-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 15 Mei 2014

DIBALAS ALLAH KERANA PERSENDA RUKUK DAN SUJUD SETIAP KALI JUMAAT!!

PEMBACA

Seorang Islam yang tidak mengerjakan sembahyang memang berdosa,bertambah dosa lagi apabila MENYAMAKAN ORANG RUKUK DAN SUJUD ITU MENYERUPAI SESUATU dengan niat untuk mempersenda atau main main...........Allah balas segalanya, hati hatilah! 


"Oiii......dah lewat ni, karang lewat plak nak rukuk dan sujud ". Samidi jengukkan kepalanya pada Rosli yang berada didepannya.

"Ala, rilex ler....skit lagi keje aku nak siap ni. " Rosli menjawab. Saiful yang juga ketua jabatan disitu cuma tersenyum melihat aksi ke dua rakan sepejabatnya itu, dulu mereka sering tidur dalam surau pejabat setiap kali solat Jumaat, namun kali ni nampaknya telah berubah......Alhamdulillah!

Tepat pukul 12.45 tengahari, mereka keluar untuk menunaikan kewajipan setiap kali menjelang Jumaat, 

"Err, naik kete sayalah..."Pelawa Saiful pada kedua rakannya semasa mereka dalam Lif.

"Eh! Tak pelah bos, kami ada hal skit selepas solat nanti...". Rosli menjawab dalam keadaan serba salah.

"Iye boss, tapiii sebelum pukul 3 kami sampai lah...lagipun nak solat kat Masjid Shah Alam ni,nak jumpa Client semalam..." Shamidi berkata sambil segera ajak Rosli berlalu. Saiful yang tidak tahu apa apa cuma tersenyum .....

Saiful menjejakkan kaki kedalam masjid, dia berdiri untuk mulakan solat sunat, sempat dia melihat didepan dan disebelahnya ada  jemaah sedang rujuk dan sujud....Saiful mula Takbirr.......All Huakbar!

Semasa Saiful solat  dalam Masjid, Rosli dan Shamidi juga sedang rukuk dan solat DALAM "MASJID" YANG BERADA DISINI........Disinilah mereka mengadap "TUHAN" MEREKA, disinilah mereka rukuk dan sujud mengadap HAWA NAFSU MEREKA tanpa rasa bersalah.


Aktiviti mereka ini berlarutan hampir beberapa bulan tanpa diketahui oleh Saiful yang sangat teruja dengan CAKAP  Rosli mahupun Shamidi mengajak "Rukuk dan sujud" setiap kali menjelang jumaat. 

Allah maha kaya, diambilnya nyawa Rosli dan ditinggalnya Shamidi untuk membuktikan kekuasaannya bagi  menjadi pengajaran bukan saja pada Shamidi tetapi kita semua. 

Inilah pembalasan Allah semasa PENGKEBUMIAN JENAZAH ROSLI...

"Tak boleh tok......sangkut". Kata Shamidi yang memangku jenazah Rosli dalam lubang kubur sambil menjeling pada seorang lagi pembantu yang dalam KEADAAN SEOLAH OLAH SUJUD cuba membesarkan liang lahat.

"Kan dah ukur tadii.....kamu pangku dulu ,kita cuba besarkan liangnya dulu." Kata Tok Imam yang melihat aksi mereka dalam lubang kubur dalam keadaan RUKUK.

Namun, setelah dibesarkan dan "SUJUD" BEBERAPA kali pun jenazah tetap SUSAH HENDAK DIMASUKKAN ke liang lahat manakala mereka yang MELIHAT DARI ATAS KUBUR SUDAH PENAT UNTUK RUKUK termasuk Saiful .
  
Tiada cara lain kerana waktu semakin petang, dalam keadaan sujud terakhir itu jenazah DIPAKSA MASUK hingga kedengaran PRAK!seakan lehernya patah hingga air mata Shamidi membasahi kain kapan jenazah rakannya ketika itu....

Dan pada Hari ini 16.Mei 2014 juga Jumaat,

"Saya tumpang bos lah ...." Kata Shamidi sambil mengesat matanya terkenang peristiwa arwah Rosli pada Jumaat yang lepas.

"Jom, dah lewat nak jumaat ni.............." Kata Saiful sambil menepuk bahu Shamidi termasuk BAHU ANDA JUGA WAHAI PEMBACA LELAKI ........Jom Jom.......!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.