-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 24 Mei 2014

WAHIDA ABD RAHIM GADIS MURTAD YANG TERSEBAR LUAS .......!!

PEMBACA

Inilah yang tersebar dalam media Internet dimana seorang bekas pelajar Sekolah Agama di Kedah telah murtad dan istihar dirinya menganut Kristian. Yang menjadi persoalan utama KENAPA DISEBARKAN DI FACEBOOK? 

Persoalan ke dua, siapakah sebenarnya gadis ini dan benarkah seperti maklumat yang diberikan dibawah, penulis bukan meragui,tetapi hampir sejam juga mencari namanya DiFacebook,takut tersalah lapor jadi fitnah pula .......

Apapun diharap ada pihak memberi penjelasan dalam isu ini kerana MURTAD ni bukan perkara yang boleh kita ambil ringan dan menjadi tugas kita untuk PERANGI MURTAD .....



3 Mesej diterima:

Assalamualaikum warahmatullah.

Admin, saya merupakan kawan sekolah Wahida dan juga kenalan rapat keluarganya. Demi Allah, saya tidak tipu. Ini bagi menjawab persoalan untuk sesiapa yang tidak percayakan status saya sebagai kawannya kemudian hari. Saya pohon agar admin tarik balik entri ini kerana perkara ini adalah tidak benar dan juga gambar di atas merupakan gambar yang tidak bertudung.

Benar, seperti yang diberitahu oleh sahabat-sahabat saya yang lain, Wahida berada bawah paras sedar sewaktu status tersebut dibuat. Sekali lagi saya tekankan di sini, beliau berada dalam keadaan bukan dirinya sendiri. Beliau didiagnos penyakit Bipolar Disorder selama beberapa tahun. Keluarga Wahida telah berusaha sedaya mungkin untuk mengawal diri beliau ketika beliau berada dalam 'dunia lain'. Janganlah sewenang-wenangnya membuat pertuduhan tanpa usul periksa. Wallahi, dia memang mengalami penyakit Bipolar Disorder dan status yang dibuat itu adalah luar kewarasan akalnya.

Untuk pengetahun admin dan para pembaca, status yang dibuat oleh Wahida tempoh hari tak dapat dibuang begitu sahaja. Report perlu dibuat kepada pihak pengendali Facebook untuk tindakan selanjutnya. Tuduhan tidak membetulkan status yang dibuat adalah tidak benar sama sekali kerana ramai diantara kami yang telah berusaha untuk mengelakkan perkara ini daripada tersebar luas.

Dan untuk makluman, perkara yang dilafazkan atau dilakukan di bawah paras sedar tidak akan diambil kira oleh Allah.

Sekali lagi, saya harap entri ini ditarik balik. Mohon jaga aib Wahida dan keluarganya. Segala yang dipertuturkan di atas adalah benar. Saya tidak akan sewenang-wenangnya berjanji atas nama Allah kerana jika saya salah, saya yang akan menanggung dosa. Bukan orang lain. Menuduh Wahida murtad tanpa usul periksa adalah satu fitnah dan ini sangat dibenci dalam Islam.

Budak ni mengalami masalah kesihatan akal (bipolar disorder). Harap dapat jelaskan perkara sebenar. Tq.

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.