-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 24 Jun 2014

INSURAN YANG KANTOI.......SIAPA PERNAH TERKENA??

PEMBACA
Bapak ku yang KANTOI!! 
Tak semua penjual insuran menipu TAPI tak SEMUA JUGA PEMBELI INSURAN ITU BIJAK....so, kita lihat siapa TERKENA DAN ambil iktibar!.


Contoh ...... "
 Anda dicadangkan oleh penjual insuran untuk beli insuran cermin kenderaan kerana cerminlah yang paling mudah rosak berbanding anggota badan lain kenderaan anda. Rayuan dan pujukan ejen insuran pastinya membuatkan kita terpikat kerana betapa JIMATNYA kita jika triba triba cermin kereta kita pecah secara tak sengaja dan disangka. 

Tapiii....apabila cermin kenderaan anda rosak akibat sebiji batu terlantun dari lori dihadapan, anda DI KECEWAKAN   dengan kenyataan begini oleh ejen insuran cermin kereta anda......"Encik beli ni insuran cermin BELAKANG....bukan untuk cermin depan" ...Salah siapa?? 

Contoh 2......." 

Anggota badan adalah perlu untuk memudahkan kita bekerja untuk teruskan hidup, kecacatan atau kerosakan satu satu anggota akan menyebabkan kita PAYAH untuk teruskan hidup, jadi anda DIBERI JAMINAN dengan mengambil insuran,sekurangnya anda mampu TERUSKAN HIDUP untuk sementara.

Tidak disangka, anda terlibat dalam kemalangan dan tangan anda patah, anda rujuk kepada ajen insuran anda untuk membuat tuntutan pampasan ,malangnya " ENCIK BELI INSURAN UNTUK TANGAN KIRI ...yang patah bukan tangan kiri....."...... Boleh anda lempang ejen tu dengan tangan kiri?? 

Contoh 3...."

Insuran Kematian memang ramai orang beli,walau bukan untuk kegunaan sendiri,tapi sekurangnya yang hidup mampu hidup tanpa anda.....tapi malangnya semasa tuntutan hendak dibuat oleh yang sedang hidup, ........Ruginya kita apabila diberitahu, 
"Punca kematian si mangsa ni sebab sakit jantung, dia tak ambil INSURAN JANTUNG,walaupun dia terbukti telah MATI ......"  

Dari contoh penulis beri diatas, suka penulis nak kongsikan bahawa dalam mana mana perniagaan  yang melibatkan duit kita,    

" kita perlu tahu MEMBERI ITU MUDAH, TAPI NAK DAPAT ITU PAYAH...."


Contohnya, anda nak masukkan duit dalam bank,cukup anda isi sekeping borang ......tapi jika anda nak ambil semula wang anda, siap kena bagi IC dan tandangan kena BETUL!! Sama jugalah dengan CONTOH kisah Insuran diatas....  

Seperkara lagi yang jadi NAK DAPAT ITU PAYAH kerana KEPAYAHAN kita sendiri untuk bertanya dan membaca apa jua tentang Insuran yang kita ambil. Apabila kita PAYAH, kita salahkan pula ejen insuran........aduhai!! 

----Sekadar renungan ----------









0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.