-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 15 Mei 2014

KARANGAN MAK NAB DARI MUAR.....ALAHAIIIIIIIIIIIIII!!!

PEMBACA

Psttt.....posting Nur sempena hari IBU ni terlewat post disebabkan +Dukun Pasir JOMGELAKFM  TERLUPA.....Dushhhh! 

Huh Sibuk no dengan isu politik beliau an an an...) 

"ibu ni kuat betul membebel......rimas lahhhhhh". Itulah perkataan yang Nur dengar semasa melewati sebuah rumah tadi.....SANGAT TERSENTUH dengan aksi anak gadis tersebut yang marah ibunya kerana kuat membebel, sedangkan dia TIDAK TAHU suatu masa nanti dia juga akan bergelar ibu dan yang pasti kerana BEBELAN si ibu itulah yang AKAN MENGINGATKAN kita padanya..... Jangan menyesal setelah ibu pergi .......

Ahaks....sebut bab membebel ni, emak Nur tidak suka membebel tapi suka mengarang cerita apabila kita bertanya sesuatu padanya, seperti memori Nur dibawah semasa masih muda remaja lagi manja gituuu....
  
Petang tu Nur baru balik dari bandar,sesampai dirumah Nur tengok masing masing sedang buat hal masing masing, Adik bongsu Nur terlentang diatas sofa sambil lambung lambung buah limau ( Limau Xong Xi Fa Chai) manakala Emak sedang tekun menjahit kain bak kata En Somi,gedek gedek gedek gedek bunyinya. 

" Ai, semua sibuk nampak " Perli Nur apabila terasa diri ini tidak disapa sesiapa bila masuk rumah. 

" Sibuk Nur, Mak Jah ko nak cepat baju ni ,esok nak dinner dengan Datin ". Jawab Emak yang penuh dengan segala jawapan dan tak perlu ditanya lagi...

"Alonggggggg, ko nak dengar karangan ". Kata Adik bongsu Nur sambil tambah lagi sebiji limau menjadi dua untuk dilambung......

" Emm......boleh juga " Kata Nur sambil ambil sebiji limau didalam bakul.

"Mana emak dapat limau ni.....??" Tanya adik bongsu Nur pada emak yang leka menjahit.

"Tadiii, masa emak sampai pejabat, Emak  terkejut tengok beberapa kotak limau diletak tepi meja emak, emak alihlah ke tempat lain sebab susah nak menyapu , emak angkat dan pindah kan kat bilik stor. Tengahari tu masa Mak Jah ko datang dia tanya emak..."ada nampak tak kotak limau ,dia nak agih agihkan pada semua pekerja syarikat.....jadi emak dapatlah SEKOTAK .ni lah yang emak bawa balik niiii........." Kata Emak yang masih terus menjahit.

Adik bongsu Nur jeling sambil angkat angkat kening pada Nur kerana kami SUDAH MENDENGAR KARANGAN EMAK yang PANJANG LEBAR pada soalan pendek  " Mana emak dapat limau ni?" .....kannn......kann.......

Tapi kan, Nur juga mendapat jodoh dengan En Somi yang juga suka mengarang cerita seperti ini.....Adehh!

"Abang dah makan?"........ 

"Dah, makan nasik campur lauk ikan keli dan kuah kari daging tadi dengan Salman  kat kedai Mak Minah pukul 2,itupun dah lewat.......".

"AMBOI panjangnya abang jawab......."

"Iyelah, karang Nur mesti tanya lagi  makan kat mana ? Makan ape? Dengan siapa? Pukul berapa?jadi baik abang jawab bersama pakej pakej jawapan sekaliii......" 

Huh!

+Mysury Nur Huda - Editor 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.