-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 30 Jun 2014

JUAL ORGAN.......MANA BENAR MANA TIDAK?

PEMBACA
GEMPARR!! JANGAN makan SETAN berbuka nanti tauu!

Isu jual organ sebenarnya sudah lama tersebar dalam ruang maya Internet, Editor Nur pun ada minta kami keluarkan isu ini,tetapi oleh kerana SUMBER KESAHIHANNYA masih samar samar, kami ambil keputusan tunggu dan lihat hinggalah KDN sendiri keluarkan kenyataan seperti lampiran dibawah.


Sebelum itu, untuk anda yang ketinggalan isu ini, ini beberapa SUMBER yang menyebarkan KISAH JUAL ORGAN .......Kalau silap silap baca tanpa merujuk sumber boleh menakutkan orang .....ye tak?









Ini Jawapan dari KDN.........

KDN Nafi Wujud Kes Culik Kanak-Kanak Untuk Ambil Organ

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri menafikan laporan yang tersebar di media sosial kononnya terdapat kes penculikan kanak-kanak di Malaysia bagi tujuan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sehingga kini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes penjualan atau pembelian organ berkenaan.
“Dakwaan terdapat kanak-kanak diculik dan organ mereka diambil untuk dijual seperti yang tersebar di laman sosial khususnya di Facebook dan WhatsApp sejak kebelakangan ini merupakan khabar angin semata-mata.
“Risikan mengesahkan tiada maklumat diperoleh sama ada di dalam atau di luar negara berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ oleh mana-mana pihak dari negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu mengenai dakwaan berkenaan serta apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah itu.
Wan Junaidi berkata, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial.
Katanya, proses perolehan dan pemindahan organ melibatkan prosedur pembedahan yang kompleks dan ia memerlukan penglibatan pakar perubatan berkemahiran tinggi mengikut bidang kepakaran masing-masing seperti urologi (saluran kencing), pembedahan hepatobiliari (hati), kardiotorasik (jantung) dan anaestesiologi (organ dalaman) serta rawatan rapi.
Jelasnya, proses penyimpanan organ juga rumit iaitu disimpan di dalam cecair pengawet khas pada suhu yang tertentu supaya ia berada dalam keadaan optimum sebelum dipindahkan kepada penerima dengan secepat mungkin.
“Sekiranya tempoh masa untuk penyimpanan dan pemindahan organ tidak dipenuhi, organ yang diperoleh tidak dapat digunakan kerana ia tidak akan berfungsi dengan sepatutnya,” katanya.
Justeru, Wan Junaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.
Menjawab soalan tambahan Raja Roopiah mengenai jumlah kes culik kanak-kanak di Malaysia setakat ini, Wan Junaidi berkata Jan hingga Jun tahun ini sebanyak lima kes culik dilapor dan tiga daripada kes itu berjaya diselesaikan. – SUMBER BERNAMA


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.