-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 29 Mei 2014

Setiap Jumaat! - HARGA NYAWA SEORANG SUAMI......

PEMBACA
Berdoalah doa tanpa henti, Allah MAKBULKAN dan mudahkan....rujuk kisah ni....

"Saya nak minta kebenaran Doktor untuk bawa balik suami saya, saya tak mampu nak bayar untuk pembedahan. " Sayu dan pilu kata Rohana pada Doktor Hayatie .


"Tapi pembedahan ni penting, ini melibatkan nyawa suami puan". 

"Saya tahu doktor...tapi saya tak mampu,biarlah saya cuba ikhtiar cara kampung pula". Kata itu menyebabkan Doktor Hayatie diam, matanya juga sayu memerhati Rohana dan anak kecil yang didukungnya. Berat sungguh melihat penderitaan dan ujian yang perlu ditempuh Rohana.

Tapi apakan daya, jika sekadar itu saja kemampuan yang mereka ada.....borang kebenaran untuk pembedahan yang tidak ditandatangan oleh Rohana itu dikembalikan semula pada Doktor hayatie....

"Merujuk kepada maklumat keluarga dari pihak puan dan sebelah suami yang saya peroleh, suami puan sepatutnya tidak kena penyakit ni,pelik juga saya memikirkan......" Tanya Doktor Hayatie sambil membelek borang kebenaran tersebut.

"Betul doktor, memang tiada keturunan saya dan dari pihak suami yang kena penyakit ni ni...tapi saya redhalah jika itu ketetapan Allah.....cuma saya rasalah ...."Rohaya berhenti berkata....anaknya dipeluk rapat.

"Maksud puan?". Doktor Hayatie ingin tahu.......

"Lebih kurang sebulan yang lalu, malam itu suami saya pulang dari kerja dalam keadaan basah kuyuh,saya tanya padanya....."Hujan kat mana?" Sebab ketika itu bukan musim hujan,suami jawab..." Dia basah bukan kerana hujan tapi kerana terjun ke sungai untuk selamatkan seseorang yang keretanya terjunam dalam sungai .....sejak hari itulah kesihatan suami saya terganggu..dia sering batuk batuk dan tak sangka jadi beginii......." Air mata Rohana mula mengalir laju....

Dada Doktor Hayatie berdebar apabila mendengar cerita Rohana,direnungnya wajah Rohana dan wajah anaknya tajam......Subhanallah! 

"Kejadian di Sungai Rokan tu ke  puan? Suami puan kenal siapa yang diselamatkan itu". Dalam menahan sebak Doktor Hayatie bertanya.

"Iye. kat situ, Suami tak tahu siapa...katanya seorang perempuan, selepas dia berjaya selamatkan orang sudah ramai yang membantu,suami terus ambil keputusan untuk pulang saja kerumah setelah ambulan sampai. "

Doktor Hayatie diam,dihulurkan semula borang kebenaran pembedahan pada Rohana....

"Puan, sila TANDATANGAN untuk KEBENARAN PEMBEDAHAN NI....." Katanya sambil mengesat air mata.

"Tapi saya tak mampu doktor..." Jawab Rohana yang tergamam dan pelik dengan tindakan Doktor Hayatie.

"SAYA LAH PEREMPUAN YANG SUAMI PUAN SELAMATKAN ITU, sekarang saya nak balas HARGA NYAWANYA pula.........." 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.