-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 11 Mei 2014

FEAR FACTOR ASTRO HINA ISLAM ISU MAKAN BANGKAI.....

PEMBACA

Inilah sebahagian dari pengguna yang menyatakan perasaan tidak puas hati mereka dengan rancangan Fear Factor Malaysia musim ke 2 yang sudah pun melabuhkan tirainya malam tadi dimana Erin Malek dan Redha disahkan sebagai pemenang.
Rata rata pengguna marah kerana ADA ACARA MAKAN BANGKAI KAMBING yang terpaksa ditempuhi oleh setiap peserta ISLAM sedangkan kita tahu adalah haram untuk kita makan bangkai...adakah pihak pengurusan Fear Factor Malaysia TIDAK PRIHATIN ISU INI? Adakah kerana duit peserta SANGGUP KETEPIKAN SOAL HALAL HARAM?





Penulis yang kebetulan sedang makan bersama keluarga di luar malam tadi pun terpaksa menahan "NAK MUNTAH " melihat aksi tersebut dipaparkan...lebih nak muntah lagi apabila JUARA nya si Erin Malek lebih kerap menyebut "oH mY gOd " dari Ya Allah.......cuma sekali disebut ALHAMDULILLAH selepas diumumkan sebagai juara bersama Redha.

Lihat sebahagian komen pengguna Facebook yang menyatakan perasaan tidak puas hati mereka ,semoga pihak Astro dan pengurusan Fear Factor lebih prihatin selepas ini kerana penulis tidak ikuti rancangan ini sejak awal, cuma melihat sempat melihat episod akhir ini saja.




Hafiz Tok Bilal Sye bukan nk kutuk artis atau peserta.. tp sye tdak puas hati dngan pngadilan fear factor.. dan cra permainan mereka.. ade ke patut mereka g makan bangkai binatang.. dalam islam pun dah larang jngn mkan binatang yng dah mati mnjadi bangkai.. ni kita g makan.. sye thu kita tk bleh slahkan peserta... tp pngurusan kena amik thu skit tentng halal dan haram.. jngn main redah je.. sory.. jujur sngat.. pndapat sye.. ok.. assalamualaikum.

Arishah Razak Next fear factor please la jgn ade benda yg makan2 ni..panjat2 tinggi2 terbakar2 ke..masuk air..masuk api ke..tp jgn la buat mkn2 yg tak tau haram halalnye..semua benda masuk dlm badan..jgn omputih buat kita pun p ikut diorg buat..

Nikiysa Run haram Memakan Bangkai Haiwan @ binatang..Berdosa..."Kata Ayah Saya" Ape2 Pun Tahniah Kepada Erin...Kekuatan Wanita Disitu walaupun dari mula agak sukar aku tengok dia boleh menang....Tahniah Sis...

Azuwan Abidin Ada penasihat agama x cerita ni??

Pakcik Tua kerana duit org islam sgup mkn bangkai!!

Suzy Gee tk dgr ke Aaron kata bangkai kambing yg da di sembelih, korg ni lain kali pasang telinga tu btl2..kambing tu disembeli dan dijdkn bangkai..

Syaza Affens Diharamkan makan bangkai.

Firman Allah:
Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..."
(3: Al-Maidah)

Definasi bangkai oleh Dr Yusuf Qardawi:"Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya."

Soalnya halal ke haram ? Tak per kita tunggu penjelasan dari pihak berkenaan jika ada nanti...apaapun kita telah MENCUBA MENEGUR UNTUK MENDAPATKAN JAWAPAN ...iye tak?

Oh ya! Selepas habis Fear Factor penulis nak kongsikan juga aksi TERCEKIK MAKANAN apabila PROMO rancangan XThe band disiarkan .......tercekik kerana SYAFINAZ cakap beginiiii.....

      "This PERTANDINGAN is seriusss......"

 Mana tak tercekik bila anak sulong penulis berkata.....

"Jom baliklah baba, abang nak tengok bola , Manchester City live ..." 

" Apa barang Manchester , adik nak tengok Liberpu lawan..." Bentak anak bongsu penulis.

" Elehh! Nak sebut Liverpol pun tak betul...lagi nak sokong". Marah si abang.

"Tidakk! Adik nak tengok juga Liberpu lawan sebab "This PERTANDINGAN is serius".......
Erkkkkkkkkkkk!!!! Tercekik nasik penulisss.......aduyaiiii!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.