-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 18 Jun 2014

APA NAK DIJAWAB LAGIIII..........??

PEMBACA

"Aku bila besar nak jadi perompak......ganas dan bahayee". Kata murid A.

"Eleh! Tak ganas gak, baik jadi penyamun,walau kurang glamer tapi digeruni.." Murid B tak mahu mengalah.

" Aku nak jadi perogol barulah Aummm! " . Kata Murid C pula sambil menjeling pada murid perempuan didalam kelas mereka.

" Isk ko ni,tak de cita cita KEARAH KEJAHATAN lain ke...ade lak perogol! Tengok aku ni,nak jadi pencuri...kerjaya yang senyap tapi BIJAK" Marah murid D kepada rakannya sambil membelek pen yang baru dicurinya dari pelajar A.

"Woi! Errr...aku nak jadi UMNO... leh terima gak kan cita cita  AKU TU..." Kata murid A semula sambil menjeling pen yang dipegang murid D "RASA CAM AKU PUNYER jerr"....

"Agak agak la... Cita cita pun nak politik.... apelah! Ni lagi hebat, AKU NAK JADI Nyah... Hebat tuuu kerana aku leh menyamar jadi pompuan ...". Kata murid C lagi yang tetap menjeling murid murid perempuan dalam kelasnyaa. 

"Ah!! Semua cita cita jadi jahat korang tak akan tercapai sekiranya CITA CITA PALING HEBAT dan dasat aku ni tak termakbul. " Triba triba murid yang bernama Hafiz bin Saedon bersuara .

"Aku agak dah, Hafiz mesti tak mo mengalah! Pe cite cite  yang ko kate hebat sangat tu Hafiz?" . Tanya murid B yang sudah mula berdiri.......

"Aku nak jadi SETAN!!! ". Jawap murid  yang bernama Hafiz bin Saedon menyebabkan semua rakan rakannya TERDIAM dan TERKEDU........

Itulah Hafiz Saedon semasa kecil, kini Hafiz sudah dewasa dan masih dengan tabiat lamanya IAITU TAK MAHU MENGALAH dengan sesiapa.

"Macam manelah leh eksiden kat simpang tu malam tadi...puas aku mikirin....." Kata lelaki dewasa A.

"Aku pun sama, cam tak logik.... nak kata motor tu makan jalan, aku nampak motor tu dah makan minyak kat bengkel Ah Leong paginyee......". Jawap pula lelaki dewasa B sambil hirup kopi.

"Alah! Mail tak kan ko tak kenal kalau bawak motor, mana reti sloww... kes makan jalan la tuu"... Jawab lelaki dewasa C merujuk kepada mangsa bernama Mail dalam kemalangan itu.

"Takkk......Mail tak makan jalan,lori tu masuk simpang tak bagi signal......" Jawab Hafiz Saedon dengan yakin.

"Aik! Camne ko tau Hafiz, kan ko lepak ngan aku malam tadiii....." Tanya lelaki dewasa B .

"Usop beritahu aku ,dia kata ada kat tempat kejadian...dia nampak lah camne eksiden tu berlakuu......." Jawab Hafiz Saedon. 

"Usop mana?? Usop anak Aji Leman? ". Tanya lelaki dewasa A untuk kepastian.

"Ye la......abis ko ingat Usop mana?' Hafiz Saedon jawab lagi dengan penuh keyakinan.

"Iskkkkkk! Lagi pelik akuu...setahu aku Usop anak Aji Leman tu butaa.......camne dia nampakkk....." Kata Lelaki dewasa A menyebabkan Hafiz hampir tersembur tea tarik yang diminumnya.....namun DIA TETAP CUBA BERTENANG dan menjawab dengan selamberr...

"Itulah ko tak tau...... Usop tu JENIS BUTA YANG BOLEH NAMPAK ......".

"ooooooooooo, same cam spesis ko cakap hari tu la yang Aji leman JENIS PEKAK YANG BOLEH DENGARR......." Perli lelaki dewasa B dengan selamber pada Hafiz Saedon.

Hahaha......susah kan kalau ada orang yang NAK MENANG saja, tapiiii hakikatnya manusia yang TAK MAHU MENGALAH DAN MENGAKU SALAH NI memang ada dikalangan kita ......layan jer laaaaaaaa!!












0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.