-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 11 Mei 2014

NURUL IZZAH KANTOI SIAR GAMBAR PAPAN TANDA

PEMBACA
Satu satunya selipar yang ada tarikh luput! 
Nurul Izzah diserang dan dimalukan di Twitter kerana kongsikan gambar papan tanda yang penulis siarkan dibawah, penulis ambil perhatian juga isu ini kerana kami juga ada siarkan gambar yang sama......hahahaha.



Tak pelah! Kalau salah tu PERLU DIPERBETULKAN dan kami minta maaf. 

pls note. Almost RM 5 billion spent, I'm sure you can hv better signage than this

Err...dah malu ni, boleh ulas skit tak? Hahaha....dalam isu gambar kantoi diatas CEPAT BETUL pihak Malaysia Airport bertindak, sangat pantas tapiiiiiiiiiiiii DALAM ISU " DUIT RAKYAT 100 juta untuk sambung jalan tuuu" TERLAMBAT LAH PULAK NAK DIJAWAB yeee..

PAC Persoal Mengapa Wang Pembayar Cukai Perlu Digunakan Untuk Membayar Kos Landasan 1KM pada RM 100 Juta?

KLIA 2

Kos yang bermula pada RM 2.0 bilion pada tahun 2009, telah meningkat kepada RM 3.9 bilion pada tahun 2011, dan pembinaan KLIA Ekspress yang bernilai RM 100 juta bagi hanya 1 kilometer dikatakan menyumbang kepada kenaikan kos Pembinaan KLIA 2 itu.
KLIA Express ialah sistem Express Rail Link (ERL) yang kini berfungsi menghubungkan KL Sentral dan Putrajaya Sentral.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melalui Pengerusinya semalam, mempersoalkan kewajaran kos sebanyak RM 100 juta itu yang dikatakan sepatutnya dibuat secara berasingan dan bukan memasukkan kos tersebut dalam pembinaan KLIA2
“Walaupun jaraknya hanya 1 kilometer, namun kos pembinaannya yang dibiaya oleh kerajaan berjumlah RM100 juta.

“PAC turut bertanya kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) rasionalnya memberikan pampasan atau membayar kos ini, sepatutnya ia diambil kira sebagai satu projek kerana dalam kawasan yang sama,”
Kami tak tahulah samada penyambungan landasan ini melibatkan jurutera dari planet Marikh atau menggunakan material dan bahan dari bulan, yang telah menyebabkan kos pembinaan landasan ini sampai RM 10 juta bagi setiap 100 meter.
Dalam kenyataanya, kos terbabit hanyalah melibatkan pembinaan landasan, dan bukan termasuk membeli lagi sebuah keretapi.Jadi, amat mustahil kosnya sehingga RM 100 juta.
Dalam kes-kes begini, memang bagus bagi PAC untuk menyuarakan pendapat mereka dan meminta penjelasan dari Kerajaan berhubung kos pembinaan landasan yang pada pandangan kami, amat pelik.Kalau nak tunggu maklumat kos pembinaan yang lebih teliti, perkara seperti ini mungkin mustahil.
Tetapi, seseorang dalam Kerajaan perlu menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi PAC ini.Kalau tidak dijawab, perkara-perkara beginilah yang akan menyebabkan rakyat semakin marah dengan Kerajaan kerana tidak telus dalam menajwab setiap persoalan dan kewajaran Kerajaan Malaysia menggunakan wang yang dikutip dari cukai ke atas rakyat untuk tujuan yang tidak ada relevannya.
Apa pendapat anda pula? Setuju dengan kos pembinaan landasan keretapi KLIA Ekspress RM 100 juta? Atau anda juga sependapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)?


Read more: http://agendasemasa.com/kos-bina-jalan-keretapi-klia-ekspress-penghubung-klia-klia2-rm-100-juta-cuma-untuk-1-km#ixzz31RyyMXDh


Eh! nak bangkang JUGAKKK?? Bukan nak bangkang, kami nak penjelasan walau mungkin kami dimalukan kerana dakwaan itu tidak benar.........huhuhu

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.