 26 Jun 2014

KWSP...BILA DAH KANTOI BARU NAK BERTINDAK??

PEMBACA
ADEHH!Sampai cenggini ?

Ada beberapa rahmat disebalik penemuan adik Mohd Firdaus OKU yang didakwa dikurung oleh ibunya,sekurangnya isu ini membuka mata banyak pihak dan lebih memeranjatkan lagi RAMAI YANG KANTOI kerana bila TERSEBAR baru nak bertindak!.

Beberapa hari lalu,luahan seorang ibu yang bernama Afidah Ayob tentang nasib MALANG anaknya yang juga OKU menjadi VIRAL dan disebar oleh sebahagian pengguna Facebook. Akibatnya KWSP terus mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.....bayangkan kalau perkara ini terPERAP......jadi kayulah kita yang mengharap bantuan mereka ......!

Nah! Meh kita sebar dan bantu luahan salah seorang pengguna dibawah ini pula.....kita nak bantu cara lain mungkin tak mampu lebih lebih lagi melibatkan duit kerana almaklumlah dengar ceritanya TARIF LETRIK nak naik lagiii........


Isu OKU yang tiada penghujung. Ini bukan isu panas, tetapi isu yang sudah basi dan dipandang sepi oleh pihak berwajib. Segelintir pihak di luar pula melihat kemudahan-kemudahan yang kononnya 'disediakan' oleh kerajaan sudah cukup cemerlang tanpa melihat dalamannya. Inilah hakikatnya. Untuk Aiman sendiri, yang percuma cuma bil hospitalnya (itupun perlu ditunjukkan Kad OKUnya di kaunter bayaran, jika tidak sama sahaja), penerimaan kerusi roda ihsan daripada Tabung Kebajikan Hospital Besar Pulau Pinang dan urusan pasport percuma. Itu sahaja. Tiada elaun, tiada bantuan lain. Tiada sekolah pendidikan khas yang sudi menerimanya kerana tidak mampu mengurus diri.
Me and my Angel...sesak dgn news feed bkenaan bantuan yg kjaan sediakan utk anak2 OKU. Betapa masyarakat dibutakan dgn kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan rm300. Ini hakikat yg sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yg hanya kerani dan suami seorg atendan hosp pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yg layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang2nya 8x sebulan...sesuatu yg agak tidak logik diakal bagi anak OKU yg terlantar utk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yg severe sama seperti Angel. Ada parents yg tak mendapat kebenaran utk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yg x memahami, rakan sekerja yg busuk hati. Bantuan bagi yg layak ditolak dihitung...akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yg bcakap mengenai kelas pndidikan khas. Hello hanya utk yg boleh menguruskan diri...anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..mkn pun bersuap, kencing berak dibasuh....so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. Andai kjaan dh umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak2 ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan utk mereka...bukan utk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas...gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yg bergelut seharian...syukur Allah masuh memberikan kami hidayah utk menjaga anak2 syurga ini seadaanya...

*saya izinkan semua utk share; moga dapat membuka mata masyarakat..

#persatuanharapananak2isitimewamalaysiaI



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.