-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 20 Mei 2014

KISAH UNTUK 20 TAHUN AKAN DATANG........

PEMBACA
Pewangi kereta yang boleh dimakan ...ehh!
Dua puluh tahun akan datang, kita pasti akan ingat kisah kisah dibawah terutama bagi ibu bapa yang punya anak...nak nak lagi (Andainya) si anak itu mula ABAIKAN kita atau disaat kita teringat mereka semasa nyawa dihujung tanduk!

 Anak oh anak.......!!


"Baba...kalau orang tanya kita satu soalan dan kebetulan kita pula tahu jawapan, kalau kita tidak jawab berdosa kan........" Tanya anak bongsu penulis dengan yakin.


"Tengok pada soalannya,kalau tidak membahayakan bolehlah". Jawab penulis sambil sambung merenung kain langsir yang baru dibeli...ehh!

"Kalau begitu tidaklah salah tindakan adik tadi...abang lah yang salah kerana menyalahkan adik semua nii......Baba SETUJU DAN TAK MARAHPUN......" Kata di anak lagi.

"Tapi babaaa......"Belum sempat anak sulung penulis habiskan ayatnya, penulis pula berkata 

"Dah...! dah! Tak mo gado gado, baba ngah belek kain langsir yang ibu korang beli nii... kat mana MAHALNYA sampai RM3500, bentuknya JADI LANGSIR JUGAK bukan LCD tv ke  ..." 

"Tak leh! baba kena tengok jugak apa adik buat". Bentak anak sulong penulis sambil menarik tangan penulis keluar rumah.

"Tengok.......tengok........." Tunjuk anak sulong penulis yang MENYEBABKAN PENULIS  TERKEJUT DAN hampir terjatuh manakala si anak bongsu menambah barah sambil  berkata TANPA RASA BERSALAH.......


"BETUL KAN JAWAPAN ADIK TUUU........" 

...........Itu kejadian selepas 3 hari penulis beri kereta diatas ......ini pula kejadian selepas sehari penulis bawa balik kereta tu.

Pada pagi Ahad ituu......

"Ibu, nak kunci kete..." Kata Si anak pada ibunya .

" Ada gantung situ..." Tunjuk si ibu dimana kunci kereta digantung.

"Eh! Bukan yang ni laa....kete baru baba yang CANGGIH tuuu....." Kata Si anak.

"Cer tengok dalam bilik...." Kata si ibu . Selepas hampir 10 minit, si ibu mula risau, entah apa dibuat dek si anak dalam kereta baru babanya,risau plak maklumlah baru sehari dia bawa balik. 

"Laaaaaaaa, adik cari apa dalam kete baba tuuu......" Tanya si ibu setelah dilihat si anak sibuk mencari sesuatu, sekejab bergerak kedepan,sekejab ke belakang,sekejab ke bonet...cuma tak buka enjin jer lagi hahaha.

"Cari beg la ibuuu....." Kata si anak .

"Eh! Kan gi sekolah ibu hantar guna kereta Exora , camne lak beg sekolah adik boleh ada dalam kete niii......" Ibu mula hairan.

"Alaaaaaaaa, beg sekolah adik kan dah koyak, ni adik cari beg dalam ni...pinjam jab,kata canggih sangatt....." Kata si anak yang masih disibuk mencari dan tercari cari.

"Beg?? Setahu ibu, baba tak cakap pun ada belikan adik beg baru.....hisss! ".

"Memanglah baba tak beli, tapi kan semalam baba cakap kete ni ada BEG UDARA ,so adik nak pinjamlah beg udara tu jab......tau tak kat mana letaknya beg udara tu ibuuu......." Malangnya Si ibu dah pensannnnnnnnnn..........Hahahahahaha!!!

Kejadian ini pula berlaku siang tadi........

"Abang gi bungkuskan nasi ayam 5 kat kedai tuuu......" Kata penulis pada anak sulong.

"Mintak tuan kedai tu bungkus asing abang...ayam dan nasik takmo CAMPUR" Anak si bongsu triba triba berkata tanpa disuruh.

"Iskkk! Pesal lak nak asingkan, bukan jauhpun nak balik, tak de nak basinya...." Kata si kakak pula .

"Huh! Bukan pasal basi la kakak....." Kata si anak bongsu pula.

"Abis tu pesal plak nak kena asing asing". Pertanyaan serentak di abang dan si kakak pada adiknya......

Adiknya tanpa muka bersalah berkata "

MEMANGLAH kena asingkan, karang AYAM MAKAN NASIK TU, rugilah kita dapat makan ayam jerrrr......."

AHAAAADOIIIIIIIIIIIIIIII!!! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.