-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 30 Mei 2014

PENDERHAKA MENGADAP JENAZAH.........

PEMBACA

Allah itu maha kaya dan adil, oleh itu kita seharusnya sentiasa beringat terutama dalam berpolitik,kita tidak tahu bila kita mati, dimana kita akan mati dan siapa yang akan uruskan jenazah kita.....
Paling sedih semasa dalam perjalanan akhir mengadap Allah... orang yang kita tuduh dan MAKI itulah yang doakan kita.....!!
Jika anda masih ingat, krisis yang disebut rampasan kuasa di Perak telah melahirkan ramai PENDERHAKA pada Sultan (Almarhum Sultan Azlan Shah ) ,tuduhan demi tuduhan dilemparkan oleh penyokong parti sebelah sana......

MEREKA INI PENDERHAKA SULTAN! MEREKA INI MENGHINA SULTAN!!

Allah itu maha kaya, Khas untuk penyokong pihak sebelah sana yang MENUDUH PENDERHAKA , anda lihatlah ......si penderhaka penderhaka inilah yang doakan untuk Al marhum Sultan yang mereka hormati sedangkan ANDA YANG MENUDUH belum tentu BERKESEMPATAN BERDOA depan jenazah almarhum semalam.......
ALFATIHAH!

Ambillah iktibar dan selamat mengundi pada semua pengundi teluk Intan esok....buatlah pilihan bijak dan tidak mudah tertipu seperti kisah yang penulis lampirkan sekali ini dibawah........

SI PENIPU YANG BIJAK......

"Jika saya menang dalam PRK ini, saya berjanji dengan tuan puan,saya akan tumbangkan 3 ekor lembu...." Kata Haji Shamsuri calon parti "Harijadi ke 25" pada penduduk kampung. 

Penduduk kampung yang mendengar cakap calon menjadi begitu teruja,memang diakui sebelum menjadi calon bagi parti "Harijadi ke 20 ", Haji Shamsuri memang seorang penternak lembu yang berjaya dikampung tersebut,tetapi beliau amat KEDEKUT dan sangat berkira apabila berurusniaga lembu dengannya.

Dengan adanya pengumuman untuk tumbangkan 3 ekor lembu, inilah masanya penduduk kampung merasa rezeki MAHAL dari Haji Shamsuri......bila lagi nak abiskan harga SI KEDEDUT INI , inilah masanya.....jadi penduduk kampung pun MEMBERI UNDI KEPADA HAJI SHAMSURI DAN beliau berjaya MENJADI YB ....

Maka hari yang dijanjikan pun tiba, ramai penduduk kampung yang mengikat perut menahan lapar dan dahaga, masing masing teruja untuk menikmati kenduri dari YB baru mereka iaitu Haji Shamsuri.....

Haji Shamsuri senyum pada penduduk kampung yang menanti kedatangannya, lalu dia arahkan pembantunya turunkan 3 ekor lembu dari lori .......

Dengan segala kepakaran dan kemahiran Haji Shamsuri dengan lembu, seekor demi se ekor lembu ditumbangkan oleh BELIAU SEORANG.......penduduk kampung teruja melihat aksi hebat YB baru mereka ituuu!!

Namun, penduduk merasa hampa kerana setelah ketiga tiga lembu milik YB Haji Shamsuri ditumbangkan, beliau berkata pada penduduk kampung.....

"SAYA DAH TUNAIKAN JANJI SAYA UNTUK TUMBANGKAN 3 EKOR LEMBU hari ini...terima kasih kerana mengundi saya..... "

Lalu YB Shamsuri berlalu pergi membawa kembali lembu lembunya meninggalkan penduduk kampung yang terkebil kebil menahan KECIWAAA....!!

Jangan diperbodoh dan jadi bodoh........Jadilah pengundi yang bijak!!  


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.